“Orang Lelaki Sampai Mati Kena Taat Pada Mak” Orang Perempuan Mohon Hadam Pesan Ini!

Lumrah selepas berkahwin, banyak pasangan akan keluar meninggalkan kediaman mak ayah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri. Rumah baru. Kehidupan pun baru. Mula-mula keluar rumah, memang terasa rindu pada masakan mak, kerap telefon dan bertanya khabar tapi lama-kelamaan, nak jenguk kampung pun susah sebab dah sibuk dengan rutin harian. Bekerja, belajar dan jaga anak isteri.

Tersentuh hati kecil bila mendengar pesanan Ustaz Fawwaz Mad Jan ni. Wahai suami, taatilah ibumu. Terutamanya yang masih ada mak ayah. Tolonglah jaga mereka. Berkhidmatlah untuk orang tua kita. Jangan buat lebih kurang sebab tanggungjawab lelaki pada mak sampai mati. Jangan sibuk kira menikah berapa kali. Sibuk kira berapa bini.

Walaupun Allah bagi kebebasan pada lelaki untuk buat keputusan apa saja pada anak isteri, tapi macam mana pun hakikatnya dia tetap kena dengar cakap mak.

Wanita pun sama juga. Waktu bujang kena dengar cakap mak ayah, tapi bila kawin dia kena ‘ikat’ dengar cakap suami. Kalau tak dengar cakap suami, automatik anak-anak pun takkan dengar cakap ibu sendiri. Tuhan bayar tunai.

“Kita lawan CAKAP suami, anak  AKAN lawan CAKAP kita”

Lelaki kena ingat senarai ni…

(1) Kalau tak penah bagi duit sesen pada mak, TOLONG mula bagi balik.
(2) Kalau jarang-jarang jenguk mak, TOLONG atur masa balik kampung.
(3) Siapa yang selalu berkelahi dengan mak, TOLONG berhenti.

Saya perati, kadang mak mak ni suka tanya kat anak, contoh ‘Ali… Ahad ni free

tak?’ Bila keluar soalan tu, kita jangan tangguh-tangguh untuk jawab free. Ambil tau dulu apa yang mak nak, sebab naluri mereka ni, kalau kita jawab sibuk pasti mereka pendam apa keinginan tu. Betul tak?

Untuk para isteri, janganlah pentingkan diri sendiri. Anda kawin dengan anaknya, tolong jangan sekat suami berkhidmat untuk wanita yang lahirkannya. Bagitau suami, kalau mak ayahnya teringin nak jumpa hujung minggu, jangan sesekali jawab dia sibuk.

Balasan Allah ni, kalau kita berdosa pada manusia tak pernah sama dengan balasan kalau kita derhaka pada mak. Ada satu hadis, jika kita buat jahat apa pun di muka bumi, Tuhan boleh tangguh seksanya sampai ke Hari Akhirat. Kat dunia mungkin selamat. Tapi kalau kita derhaka pada orang tua, Tuhan bayar cash masa dia hidup lagi.

Begitu juga kalau hubungan menantu dan mak mertua dingin, suami mesti pastikan jangan bela isteri depan maknya. Walaupun isteri tu mengadu macam-macam, suami mesti bijak jernihkan keadaan.

Satu tip daripada Ustaz Fawwaz, tenangkan isteri tu dengan kata-kata ni, “Sabarlah sayang, mak tu bukan orang lain. Tu mak abang. Sabarlah, orang tua kita jugakan.”

Wahai suami, jangan sesekali MENJATUHKAN MARUAH mak kita depan isteri. Kalau kita jatuhkan maruah mak, itulah puncanya ramai lelaki sekarang jadi anak derhaka dan buat hati isterinya, lebih keras dan biadap.

Share
Published by
Norzalina