Kalau dulu pemakaian hijab disifatkan sesuatu yang kolot dan ketinggalan zaman, tapi kini lebih ramai wanita Islam sudah mula memakai tudung. Tapi malangnya, tudung yang dipakai seolah-olah hanya menutupi kepala dan bukan menutup aurat seperti yang dituntut dalam Islam.
Terpanggil untuk menjelas lanjut tentang senario ini, Nona mendapatkan penjelasan Ustazah Firuz Akhtar Mohamad Bokhari iaitu Juara Musim Pertama program realiti Ustazah Pilihan. Lebih dikenali dengan gelaran Ustazah Firuz, beliau juga merupakan graduan Sarjan Pengajian Islam dan Asia Barat dari Universiti St. Louis, Washington.
Soalan : Melihat kepada situasi masa kini terdapat pelbagai jenis tudung dan gaya hijab yang dipraktikkan wanita Islam. Pun begitu, adakalanya padanan aksesori dan warna tudung yang dipakai kelihatan keterlaluan. Adakah ia satu perkembangan yang baik?
Jawapan: Perkembangan trend tudung di Malaysia sangat memberangsangkan. Pelbagai pilihan disediakan dan tudung amat mudah di dapati sama ada di kedai atau secara online.
Situasi ini amat menggalakkan kerana ia menunjukkan bahawa wanita Malaysia dapat menerima hakikat penutupan aurat dengan terbuka. Malah sangat kreatif dan inovatif dalam isu tudung.Walau bagaimana pun, kita perlu sentiasa beringat tentang tujuan dan syarat bertudung atau menutup aurat. Janganlah kita menjadi ‘terlalu kreatif’ dalam mencipta tudung atau aksesorinya sehingga tujuan utama menutup aurat itu tersasar. Ketika itu, bukan saja pahala menutup aurat akan hilang, malah kita akan mendapat dosa pula.
Secara dasarnya, syarat hijab adalah:
Semoga dengan penjelasan Ustazah Firuz, kita lebih berhati-hati dan peka dengan penampilan diri. Teruskan istiqamah!
This website uses cookies.