Pelakon dan model jelita Mimi Lana dikhabarkan telah selamat dirisik oleh pelakon Syafiq Kyle pada Sabtu. Memaklumkan khabar gembira itu di Instagram, pasangan terbabit memuat naik beberapa foto Syafiq menyarungkan cincin di jari manis Mimi Lana.
“One step closer (satu langkah ke hadapan), insya-Allah. Alhamdulillah,” tulis Mimi Lana berserta tagging akaun Syafiq
Manakala Syafiq turut berkongsi beberapa foto sempena hari pertunangan mereka. “Counting days (tunggu masa). 1 2 3 actions (beserta emoji sebentuk cincin),” tulis Syafiq.
Syafiq sebelum ini seakan-akan memberikan bayangan mereka bakal berkahwin tahun ini. Untuk info, pasangan ini mula berkongsi tentang hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019.
Bagaimanapun, sekitar Mei 2020, hubungan mereka dikatakan putus sebelum menjalinkan hubungan semula beberapa bulan kemudian.
Melihat pada ruangan komen di hantaran Instagram masing-masing, kedua-duanya dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar perhubungan mereka menuju pelamin hendaknya.
Sumber: ASTRO AWANI / GEMPAK / Oh My Media
Meraikan Ulang Tahun Ke-10, KLFW Kembali Merayakan Pengiat Seni Fesyen Tanah Air
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kembali lagi, bakal meraikan ulang tahun kesepuluh anjurannya. Bakal membuat kemunculan semula secara fizikal dengan penuh gaya tahun ini, KLFW2022 menampilkan lebih 40 koleksi pakaian sedia pakai pereka tempatan, dari 17 hingga 22 Ogos di Pavilion KL.
Pengasas KLFW Andrew Tan berkata edisi ke-10 KLFW kali bertujuan terus mengenal pasti penyelesaian dan menimbangkan cara untuk membantu industri fesyen Malaysia dalam menyesuaikan diri, berkembang dan meningkatkan produktiviti, inovasi serta kreativiti secara berterusan.
Beliau berkata sejak pelaksanaannya pada 2013, KLFW telah menyediakan platform untuk pereka Malaysia dan industri fesyen tempatan bersatu, meraikan dan menghormati setiap koleksi pereka fesyen tempatan.
“Apabila saya mulakan KLFW pada tahun 2013, saya tahu bahawa ia akan menampilkan risiko besar dan usaha yang gigih. Saya bangga untuk mengatakan bahawa KLFW telah mencapai semua parameter yang telah kami tetapkan untuk diri kami sendiri, dan pada 2022 ini, memasukan edisi ke-10, ia adalah penganjuran fesyen yang cukup menakjubkan,” katanya pada majlis pelancaran media acara pada Khamis.
KLFW telah mengadakan pertunjukan fesyennya secara dalam talian dua tahun lepas, manakala tahun lepas, ia telah dianjurkan secara digital dan fizikal dengan kehadiran yang terhad disebabkan oleh pandemik.
Tan berkata antara pereka yang dijangka menyertai Minggu Fesyen ini terdiri dari gabungan pereka lama dan baharu, antaranya Innai Red, Farah Khan, Fiziwoo, Ezuwan Ismail, Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Neonate, Behati serta senarai pereka yang sedang meningkat naik dalam negara.
Pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya juga bakal memperkenalkan produk wangian terbaru mereka Homege by Nobel.
Bebas Masalah Gigi & Bau Mulut, DR EZANI MasterChef Kongsi 8 Rutin Penjagaan Yang Betul
Juara MasterChef Malaysia pertama iaitu Dr. Ezani Farhana Monoto atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Ezani memiliki daya tarikan yang tersendiri terutama pada senyumannya.
Selain memiliki senyuman yang menawan, Dr. Ezani juga bertuah kerana dikurniakan dengan seraut wajah yang semula jadi cantik.
Kecantikannya seiring dengan kebijaksanaan yang sewajarnya dijadikan inspirasi buat seluruh wanita. Selain bergelar Cef Selebriti tersohor, Dr. Ezani kini bertugas sebagai Pegawai Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
Sebagai doktor gigi juga, Dr. Ezani sentiasa bersikap jujur dengan pesakit tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi dan mulut. Graduan jurusan pergigian dari Universiti Adelaide, Australia ini punya senyuman yang sempurna.
Ingin memiliki senyuman seindahnya? Dr. Ezani berkongsi 8 cara penjagaan gigi yang betul agar kekal sihat dan cantik.
Utamakan kesihatan gigi dan mulut terlebih dahulu agar bebas masalah kaviti serta penyakit gusi sebelum anda memikirkan untuk melakukan rawatan estetik contohnya memutihkan gigi, veneer, braces dan sebagainya.
Jangan sesekali terpengaruh dengan rawatan-rawatan palsu yang murah seperti dilihat di laman sosial masa kini.
Gunakan ubat gigi yang berflorida sebagai pelindung.
Berikan perhatian semasa memberus gigi. Sebaik-baiknya lihatlah cermin ketika menggosok gigi. Pastikan setiap permukaan gigi kena pada berus gigi iaitu tepi pipi, sebelah lidah, sebelah lelangit hingga ke belakang.
Pastikan anda memberus gigi hingga ke gusi kerana di situ terdapatnya bakteria dan plak.
Gunakan flos di bahagian celahan-celahan gigi kerana jika terdapat baki makanan pada celahan tersebut serta dibiarkan gigi akan mudah berlubang.
Elakkan memberus gigi menggunakan berus yang keras. Gunakan berus yang lembut mengikut cara yang betul iaitu mengurut lembut pergerakan bulat-bulat rata ke seluruh permukaan gigi. Jika anda menggunakan berus yang keras boleh mencederakan gusi seterusnya akar gigi akan terdedah lalu terhakis.
Selalunya ramai yang risau jika gusi berdarah semasa menggosok gigi atau flos lantas takut hendak memberus gigi bersih-bersih. Rajin-rajinlah bertemu dengan doktor gigi dalam enam bulan sekali bagi melakukan rawatan scaling untuk membersihkan gigi atau gusi.
Dr. Ezani berpesan supaya setiap orang perlu memberikan perhatian ekstra terhadap kebersihan mulut kerana ia diibaratkan sebagai pintu masuk makanan dan pelbagai penyakit.
Kerana Keyakinan Diri & Aura Glamor, NEELOFA Dipilih Jadi Artis Hijab Pertama Hiasi Kempen Raya SWAROVSKI!
Apa lagi yang hendak diceritakan tentang Noor Neelofa Mohd Noor selain kejayaan yang berjaya diraihnya saban tahun. Lepas satu per satu pencapaian dilakar selebriti cantik ini dan terbaru, bersempena kedatangan lebaran yang bakal tiba… wajah dan namanya kembali menjadi tumpuan ramai apabila dipilih menghiasi papan iklan Swarovski. Alahai, bertuahnya wanita bernama Neelofa!
Ini merupakan kali pertama jenama aksesori terkenal Swarovski menggunakan medium billboard sebagai usaha mempromosikan koleksi terkini, Swarovski Raya Selection. Dan bagi memenuhi selera dan jiwa pelanggan khususnya yang menyambut Aidilfitri… buat julung kalinya juga Swarovski menampilkan wajah Neelofa dalam promosi pemasaran mereka sekaligus menjadikan wanita berusia 30 tahun tersebut artis wanita pertama mendapat kepercayaan sedemikian.
“Syawal is the month that I decided my time and emphasise on the values and ways I could contribute to our society. My aspiration is to be a giver, rather than a receiver. Somebody who gives love, strength and positive aura.
I truly believe a person’s greatness does not lie in what they possess but rather in what they give. And one can only do so once they possess confident, strong and empowering qualities, allowing them to give the people around them their own sparkling moments,” ujar Neelofa.
Memperagakan perhiasan terbaru Swarovski dengan cara tersendiri dan menyerlahkan sisi keyakinan dirinya, Nona difahamkan gambar-gambar Neelofa yang terpampang dalam papan iklan Swarovski kali ini cukup eksklusif dan unik. Mana tidaknya, Pengasas Naelofar Hijab ini diterbangkan ke Abu Dhabi untuk mendapatkan keindahan padang pasir Al Wadi.
Tambah istimewa, bertepatan dengan kempen lebaran… Swarovski turut menjalin kerjasama 360 darjah dengan Neelofa menerusi empayar muslimahnya, Naelofar Hijab.
Mula diasaskan sejak tahun 2014, Naelofar Hijab menjadi antara jenama pilihan para hijabi kerana seleksi pilihan busana dan kelengkapan muslimah yang eksklusif, menarik dan terkini selain telah menembusi lebih 37 buah negara seluruh dunia.
Mengintai kembali penglibatan Neelofa bersama Swarovski, selebriti serba boleh ini menjadi artis berhijab pertama yang dilantik mereka dan pernah dijemput menghadiri Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan pada September 2017 yang turut dihadiri peragawati dan duta Swarovski, Karlie Kloss.