YM Puteri Sarimah Hamid seorang yang mudah mesra dan merendah diri. Selesa digelar sebagai Puteri sahaja, wanita berusia 30-an ini memiliki karakter yang lemah lembut dan bergaya. Puteri membina kerjayanya sebagai seorang setiausaha sejak tahun 2011. Terdahulu, Puteri pernah bertugas di salah sebuah agensi insuran.
“Saya seorang yang workaholic dan sukakan cabaran. Sebab itulah saya sentiasa bersedia memberikan seratus peratus komitmen demi kerjaya. Sentiasa bersedia 24 jam dan bertindak pantas.”
OBSES CANTIK
“Saya obses dengan produk-produk keluaran Korea kerana ia serasi dengan kulit saya yang jenis kering. Selalunya saya beli di Pavilion Kuala Lumpur, walaupun harganya mahal namun berkualiti.
RAHSIA LANGSING
“Saya amalkan minum air putih yang banyak setiap hari. Ketika sarapan saya amalkan makanan organik untuk tenaga dan stamina. Untuk tengahari pula biasanya saya tak makan nasi. Sebaliknya, saya hanya makan salad bersama potongan isi ayam atau salmon. Tapi kalau keluar makan dengan rakan-rakan saya akan jamah nasi sedikit saja. Sebelah malam pula saya hanya makan buah, sayur dan air kosong. Saya turut kurangkan minum air manis bagi mengelakkan risiko penyakit genetik iaitu kencing manis.
SUKA BAJU CUSTOM MADE
“Dari segi fesyen, saya seorang yang sukakan custom made kerana bebas untuk memilih fabrik, warna dan stail yang tersendiri. Selalunya saya akan beli kain dan menghantarnya kepada tukang jahit atau pereka fesyen pilihan bersama contoh design yang diinginkan. Saya juga bertuah kerana mempunyai rakan yang pandai mereka kasut untuk saya,” ungkap Puteri yang berpegang kepada prinsip, apa pun yang dilakukan haruslah sentiasa positif.
This website uses cookies.