Age is just a number. Mungkin ada yang beranggapan apabila usia semakin meningkat, soal penampilan tidak diberi perhatian khusus. Tanggapan itu ternyata meleset kerana soal penampilan diri sememangnya menjadi elemen utama yang diberi perhatian oleh kebanyakan wanita. Tidak kira berapakah usia, soal penampilan menjadi penanda aras untuk menaikkan keyakinan diri di samping menjadi wanita lebih berketerampilan dan yakin berhadapan dengan pelbagai situasi.
Ads
Nama: Sue Lastri Maun
Umur: 44 Tahun
Pekerjaan: Suri Rumahtangga
Sejauh mana keprihatinan anda terhadap kecantikan?
SUE LASTRI: Saya amat mengambil berat soal kecantikan tubuh badan dan wajah. Saya beri perhatian pada setiap inci tubuh badan. kalau terlebih lemak, terkering, terkusam saya akan cepat mengambil langkah membaikpulih keadaan itu. Begitu juga dengan kecantikan wajah.
Rahsia anda kekal cantik di usia 40an?
SUE LASTRI: Saya bukanlah cantik sangat. Namun tidak saya sangkal masih terlalu ramai juga yang belum masuk 40an sudah tidak menjaga kecantikan diri. Saya melakukan aktiviti kecergasan dengan berjogging sejauh 6km setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Saya akan memastikan diet yang seimbang, tidur yang cukup, amalkan rutin penjagaan wajah dan sentiasa berfikiran positif.
Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda?
SUE LASTRI: Bagi saya kesihatan itu adalah kecantikan. Apabila kita selalu melakukan aktiviti kecergasan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat ia akan meningkatkan kualiti kehidupan kita.
Nama: Azlina Abdul Aziz
Umur: 42
Pekerjaan: Surirumah
Sejauh mana keprihatinan anda terhadap kecantikan?
AZLINA: Bekerja di dalam bidang perhotelan bahagian jualan dan korporat selama 15 tahun sekaligus menyebabkan saya amat menitik beratkan penampilan kerana ia memerlukan saya keluar berjumpa dengan pelanggan korporat setiap hari. Tidak biasa keluar rumah jika tidak bersolek dan berkasut tumit tinggi, mungkin kerana sudah biasa.
Rahsia anda kekal cantik di usia 40an
AZLINA: Saya percaya bangun tidur di awal pagi adalah kunci untuk kita kekal segar dan cantik.
Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda
AZLINA: Kerjaya di bidang perhotelan bahagian Corporate Sales selama 15 tahun semestinya banyak mempengaruhi penampilan harian. Oleh itu, sekarang saya akan pastikan pengambilan makanan harus mengikut waktu.
Ads
Nama : Nik Faizah Nik Mahmood
Umur : 44
Pekerjaan : Pengurus Transformasi
Sejauh mana keprihatinan anda terhadap kecantikan?
NIK FAIZAH: Saya lebih kepada keprihatinan terhadap kesihatan kerana yakin bahawa kecantikan bermula dari tubuh badan yang sihat. Gaya hidup sihat dan pemakanan yang sederhana adalah di antara faktor utama bagi memastikan berat badan yang tidak berlebihan.
Rahsia anda kekal cantik di usia 40an?
NIK FAIZAH: Utamakan kesihatan dan sentiasa aktif dalam aktiviti bersukan. Pemakanan yang sederhana di antara faktor utama, walaubagaimana pun saya juga gemar fast food dan makanan mamak yang agak sukar dielakkan. Buah-buahan juga penting di dalam diet seharian dan saya juga akan makan ulam-ulaman yang dipercayai mempunyai khasiat yang boleh mengekalkan kecantikan walaupun di usia 40an.
Ads
Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda?
NIK FAIZAH: Saya akan cuba meluangkan masa untuk berlatih berlari dengan rakan sepejabat setiap minggu di sekeliling blok pejabat atau di taman yang berdekat. Saya juga mula mengamalkan penggunaan tangga dan kurangkan penggunaan lif. Di hari minggu, saya akan cuba slow jog sekurang-kurangnya 4 – 5km jika tiada acara larian pada minggu tersebut.
Sejauh mana keperihatinan anda terhadap kecantikan?
ALIYA: Sebagai seorang wanita, sudah tentu saya menitik beratkan soal penampilan diri. Saya sentiasa cuba untuk memastikan supaya tatarias wajah dan pakaian sentiasa kemas serta sesuai dengan tempat, keadaan dan majlis.
Rahsia anda kekal cantik di usia 40an?
ALIYA: Sentiasa aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti sukan dan gembirakan diri bersama keluarga dan teman rapat.
Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda?
ALIYA: Saya amat menitikberatkan rutin kecergasan untuk memastikan saya sentiasa bertenaga. Saya ke gym setiap minggu untuk train bersama personal trainer yang melibatkan weight-training untuk memastikan kecergasan tulang. Selain dari itu, saya juga melakukan senaman yoga di rumah ataupun di studio.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melopong peminat tengok percutian mewah Hanis Zalikha dan Hairul Azreen baru-baru ini. Sejurus menyambut 1 Syawal di tanah air, pasangan romantis ini terus ‘terbang’ ke Maldives bersama dua anak kesayangan untuk bercuti. Seperti kelaziman, percutian Hanis dan Hairul pasti menjadi perhatian kerana tempat percutian yang dipilih bukan calang-calang!
Sewaktu baru berkahwin pada 2015, pasangan ini memilih Pulau Bora-Bora sebagai destinasi berbulan madu. Kelainan mereka menjadikan resort mewah dunia itu sebagai percutian pertama selepas bergelar suami isteri menjadi bualan hangat.
Apatah lagi penginapan untuk satu malam saja mencecah tidak kurang daripada RM5,000!
Pada 2017, Hanis dan Hairul kemudian bercuti ke Soneva Jani, Maldives selepas kelahiran anak sulung mereka. Percutian tersebut diuar-uarkan mencecah sekitar RM13,000 untuk satu malam.
Terbaharu, selebriti yang juga usahawan tersebut bertandang ke Maldives sekali lagi. Kali ini lebih istimewa dengan kehadiran anak kedua mereka.
Maldives sememangnya cukup terkenal sebagai lokasi pelancongan pilihan yang memiliki pemandangan laut yang indah dan kemewahan resortnya.
Kongsi ibu jelita ini, “Back here and with Alisa this time.”
Seronok betul tengok Hanis sekeluarga meluangkan masa bersama-sama di sana. Bukan saja terhibur dengan telatah anak-anak selebriti ini bahkan gaya dan fesyen percutian mewah Hanis Zalikha dan Hairul turut menjadi perhatian.
Tak hairanlah Hanis dan Hairul sering menjadi rujukan untuk destinasi percutian kerana perkongsian mereka yang menarik setiap kali pergi melancong dan mempunyai ‘taste’ tersendiri.
Sepanjang percutian ini juga Hanis turut terpalit isu mengenai dirinya yang dikatakan sedang hamil anak ketiga. Bagaimana pun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan empunya diri mahupun suami.
Mak-mak zaman moden ini sering menjadikan telefon pintar atau gajet sebagai ‘hero’ untuk menyelamatkan anak-anak daripada meragam. Namun, sebenarnya tindakan mak-mak ini salah lebih-lebih lagi pada bayi yang terlalu ‘mentah’ untuk melihat skrin telefon bimbit.
Umum mengetahui bahawa Bill Gates sangat tegas terhadap peraturan memberikan gajet pada anak-anaknya. Lelaki terkaya di dunia ini juga turut menetapkan had usia, sebelum anak-anaknya boleh memiliki telefon pintar sendiri.
Begitu juga pendapat mendiang Steve Jobs, beliau melarang anak-anaknya untuk menggunakan teknologi terbaru meskipun kebanyakannya dicipta oleh syarikat Apple, seperti iPad yang menjadi ketagihan anak kecil.
Bill Gates mempunyai tiga orang anak yang semakin meningkat remaja. Sebagai individu teratas yang berkecimpung dalam dunia teknologi, pastinya dia lebih arif tentang usia terbaik bagi seorang kanak-kanak memegang apa-apa gajet pun, termasuk iPad.
Amalan Bill Gates
Anak tidak boleh memiliki telefon pintar atau gajet sebelum berusia 14 tahun.
Sesiapa pun tidak boleh memegang telefon sewaktu di meja makan.
Membataskan ‘waktu di depan skrin’ atau screen time supaya mereka meluangkan lebih masa dengan keluarga.
Menetapkan waktu untuk menggunakan gajet atau menonton televisyen.
Keburukan Gajet Terhadap Anak-anak
Anak-anak cepat terpengaruh perbuatan negatif atau bahasa kesat di Internet.
Ketagih Internet hingga susah bersosial dengan baik dan tiada teman bermain.
Terdorong menjadi mangsa ‘predator’ atau pembuli di dunia digital.
Menjejaskan perkembangan otak anak-anak.
Terlalu bergantung pada gadget hingga tidak pandai menyelesaikan masalah.
Membuatkan anak-anak malas bergerak dan melambatkan sistem motor mereka.
Semoga amalan baik yang diamalakan oleh Bill Gates ini dapat membuka mata mak-mak moden supaya tidak menjadikan gajet sebagai hiburan anak-anak. Sebab selain menjejaskan kesihatan mata, lebih banyak pengaruh buruk daripada baik yang boleh menjejaskan tumbesaran si manja.
Sebelum mak-mak membuat pelaburan besar membelikan gajet yang beribu-ribu harganya itu, apa kata guna bajet tersebut untuk membelikan permainan yang boleh merangsang minda mereka? Mungkin bawa ke kedai toys untuk pilih permainan kesukaan atau watak kartun superhero kegemaran mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpikat dengan aura cantik dan raut wajah penuh kelembutan milik adinda Ke bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Muhammad V, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Amalin Aishah Putri ini. Anggun berhijab dan senyuman yang lekang terukir di bibir… keperibadian YAM Tengku Amalin Aishah Putri sentiasa menjadi inspirasi kepada ramai kaum wanita di luar sana.
Jun ini, genap tujuh tahun YAM Tengku Amalin melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Pengiran Hj Mohamed Bolkiah. Istimewanya pada tahun ini, rumah tangga YAM Tengku Amalin dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi diserikan dengan kehadiran cahaya mata ketiga Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri Binti YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.
Memetik laporan yang disiarkan menerusi Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad V, YAM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri selamat dilahirkan di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan pada hari Rabu, 18 Jamadil Akhir 1441H bersamaan 12 Februari 2020 pada jam 10 pagi.
Mengimbas kembali detik penyatuan jiwa YAM Tengku Amalin dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, pasangan diraja Kelantan Darul Naim dan Brunei Darussalam ini selamat diijabkabulkan pada sebelah malam, hari Khamis 27 Jun 2013 di Istana Mahkota, Kubang Kerian. YAM Tengku Amalin Aishah Putri ialah satu-satunya puteri kepada DYMM Almarhum Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis.
Manakala pengantin lelaki iaitu YAM Pengiran Muda Abdul Qawi ialah anakanda saudara kepada DYMM Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. YAM Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan putera sulung dari 10 beradik kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Haji Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Almarhum Pengiran Pemancha.
Terdahulu, YAM Tengku Amalin Aishah Putri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dikurniakan dua orang puteri. Puteri sulung iaitu YAM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafa’ah Bolkiah Putri lahir pada 13 April 2014 di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Sementara puteri kedua, YAM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri pula Jun 2016.
Di samping dilimpahi dengan kebahagiaan berkeluarga, YAM Tengku Amalin Aishah Putri juga pernah berkhidmat dalam bidang perundangan selama beberapa tahun. Sesuai dengan kelulusannya dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada awal kariernya YAM Tengku Amalin Aishah Putri telah memulakan tugas sebagai seorang Majistret di salah sebuah mahkamah di Kota Bharu bermula dari pertengahan tahun 2006 hingga 2009.
Setelah itu, YAM Tengku bertukar ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan jawatan sebagai Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah. Dan akhir sekali memegang jawatan Timbalan Pendaftar sebelum kembali menyambung pengajian peringkat Master dalam bidang undang-undang di Universiti Melbourne, Australia.
Kini di samping menjalani kehidupan rumah tangga bersama suami dan anak-anak tercinta, YAM Tengku Amalin Aishah Putri juga memiliki firma guaman sendiri yang dibuka bersama dua lagi rakan kongsi.
Sumber: Instagram Koleksi Sultan Muhammad V
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...