Selalunya kalau kita menaiki pesawat penerbangan di Asia, pasti wajah-wajah pramugari yang menyambut kehadiran di dalam kapal terbang semuanya masih muda dan bertenaga. Namun pernahkah anda terfikir di sambut oleh seorang pramugari berusia 81 tahun? Pelik tetapi benar. Wanita bernama Bette Nash ini masih lagi berkhidmat sebagai pramugari di syarikat American Airlines.
Walaupun syarikat ini telah mengalami banyak perubahan dari segi pengurusan dan juga gabungan, dia tetap kekal sebagai seorang pramugari yang berdedikasi. Kini sebagai seorang staf paling senior di syarikat penerbangan tersebut, dia boleh memilih jadual dan laluan mana yang dimahukan tanpa sebarang halangan dari pihak atasan. Namun, Bette hanya memilih untuk berkhidmat bagi penerbangan dari DCA (Washington DC) ke Boston sahaja kerana beliau mahu pulang ke rumah setiap malam dan bersama salah seorang anaknya yang kurang upaya. Jadi mungkin jika anda ke Amerika Syarikat, pilih penerbangan laluan ini untuk bertemu ‘The World Oldest Flight Attendant’ ini.
Memulakan kerjaya pada tahun 1957 ketika berusia 21 tahun, Bette telah menyaksikan perubahan hebat dunia penerbangan dari tahun ke tahun. Menurut temubualnya kepada media, “Saya memulakan kerjaya dengan ketika itu pakaian kami cukup classy
, semuanya dijahit kemas dan sangat elegan, kemudian ia bertukar kepada gaya pemakaian yang gila gila ketika era 70an dan 80an sehinggalah apa yang anda lihat hari ini. Oh! ketika itu juga kalau datang ke lapangan terbang, tiada papan tanda digital. semuanya ditulis di atas papan hitam menggunakan pensel kapur. Kalau nak tahu harga tiket penerbangan hanya $12 dollar sahaja”Bercerita tentang bagaimana dia boleh menceburi bidang ini, menurutnya, “Ketika berusia 16 tahun, saya menaiki kapal terbang buat pertama kalinya bersama ibu dari New Jersey ke Dayton,Ohio. Menerusi pengalaman itu melihat bagaimana pramugari bekerja dan juga pengalaman mengembara ke tempat orang menjadi titik tolak keinginan saya untuk bergelar pramugari.”
Satu perkara yang mengangumkan tentang Bette bukanlah diukur dari jumlah tahun perkhidmatannya, menjadikan dia disenangi ramai adalah sikap dan juga pembawaan diri yang selalu positif. Setiap kali menuju ke pesawat dia akan tersenyum lebar dan menyambut tetamu dengan penuh rasa kasih-sayang. Bayangkanlah selama 60 tahun bergelar pramugari, ramai penumpang telah menjadi sahabatnya dan boleh berkongsi cerita kerana mereka selesa dengan Bette.
This website uses cookies.