Ketika berpuasa atau tak, ramai wanita memakai lipstik agar wajah tak nampak pucat lesi. lebih-lebih lagi buat mereka yang bekerja berdepan dengan orang ramai. Orang cakap biar muka berseri sedikit, walaupun penat seharian berpuasa, kan?
Namun, ada juga yang rasa was-was boleh atau tidak memakai lipstik ketika berpuasa dalam bulan Ramadan ni. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, “Penggunaan gincu atau lipstik di siang hari pada bulan Ramadan tidak membatalkan puasa,”.
Walau bagaimanapun, tambah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, jika ditelan (memasuki rongga) rasa yang terdapat pada gincu atau lipstik tersebut ianya akan membatalkan puasa.
Oleh itu, berhati-hati wahai kaum wanita, pakai lipstik boleh tetapi jangan sampai membatalkan puasa. Kalau nak pakai lipstik juga ketika berpuasa kena pastikan lipstik tersebut tidak mempunyai rasa. Bau yang sedap pun boleh ‘menggoda’ ketika kita berpuasa.
Kan banyak di pasaran lipstik yang mempunyai bau dan rasa macam buah-buahan. Nak cantik-cantik juga tapi puasa kena jaga juga kan?
Checklist – seleksi lipstick
Wanita dan lipstik memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda mengaku sebagai beauty lover maka wajib menyimpan paling tidak sebatang lipstik di dalam tas tangan. Memiliki lebih daripada satu warna lipstik memang sangat diperlukan kerana perlu dipadankan dengan baju dipakai.
Setiap warna juga memiliki efek yang berbeza dalam penampilan. Sebelum itu kita perlu semak jenis lipstik yang perlu dipakai. Bagaimana memilih lipstik tahan lama di bibir dan bagaimana pula ingin bibir tampil penuh? Masing-masing lipstik mempunyai bentuk dan kelebihan yang berbeza.
Lipstick Matte
Lipstik jenis ini biasanya didatangkan dalam bentuk batang. Lipstik jenis matte memiliki warna yang solid dan berbagai. Kebiasaannya lipstik jenis ini tidak berkilat dan hanya memiliki sedikit pelembap. Bagi memelihara kelembapan bibir elok menyapu pelembap bibir terlebih dahulu sebelum oles lipstik di bibir. Lipstick jenis ini memiliki kelebihan tahan lama sepanjang hari sehingga tidak perlu sering menambahnya.
Lipstick Satin
Kewujudan lipstik jenis satin ini hampir sama dengan jenis matte. Cuma lipstik jenis satin mempunyai tekstur yang berkilat dan mengandungi pelembap yang lebih banyak berbanding lipstik matte. Lipstik jenis ini tidak melekit dan sangat popular kerana tidak perlu gusar bibir kering selepas dioles.
Lipstick Glossy
Bentuk lipstik jenis glossy ini tidak padat serta mempunyai tekstur cair dan kental. Mempunyai warna yang pelbagai dan memberi efek berkilat. Terdapat juga lipstik jenis ini disertakan sekali glitter untuk kesan yang ketara. Kelebihan lipstik jenis ini memberi efek bibir kelihatan penuh dan seksi. Cuma perlu berhati-hati kerana lipstik ini mudah melekat apabila tersentuh. Selain itu, ia tidak tahan lama dan perlu sering mengoles jika sudah hilang dari bibir.
Pensel bibir
Pensel bibir atau pengalit bibir berfungsi untuk memberi bingkai bibir agar boleh membentuk bibir yang dikehendaki. Tidak semua orang memiliki bibir yang sempurna maka pensel bibir boleh menebal bibir yang nipis dan simetri bibir jika tidak sempurna. Setelah melukis bibir sapu lipstik agar tampil semakin canti dan bergaya. Jangan sekali-kali tidur tanpa membersih lipstik di bibir.