Procter & Gamble melancarkan Gillette Venus, jenama pencukur nombor 1 khusus untuk wanita, serta memperkenalkan pencukur Gillette Venus ComfortGlide White Tea di Malaysia. Pada majlis pelancaran tersebut, Gillette Venus turut mengumumkan duta jenama pertamanya di tanah air, Farah Ann Abdul Hadi, pemenang pingat emas gimnastik artistik Sukan SEA.
Rangkaian produk ini direka khas untuk kaum wanita bagi mencapai kulit yang licin dan tidak berbulu lebih lama dalam keselesaan rumah. Gillette Venus ComfortGlide White Tea direka dengan bar pelembab berserta body butter dan aroma tropikal yang menyegarkan, tanpa memerlukan krim pencukur.
Di samping itu, ia dilengkapi tiga bilah pisau yang memberikan sentuhan yang rapat serta cukuran yang selesa, walaupun pada untuk kulit yang sensitif. Pemegangnya dicipta berdasarkan konsep ergonomik, sekaligus menjadikannya sukar tergelincir dari pegangan semasa bermandi, iaitu masa biasanya wanita bercukur.
“Gillette Venus memahami kepentingan kulit yang licin untuk berasa selesa. Rutin penjagaan peribadi bagi kaum wanita biasanya lebih panjang, rumit dan mahal. Menyedari cabaran ini, Gillette Venus’ melancarkan rangkaian produk termasuk Gillette Venus ComfortGlide White Tea sebagai penyelesaian bagi kaum wanita moden demi membantu mereka mencapai kulit yang licin secara mudah, tidak sakit, dan mampu dimiliki,” kata Utkarsh Mohan, Pemimpin Kategori Shavecare, P&G Malaysia, Singapura, Pasaran Perkembangan Asia dan Vietnam.
Gillette Venus merungkai beberapa anggapan lazim bersama sekumpulan panel mengenai pembuangan bulu di kalangan wanita di seluruh dunia.
Berkongsi pendapatnya dalam perbincangan panel, duta jenama Farah Ann berkata bahawa penjagaan penampilan dari atas hingga bawah sangat penting baginya sebagai gimnas negara. Menurut Farah, beliau mengikuti rejim penjagaan kulit yang ketat. “Saya tidak perlu bimbang dengan adanya Gillette Venus, kerana rekaannya yang unik memastikan pencukur wanita tidak kasar untuk kulit, malah meninggalkan kulit saya licin dan lembab. Paling penting, kini cukuran saya tidak lagi rumit.”
Rangkaian produk Gillette Venus kini boleh didapati di peruncit-peruncit utama di Malaysia seperti Tesco, Giant, AEON, AEON Big, Watsons, Guardian dan sebagainya. Anda dapat memperoleh maklumat lanjut di peruncit-peruncit tersebut. Segala keputusan mengenai harga, promosi, pengedaran, kepelbagaian serta penyusunan produk terpulang kepada pihak peruncit untuk menentukannya. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH