Jika anda penggemar siri Kimora: Life In The Fab Lane, pasti mengenali figura wanita tinggi lampai ini bersama anak-anaknya yang comel. Siri yang ke udara sekitar tahun 2007 itu mengisahkan kehidupan model dan mogul bisnes Kimora Lee Simmons bersama anak-anaknya, Ming Lee dan Aoki Lee.
Ads
Kini, selepas 16 tahun berlalu, kedua-dua anak Kimora Lee sudah meniti usia dewasa dan baharu sahaja menamatkan pengajian masing-masing.
Anak sulung Kimora Lee Simmons, Ming Lee baharu sahaja menamatkan pengajian di University Of New York. Manakala adiknya, Aoki Lee menamatkan pengajiannya di Universiti Harvard pada usia baharu mencecah 20 tahun.
Ads
Ads
Terdahulu, Aoki yang merupakan anak hasil perkahwinan Kimora bersama bekas suaminya, Russell Simmons sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila memasuki universiti tersebut pada usia 16 tahun. Bukan calang-calang orang boleh menjadi pelajar di Universiti Harvard, hanya mereka yang memiliki latar akademik yang cemerlang sahaja diterima masuk ke university bertaraf ivy-league tersebut!
Untuk rekod, Aoki Lee merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni. Dalam satu hantaran di laman Instagram, Kimora Lee Simmons meluah rasa bangga terhadap kejayaan anaknya itu.
“Anak saya merupakan lulusan Universiti Harvard dengan jurusan berganda (double majoring)! Dia merupakan salah seorang graduan termuda dalam sejarah baru-baru ini untuk berbuat demikian pada usia 20 tahun!”-KIMORA LEE SIMMONS.
“Saya amat berbangga dengan pencapaiannya. Walaupun bergelar peragawati sepenuh masa, dia berjaya menamatkan pengajian. Mama sangat bangga dengan kejayaanmu anakku yang cantik dan pandai. Bagi mereka yang mengenali kami, air mata ini merupakan air mata yang penuh makna dalam perjuangan yang mencabar,” tulisnya lagi.
Meskipun Aoki Lee mengikut jejak ibunya sebagai peragawati, dia tetap menjadikan pelajaran sebagai keutamaan untuk dirinya. Mempunyai raut wajah eksotik, tidak hairanlah mengapa Aoki Lee sering menjadi pilihan pelbagai jenama terkenal untuk memperagakan busana mereka.
Untuk rekod, Kimora Lee Simmons mempunyai 5 orang anak iaitu Ming Lee, Aoki Lee, Kenzo, Wolfe dan Gary. Kimora merupakan bekas model fesyen dan pereka fesyen semasa Amerika. Beliau mengambil alih Baby Phat selepas Russell Simmons dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Kreatif hingga 2010 lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan Raja Azura yang terkenal dengan sapaan Kak Engku, antara selebriti wanita Malaysia yang tidak dimamah usia. Umur dah hampir 50 tahun pun masih kelihatan cantik dan bertenaga.
Mungkin salah satu sebab ialah kerana gelagatnya yang sentiasa ceria dan mencuit hati. Benarlah kata orang, sentiasa merasa gembira dan bahagia membantu kita untuk nampak lebih awet muda.
“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa petua yang spesifik. Biasa sahaja, nak inject pun tak mampu. Selalunya lepas balik rumah saya akan cuci muka seperti biasa. Sebelum tidur saya amalkan rutin basic, itu sahaja. Alhamdulillah kulit saya tidak pernah bermasalah.
Yang penting saya akan minum air suam secukupnya di samping makan suplemen setiap hari agar kulit kekal lembap. Kulit yang kering hanya akan mempercepatkan proses penuaan, itu yang kulit mudah berkedut.
Selain itu, bila sudah berusia kenalah cukup tidur. Saya juga kawal makan sebab berat badan cepat naik. Salah satu caranya ialah saya jarang makan malam.”
Pemilik nama sebenar, Y.M Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini masih ligat dalam industri seni sebagai penyampai radio, pengacara, pelakon serta penyanyi. Raja Azura juga merupakan antara selebriti tempatan yang memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Perak.
11 TAHUN BERGELAR IBU TUNGGAL Sejak bercerai pada tahun 2010, Raja Azura nampak sangat tenang dan ceria sepanjang mengharungi kehidupannya sebagai ibu tunggal. Barangkali sikapnya yang sangat ramah dan kelakar, menutup kisah dukanya itu. Agaknya apalah rahsia Kak Engku sehingga dia nampak sangat tabah?
“Hidup mesti diteruskan walau bergelar ibu tunggal. Apa yang saya amalkan selama ini ialah kuatkan mental dan fizikal. Selain itu, emosi juga perlu dikawal dengan baik. Dengan anak-anak saya bersikap terbuka apatah lagi mereka kini dalam usia remaja.
Seterusnya, pedulikan apa orang kata sebab hanya diri kita saja tahu apa yang terbaik. Barulah kita boleh menjalani life seorang ibu tunggal dengan sempurna. Sebab kitalah yang akan menggalas tugas seorang ayah, ibu, bibik, driver dan guru bila di rumah.
Kekuatan itu hadir setiap kali anak-anak memberi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran ataupun sukan sekaligus menggembirakan hati saya. Anak bongsu saya, Puteri Mia Maizura bakal mengikut jejak langkah saya dalam bidang seni dan bergelar penuntut di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.”
RAPAT DENGAN ANAK-ANAK MACAM BFF Seronok melihat keakraban Raja Azura bersama anak-anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq (19), Megat Luqman Haqim (18) dan Puteri Mia Maizura (16).
“Anak-anak memang rapat dengan saya. Merekalah best friends forever saya. Ke mana saja pasti kami tetap bersama. Antara kami juga tiada rahsia. Saya tidak pernah membezakan kasih sayang antara mereka, semuanya sama rata.
Kalau semua berkelapangan selalunya aktiviti yang kami lakukan bersama seperti tengok wayang atau memasak dan kemas rumah. Semuanya kami lakukan bersama sebab saya tiada pembantu rumah.
Pesanan Mama buat anak-anak, hormatilah ibu bapa walau apa pun terjadi. Jangan meminta-minta kalau tidak diberi. Selalu bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki ada di mana-mana. Usaha untuk menjadi hebat dan terbaik. Mama sentiasa berada dalam diri anak-anak. Mama tiada harta nak ditinggalkan, hanya ilmu yang dapat Mama berikan.”
Kredit Foto: Instagram @raja_azura
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisahnya cukup menyentuh hati dan memberi pengajaran buat seluruh wanita. Ia membuktikan bahawa wanita bukanlah makhluk Tuhan yang selamanya lemah.
Tidak mahu terus meratapi kesedihan serta nasib malang yang menimpa dirinya, wanita ini bangkit semula bersama semangat yang cukup luar biasa biarpun terpaksa berkerusi roda.
Dialah wanita besi Pakistan, Muniba Mazari yang merupakan seorang pelukis, aktivis, hos televisyen serta motivator. Muniba merupakan graduan dalam jurusan Seni Halus.
Wanita berusia 31 tahun ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat konservatif dan berkahwin pada usia muda iaitu ketika usianya 18 tahun namun di sebalik perkahwinan itu ada kisah tersendiri sehingga dia tidak pernah merasa bahagia.
TRAGIK
Selepas dua tahun perkahwinan, bermulalah episod duka dalam kehidupannya. Muniba terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang sangat tragik. Ketika kejadian suaminya mengantuk sehingga menyebabkan kereta yang mereka naiki terjatuh ke dalam parit.
Semasa dalam keadaan cemas itu, suaminya sempat melompat keluar dan terselamat manakala Muniba tersepit di dalam kereta serta gagal menyelamatkan diri. Apa yang terlintas di fikirannya saat itu hanyalah kematian! Muniba mengalami kecederaan yang sangat serius. Tulang bahu, tulang dada dan tulang belakangnya patah.
Kesan kecederaan itu Muniba bukan sahaja disahkan tidak dapat berjalan seperti sediakala bahkan peluang untuk memiliki zuriat juga musnah! Luluh hatinya tatkala mendengar kenyataan pahit itu daripada doktor yang merawatnya. Kemalangan itu mengubah kehidupannya secara total.
BANGKIT
Berkat sokongan doktor serta insan-insan yang prihatin, akhirnya Muniba bangkit dengan semangat baharu lantas menjadi inspirasi buat seluruh wanita. Secara perlahan-lahan, Muniba berjaya mengatasi ketakutannya termasuk perceraian.
Muniba kini bahagia bersama anak angkatnya, Neil berusia 9 tahun. Muniba juga meneruskan minatnya dalam seni lukis kerana itulah terapi jiwa buat dirinya untuk meneruskan kehidupan.
Muniba berjaya memberi kesedaran sekaligus membuka mata masyarakat supaya menghargai diri sendiri. Dalam setiap sesi motivasinya, Muniba sering menyatakan di sebalik ketakutan dan kebimbangan kadangkala manusia terlupa dengan keistimewaan yang Tuhan kurniakan.
“Kehidupan ini akan sentiasa ada dugaannya di mana-mana, pada bila-bila masa namun apa yang pasti semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Bagaimana untuk menghadapi, mengatasinya bahkan bagaimana untuk mengubah sesuatu kekurangan kepada kelebihan.
Kita juga tidak boleh menghakimi penderitaan orang lain kerana kekuatan itu pasti akan kembali kepada diri kita,” ungkap Muniba.
Menurutnya, apa yang boleh kita lakukan ialah membawa cerita inspirasi buat masyarakat. Apa yang penting bagi Muniba ialah konsisten melakukan yang terbaik atas apa yang dimiliki. Hanya diri sendiri yang mampu mengubah kehidupan.
Sumber: Instagram Muniba Mazari
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menelusuri posting Instagram penyanyi jelita Elyana Emrizal, beberapa kali terlihat dia memuat naik review tudung berjenama Larnie Scarves.
Bermula dengan penampilan sopannya dalam sepasang jubah serta khimar sedondon sewaktu menghadiri majlis solat hajat pada Disember lalu, Elyana dilihat semakin kerap mendekatkan dirinya pada Yang Maha Esa.
Meskipun beberapa kali Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal lantang menyelar segelintir pihak yang menuduhnya sengaja mencari publisiti daripada musibah kanser yang menimpa, namun dia tetap tenang. Satu kata-kata Elyana ni begitu menusuk kalbu…
Aku tidak peduli dengan mulut orang kerana bukan mereka yang memberi mulutku makan. Aku bukan orang yang baik. Tetapi aku tidak suka menentukan orang lain jahat atau pun baik.
Dia sebelum ini pernah mengumumkan tentang penyakit kanser limfoma yang dihidapinya selama tujuh tahun, serta sedang menjalani rawatan bagi merawat penyakit tersebut.
Masih berharap agar mampu sembuh sepenuhnya, wanita tabah ini tidak mahu terus dianggap lemah. Dia giat mengaktifkan diri dalam pelbagai persembahan seni sambil menjalani rawatan dan menyertai kelas-kelas mengaji bagi menambah ilmu akhirat.
Sama-samalah kita doakan agar ibu kepada Cinta Sumayyah, 6 tahun, ini kembali sembuh seperti sediakala, insyaAllah. Sambil tu jom tengok gambar Elyana bertudung ni, cantik sangatkan? Sejuk mata memandang.
Sumber: Instagram @elyanaofficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...