Warna keemasan mencetuskan impak kemewahan pada sesebuah kediaman. Warna ini dikatakan memiliki karakter yang menggambarkan kemenangan dan kemuliaan. Jika ia diaplikasikan pada interior atau dekorasi kediaman, kesan mewah akan bertambah kuat.
Termasuklah jika menerapkan perabot mewah dan elegan dengan nuansa gold pada ruang hunian peribadi menjadikannya tampak glamor dan berbeza. Berikut beberapa pilihan perabot mewah dengan nuansa gold yang boleh anda terapkan pada hunian.
MEJA & KERUSI
Nuasan gold
pada meja dan kerusia menjadikan meja dan kerusi titik fokus pada ruang tersebut. Tidak perlu diterapkan pada seluruh bahagian meja dan kerusi. Nuansa gold yang diterapkan pada kaki kerusi atau meja pun sudah memadai untuk menyerlahkan aura mewah dan elegan.CHANDELIER
Lampu hias dengan konsep gantung selalunya dianggap sebagai simbol kemewahan dalam sesebuah interior kediaman. Lebih-lebih lagi jika pada lampu tersebut menerapkan elemen gold yang menyerlahkan gaya elegan, bercahaya dan mewah. Jika anda mahu menggunakan chandelier bernuansa gold di rumah, terapkan pada ruang tamu atau di atas alas meja makan.
LAMPU HIASAN DINDING
Berbeza dengan chandelier yang nuansa gold lebih dominan, bagi lampu hiasan dinding bernuansa gold
pula lebih minimalis dan sederhana. Kesan mewah dan glamor dari lampu tersebut tetap kelihatan kuat. Pencahayaan pada lampu tersebut menjadikan kilauan kemewahan kian terpancar.BILIK MANDI
Bagi mendapatkan nuansa bilik mandi yang glamor anda boleh menggunakan perabot mewah dan elegan dengan nuansa gold pada tab mandi atau perabot lain di bilik mandi. Dipadukan pula dengan warna hitam metalik atau marmar dengan skema rona kelabu menjadikan kemewahan dari nuansa gold semakin kuat.
BILIK TIDUR
Selain pada ruang tamu atau ruang utama lainnya, lampu hiasan juga boleh diaplikasikan pada bilik tidur untuk mendapatkan kesan mewah. Nuansa gold boleh diterapkan pada bahagian kaki meja kecil di sisi katil.
CERMIN
Bingkai cermin di rumah anda kelihatan biasa saja? Anda boleh mendapatkan kesan mewah daripada bingkai cermin yang menggunakan nuansa gold.
PERABOT TAMBAHAN
Nuansa gold juga boleh diterapkan pada hiasan untuk dekorasi tambahan pada kediaman. Contoh, pada hiasan yang diperbuat daripada nuansa gold, figura lukisan atau palet almari di sudut ruangan. Hiasan-hiasan tersebut juga memberikan kesan artistik. AMY MOHD
This website uses cookies.