Tahniah Anzalna Nasir dan suami Hanif Zaki yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka baru-baru ini. Alhamdulillah, difahamkan ibu dan anak berada dalam keadaan baik!
Teruja dengan kehadiran bayi comel penyeri rumah tangga, sebuah foto memaparkan Anzalna dan suami serta cahaya mata baharu mereka turut dimuat naik di laman Instagram. Menerusi perkongsian tersebut, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir tidak menyangka akan bersalin pada 20 Mei lepas bersamaan 19 Syawal 1443 Hijrah.
“Alhamdulillah syukur, barokah Friday! Our second baby selamat dilahirkan today. It was supposed to be Anzalna’s last check up. However, Allah works in a mysterious way. Eidrees pun super excited nak jumpa adik dia! Everyday cakap tak sabar nak jumpa adik!”
Beberapa jam sebelum bersalin, Anzalna turut berkongsi Instastory memohon doa dan meminta orang ramai memaafkan dirinya jika ada membuat kesilapan.
“Kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya. Minta maaf sekiranya ada buat silap. Doakan Anzalna dan baby dipermudahkan segalanya. Amin.”
3 April lepas, Anzalna mengumumkan keadaan dirinya yang sedang hamil anak kedua. Waktu itu usia kandungan aktres jelita ini sudah pun mencecah lapan bulan dan dia dijangka bersalin pada Syawal, sama seperti kelahiran anak sulungnya.
Mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016, Anzalna dan suami tercinta yang merupakan ahli perniagaan turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamad Eidress yang kini berusia dua tahun.