Sedar tak sedar, rupa-rupanya perkahwinan lewat dalam kalangan wanita boleh membawa kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri seperti penurunan kadar kesuburan. Bahkan boleh memberi kesan juga kepada institusi kekeluargaan negara berikutan penurunan purata penambahan penduduk Malaysia.
Berdasarkan statistik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), sejak tahun 80-an hingga 2000, purata kadar kelahiran di negara ini adalah sekitar 2.6% dan angka ini dijangka menurun tahun demi tahun sehingga mencecah 0.7% menjelang 2030!
Mungkin kebanyakan wanita di luar sana terpaksa berkahwin lambat kerana sudah terbiasa hidup bersendirian dan mampu berdikari tanpa bantuan seorang lelaki. Ada kerjaya yang bagus, memiliki rumah serta kereta sendiri dan kewangan yang stabil. Dah ada semua dalam kehidupan dan berasa selesa sendiri, ,mula lah rasa malas untuk cari pasangan hidup. Ini antara sebab lain wanita memilih untuk kahwin lewat
1. PILIHAN TIDAK DIRESTUI
ini masalah besar. Bukan tak ada niat untuk bercinta atau mendirikan rumah tangga. Tapi apabila perkara seperti ini terjadi, wanita akan mula rasa tawar hati untuk menamatkan zaman bujangnya dan berfikiran jika tidak dapat berkahwin dengan calon pilihan hati, buat apa untuk terus mencari?
2. PUTUS CINTA
Bila putus cinta, ada sesetengah wanita yang cepat move on dan ada pula yang tidak dapat melupakan kisah lalu sehingga tidak berani untuk bercinta kembali. Disebabkan terlalu sedih dan frust sehingga menyiksa jiwa raga, keinginan untuk bercinta itu terhalang dan tersimpannya dendam.
3. TERLALU MEMILIH
Setiap wanita pastinya mempunyai kriteria lelaki idaman masing-masing, bukan? Tapi biarlah berpada-pada dan ukur baju di badan sendiri. Ini tidak, kalau rupa seseorang lelaki tu suam-suam kuku, tak nak layan dan bagi jelingan je. Perlu ingat, rupa paras bukan lah jaminan untuk kebahagiaan rumah tangga.
4. MASALAH KEWANGAN
Ramai wanita dan lelaki bujang yang mahu menamatkan zaman solo mereka tapi terhalang kerana faktor yang satu ini. Perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit, turut menjadi faktor penyumbang kepada aliran kahwin lewat. Jadi, wanita di luar sana jangan letakkan hantaran yang terlalu tinggi sehingga menyusahkan pihak lelaki. Cukup dengan adakan majlis yang serba ringkas.
5. GAJI & PANGKAT WANITA LEBIH TINGGI
Rupa paras yang menarik dan gaji serta pangkat wanita yang lebih tinggi akan menyebabkan seseorang lelaki itu takut untuk mendampingi wanita sebegini. Bagi pandangan mata lelaki, wanita yang berstatus tinggi mempunyai maintenance yang liebih tinggi dan demand.