Mengenali usahawan berjiwa besar ini sememangnya menyuntik inspirasi. Kisah rumahtangga wanita ini pernah jadi bualan dan kini Nur Amirah ‘all out‘ mengembangkan empayar bisnesnya demi masa depan anak-anak.
Seronok melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh ibu kepada dua orang anak ini. Lantas terus bertanya khabar pengasas Kayra Health & Beauty.
“Kini saya makin bahagia, lebih terbuka, sentiasa pandang kehidupan dengan sudut pandang yang positif. Saya cuma nak kehidupan lebih tenang, mengejar kebahagiaan yang boleh saya dapat depan mata,” kata Nur Amirah atau lebih mesra disapa Mira ini.
Nampaknya Nur Amirah ‘all out‘ mengembangkan bisnes yang diterajuinya. “Ya, saya sekarang lebih fokus pada bisnes untuk kembangkan lagi sayap syarikat. Banyak benda yang saya nak buat untuk ke hadapan.
Jadi, buat masa sekarang bila orang tanya macam mana, saya memang tengah pulun untuk buat yang terbaik dalam hidup,” kata usahawan muda ini.
Kemelut rumahtangga wanita yang mudah mesra ini sudahpun selesai. Bercerita tentang cabaran sejak bergelar ibu tunggal, “Antara cabarannya adalah dari segi emosi.
Biasalah, dalam membesarkan anak-anak sendiri, kadang-kadang ada masa emosi tak stabil. Jadi, benda tu terkadang beri kesan ketika melayan anak-anak.
Dari segi kewangan, saya perlu kerja keras lebih lagi untuk bagi anak-anak hidup senang. Sebab itu saya agak ‘all out‘ untuk bisnes.
Selain itu, jika ada perkara berbangkit, kadang-kadang bila tinggal sendiri, kena jadi kreatif untuk fikir solusi masalah. Benda yang saya tak pernah buat, saya belajar untuk buat sendiri dan belajar tak memanjakan diri sangat,” kata ibu kepada Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik ini.
Usahawan ini juga beruntung kerana telah meneroka dunia digital lebih awal sebagai platform melonjakkan bisnesnya. “Saya memang sejak awal lagi selalu kongsi apa yang dibuat di media sosial.
Jadi, saya dah ada orang yang follow secara dekat. Bila mula ada bisnes sendiri, saya akan selalu kongsi apa yang dijual, buat content menarik supaya orang lebih tertarik dengan apa yang kita sampaikan.
Saya akan pelbagaikan content dan cuba untuk ikut trending semasa. Saya akan usaha sehabis baik, selebihnya berserah dan yakin pada rezeki yang Tuhan nak beri,” kata Nur Amirah sambil tersenyum.
Baca juga; 20 tahun Menanti, “Beraya Satu Family, Priceless!” Sebak Dengar Perkongsian Anak Sulung Didie Alias
View this post on Instagram