Baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita Fatin Nursyahirah Yusuf,24, pelajar Jabatan Geografi, Fakulti Sastera, Universiti Malaya telah kembali kerahmatullah pada subuh sabtu lepas akibat menghidap kanser Sacorma (sejenis kanser tisu) tahap 4 selepas tidak sampai 24 jam dinikahkan dengan suami Muhammad Saiful Azzam.
Apa yang menyentuh hati, setelah isterinya disahkan meninggal dunia, Azzam turut memuat naik gambar terakhir beliau mengucup dahi isterinya yang ketika itu sudah dikafankan di insta story berserta kapsyen yang menyentuh hati. Azzam juga memakai baju melayu yang sama ketika majlis pernikahan mereka yang diadakan pada pagi Jumaat, 3 Ogos.
“Saya juga memakai baju melayu yang sama ketika majlis pernikahan kami kerana dia cakap saya nampak segak dengan baju ini. Tidak ada sesuatu yang berinspirasi dengan cerita saya sebenarnya. Saya yakin, anda juga akan melakukan perkara yang sama dengan orang kesayangan”, tulisnya di insta story
disertakan gambar kali terakhir mencium dahi isterinya.
Fatin Nursyahirah disahkan menghidap kanser Sacorma pada tahun 2017 yang pada ketika itu sudah berada di tahap 3. Kemudian, pada September 2017 Fatin melakukan pembedahan untuk membuang kanser tersebut namun pada Disember 2017, kanser datang kembali tapi kali ini lebih agresif. Fatin seterusnya melakukan pembedahan kedua pada Februari 2018 namun tidak dapat membuang sepenuhnya kanser dan mula melakukan sesi radioterapi. Kemudian, beliau disahkan lumpuh separuh badan pada Julai 2018.
Benar cinta sejati itu wujud. Walaupun Fatin sudah lumpu separuh badan, Azzam masih tetap mahu meneruskan majlis perkahwinan mereka dan sudi menerima Fatin seadanya. Walaupun kebahagiaan mereka hanya sementara, tapi memori ini pastinya terpahat dalam ingatan Azzam buat selama-lamanya.
Takziah NONA ucapakan kepada seluruh ahli keluarga Fatin Nursyahirah terutama suaminya. Semoga terus kuat dengan dugaan yang diberikan dan dipermudahkan segala urusan.
sumber: instagram
This website uses cookies.