Gaya Hidup

Oh Tidak, Ini Tanda Suami Anda Mula Berubah Hati & Ada Perempuan Lain!

Tidak selamanya perkahwinan yang dibina bersama pasangan tersayang akan bahagia selama-lamanya tanpa diuji dengan dugaan dan rintangan. Masalah pasti akan hadir dalam setiap hubungan dan itu menjadi hal biasa dalam setiap ikatan perkahwinan. Tinggal membezakannya adalah cara masing-masing untuk berhadapan dengan masalah dan selesaikannya.

Namun jika hati suami sudah mula terpikat dengan wanita lain pastinya tidak nyenyak tidur malam kita bukan? Untuk sentiasa percaya dan berfikiran positif pun tak boleh juga kalau melibatkan hati dan perasaan ni. Nak menuduh suami takut akan tercetusnya pergaduhan dan membuatkan rumah tangga menjadi lebih suram. Untuk itu, kenali dan fahami tanda-tanda suami anda sudah ada perempuan lain. Ini antara tanda-tanda suami sudah terpikat dengan perempuan lain dan bertindak curang!

 

1. Suami kelihatan cepat marah atau mudah tersinggung saat berada di dalam rumah bersama keluarga dan anak-anak. Padahal sebelum ni dia seorang yang sangat penyabar dan penyayang. Baginya, ada saja yang tak kena dengan isteri ataupun anak-anak. Pantang buat salah sedikit je, habis lah…

2. Suami mula merubah dengan menjadi seorang yang pendiam dan suka mengasingkan diri daripada keluarga. Kalau boleh, semua perkara mahu dirahsiakan daripada pengetahuan isteri. Kalau sebelum ni, setiap perkara yang terjadi dan masalah di tempat kerja akan dikongsi bersama, tapi kini tidak lagi. Isteri tidak lagi menjadi tempat untuk suami meluahkan masalah.

3. Mula ingin melakukan aktiviti bersendirian dan tidak mahu melibatkan keluarga dalam apa jua aktiviti. Suami lebih suka hidup dalam dunianya sendiri dengan memasang headphone dan laptop. Padahal bukan untuk melakukan tugasan atau kerja daripada pejabat.

4. Bila diajak untuk berdiskusi tentang perihal rumah tangga yang sedang bermasalah, suami banyak mengalihkan topik dan tidak mahu berbincang. Baginya, masalah akan menjadi lebih rumit dan akan timbul banyak rasa tidak puas hati.

5. Biasanya orang yang mabuk bercinta ni akan mula tersenyum, tersengih dan ketawa sendirian seoalah-olah sedang mengingati saat-saat manis bersama seseorang. Apatah lagi jika tengok handphone, baca mesej dan gelak sorang-sorang. Bahaya tu!

Namun, anda seharusnya tidak terburu-buru mejatuhkan hukum dan menuduh suami anda curang. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Pilih cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan suami anda bagi tidak mengeruhkan keadaan. Cuba bertanya dengan baik dan lemah lembut bagi memperbaiki hubungan.

Share
Published by
Elly Jalil