Impian mengejar cita-cita harus selari dengan usaha dan keyakinan terhadap sesuatu bidang yang dipilih. Nursyafiqah Aina binti Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Syafiqah Aina, berusia 26 tahun terus meletakkan tahap pencapaian tertinggi dalam hidup agar setiap matlamatnya tercapai. Dan kini Syafiqah Aina mampu tersenyum lebar apabila empayar perniagaannya, AINAA Beauty mendapat tempat di kalangan masyarakat terutama generasi muda.

Selama tiga tahun di pasaran, jenama AINAA Beauty fokus kepada penghasilan produk kecantikan, penjagaan kulit dan kosmetik. Biarpun masih dikira setahun jagung, namun AINAA Beauty telah berjaya mempertaruhkan sembilan produk penjagaan kulit iaitu AINAA Serum, AINAA Cleanser, AINAA Avocado Hydra Booster, AINAA Scrub Mask, AINAA Sunscreen, AINAA Cosmetics, AINAA Foundation, AINAA Blusher, AINAA Makeup Palette dan AINAA Lipmatte.

Ads

AINAA BEAUTY Pernah Dikecam Teruk, Dikatakan ‘‘Produk Sampah’! SYAFIQAH AINA Berjaya Mengubah Pandangan Itu…

Dalam suasana yang tenang, Syafiqah Aina berwajah manis cantik rupawan, mula bercerita tentang perjalanan hidupnya dalam bidang perniagaan. “Sebelum memulakan perniagaan AINAA Beauty, saya pernah bekerja sebagai model Muslimah selama empat tahun dan aktif di media sosial. Melalui pendedahan kehidupan yang telah dilalui itu, saya banyak belajar tentang bidang perniagaan dan pemasaran.

Saya mula menyelami dunia perniagaan pada tahun 2013 dengan menjual pakaian dan tudung secara kecil-kecilan. Semakin hari, semakin jatuh cinta dalam dunia perniagaan. Akhirnya pada tahun 2017, saya pun menubuhkan AINAA Beauty.

Alhamdulilah saya mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Tiba satu masa, saya terfikir untuk ‘memberi’ sesuatu kembali kepada masyarakat, terutama follower saya. Berkat mendalami pengalaman orang lain dalam mempromosikan produk di media sosial, inilah saatnya saya menggunakan ilmu tersebut untuk mencabar diri sendiri dalam dunia perniagaan sepenuhnya. Walaupun saya tahu, ia bukannya sesuatu yang mudah dan penuh dengan cabaran,” bicara Syafiqah Aina ambil melemparkan senyuman manis.

AINAA BEAUTY Pernah Dikecam Teruk, Dikatakan ‘‘Produk Sampah’! SYAFIQAH AINA Berjaya Mengubah Pandangan Itu…

Semangat, usaha dan fokus perlu ada dalam usaha mencapai matlamat dalam perniagaan, namun kesemuanya itu perlu seimbang dalam kehidupan. Bagi Syafiqah Aina, “Saya selalu pegang kata-kata, ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’. Di mana saya ingin mencari kejayaan untuk membahagiakan orang sekeliling dengan berkongsi apa yang saya perolehi. Begitu juga yang saya harapkan menjadi inspirasi oleh usahawan AINAA dan pengikut saya di media sosial yang lain.”

Cabaran perniagaan yang dihadapi, “Saat penubuhan AINAA Beauty, kebanyakan mindset rakyat Malaysia kurang percaya kepada local product. Bagi mereka, local product ni tak bagus, local product merosakkan kulit. Tapi selama tiga tahun ini, saya cuba mengubah mentaliti dan stigma masyarakat tentang kualiti produk tempatan. Tidak semua local product itu tidak bagus, sebenarnya banyak produk kita yang berkualiti dan setaraf dengan produk antarabangsa.

Saya berusaha membuktikan bahawa AINAA Beauty bukan hanya sekadar local product biasa yang hanya menjual untuk kepentingan peribadi pengasas sahaja. Saya ingin masyarakat nampak perjuangan saya dalam AINAA Beauty ini lebih kepada memberi. Apa yang masyarakat peroleh daripada perniagaan saya dan secara tidak langsung dapat membantu membuka peluang pekerjaan kepada mereka. Selain itu, saya ingin membantu mereka yang mempunyai masalah kecantikan dan tiada keyakinan diri sendiri,” ujarnya.

AINAA BEAUTY Pernah Dikecam Teruk, Dikatakan ‘‘Produk Sampah’! SYAFIQAH AINA Berjaya Mengubah Pandangan Itu…

Pencapaian terbaik AINNA Beauty, “Alhamdulillah, masuk tahun kedua saya boleh nampak sambutan masyarakat terhadap AINAA Beauty apabila pelanggan saya terdiri daripada semua jenis kaum di Malaysia, Melayu, Cina dan India. Product AINAA Beauty juga sudah masuk ke pasaran Malaysia, Sabah dan Sarawak, Singapore, Brunei dan sekarang sedang berkembang di Indonesia serta Thailand.

Ads

Selama tiga tahun ditubuhkan, alhamdulillah graf menunjukkan peningkatan yang sangat positif dan jualan mencecah 40,000 unit setiap bulan. Kami sudah berjaya melahirkan lebih daripada 5000 orang usahawan dan 4 orang jutawan muda.

Saya mempunyai impian yang tinggi terhadap kredibiliti jenama ini. Dan InsyaAllah, tahun depan saya akan mengembangkan business AINAA Beauty kepada medical standard. Saya akan menubuhkan sebuah klinik pakar kulit iaitu Klinik AINAA. Ini adalah cita-cita saya dan suami, Hafiz Mahamad sejak mula menubuhkan AINAA Beauty pada tahun 2017,” jelas Syafiqah Aina yang sentiasa mendapat sokongan suaminya, Hafiz.

“Pernah pada awal penubuhan AINAA Beauty, saya dikecam teruk. Orang ramai membuta tuli mengatakan saya berniaga ‘produk sampah’ dan produk timbang kilo. Sehinggakan ada pelanggan yang menghina dan sengaja campak produk saya ke lantai. Pada waktu itu, lemah semangat jadinya tapi suamilah yang banyak memberi semangat untuk saya terus bangkit dan buktikan kepada masyarakat bahawa apa yang mereka katakan itu tidak benar.

Suami pernah pesan kepada saya, ‘Kalau kita berhenti sekarang, kita akan gagal. Tapi kalau kita teruskan, percayalah satu hari nanti kita akan menang, dengan mengubah pandangan orang terhadap jenama AINAA Beauty ni.’ Alhamdulillah, atas sokongan kuat suami, saya sudah berada pada tahap sekarang,” jelas Syafiqah Aina yang percaya masih banyak perkara perlu dipelajari untuk berjaya.

Ads

Sikap rendah diri dan semangat wanita ini, mengagumi mereka yang mengenalinya secara peribadi, “Saya akan pastikan, AINAA Beauty sentiasa berada di landasan yang betul dengan matlamat dan strategi yang terbaik, up to date agar brand kami ‘stand out’ di mata masyarakat. Saya juga akan pastikan AINAA Beauty sentiasa menjadi trendsetter untuk brand kecantikan di Malaysia, insyaAllah.

AINAA BEAUTY Pernah Dikecam Teruk, Dikatakan ‘‘Produk Sampah’! SYAFIQAH AINA Berjaya Mengubah Pandangan Itu…

Perjuangan AINAA Beauty adalah ‘give more to people’. Saya juga telah mengusahakan satu program yang dinamakan ‘AINAA Fantasi’ di mana, pihak kami telah memberi penajaan selama tiga bulan kepada lima orang follower yang mempunyai masalah kulit wajah dan tidak yakin diri di mata masyarakat. InsyaAllah lebih ramai lagi masyarakat yang mempunyai masalah yang sama akan kami bantu.”

Nasihat terbaik Syafiqah Aina buat semua wanita Malaysia, “Setiap wanita boleh berdikari dan menjana pendapatan, mengambil risiko serta membuat keputusan sendiri. Selama ini, masyarakat terbiasa dengan stigma bahawa wanita tidak mampu untuk menonjol setanding lelaki. Mereka hanya berakhir menjadi suri rumah dan duduk di dapur. Tapi tidak lagi pada zaman sekarang! Hakikatnya, ramai wanita yang lebih berkebolehan untuk buat banyak perkara.

Oleh kerana dalam bidang perniagaan, adalah penting untuk berkomunikasi dengan ramai orang, agent, stockist dan juga customers. Jadi saya percaya melalui perkara ini, ‘women can empower another woman’ melalui relationship and networking.

Zaman ini, terlalu banyak peluang di depan mata. Sebagai wanita, cuba keluar daripada zon selesa yang mana wanita selalu mengharapkan bantuan dan kerjaya suami untuk menampung kehidupan diri serta keluarga. Keluarlah mencari sesuatu untuk menjana duit tambahan, bukan untuk kepentingan diri sahaja tapi untuk kepentingan jika berlaku apa apa kecemasan,” bicara tegas Syafiqah Aina.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI