Apa lagi yang mampu dikatakan tentang taste fesyen selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor ini selain daripada ‘Wow’! Pakailah busana macam mana sekalipun pasti mata tertumpu kepada penampilannya dan terus jadi ikutan ramai. Ingat lagi gelombang fenomena Swarovski dan tudung Naelofar Hijab yang digayakan Neelofa ketika membintangi drama romantis Suri Hati Mr Pilot.
Apa saja yang Lofa pakai mesti ramai yang hendak tahu dan beli. Memang luar biasa aura usahawan Naelofar Hijab ini!
Pada 1 Syawal lalu, pengacara Meletop ini kembali menjadi bualan netizen dek kerana fesyen baju raya yang dipakai. Tampil minimalis namun sarat dengan pesona elegan… yang lebih mencuri tumpuan ialah rekaan baju raya Neelofa tahun ini sama dengan busana raya ibunda tersayang, Datin Noorkartini. Yang berbeza hanyalah warna.
Selain mengakui raut wajah Lofa yang begitu mirip dengan ibu tersayang… rata-rata peminat menganggap keakraban dan penampilan anak-beranak ini tidak ubah seperti adik-beradik. Bahkan laman Instagram Neelofa dibanjiri dengan ribuan komen peminat yang memuji kecantikan kedua-duanya.
Difahamkan, persalinan lebaran Neelofa dan Datin Noorkartini ditempah khas dari label fesyen terkenal tempatan, Alia Bastamam. Rekaan eksklusif Liquid Satin Tunics ini nyata berjaya menyerlahkan effordlessly beautiful kepada si pemakai!
Neelofa kelihatan memikat dengan pilihan rona ungu sementara Datin Noorkartini pula menawan dengan warna pic.
Berpeluang meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta di Pasir Mas, Kelantan… Neelofa menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menikmati hari bermakna ini di samping ibu dan adik-beradik yang lain.
“Alhamdulillah, another year, another Raya I get to celebrate with my Mama, Noorkartini. Always grateful, always thankful for this opportunity.”
Dalam pada itu, Neelofa turut mengucapkan selamat hari raya kepada semua followers dan berpesan agar sentiasa berhati-hati di musim perayaan ini. Selain bersederhana ketika menikmati santapan juadah hari raya!
Khabarnya, Neelofa kini sedang berada di Tanah Suci Mekah.
This website uses cookies.