Tidak seperti kelaziman, gaya dan stail seseorang turut terkesan selepas berlalunya pandemik COVID-19. Kini bangkit semula dalam fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), ayuh Nona tunjukkan senarai item fesyen yang versatil agar suasana normal baharu diatur penuh gaya.
(a) Pelitup Muka
Kini pelitup muka adalah item asas untuk setiap orang. Ini adalah langkah perlindungan paling penting, selain mencuci tangan dan mengelak daripada menyentuh wajah.
Bagi meningkatkan keberkesanan, pemakaian pelitup muka berganda iaitu dari jenis fabrik di atas pelitup muka perubatan sangat disyorkan pada ketika ini.
(b) Pelindung Muka
Selepas pemakaian pelitup muka berganda yang dikatakan dapat mengurangkan risiko pemakai kepada virus COVID-19, terkini pemakaian pelindung muka (face shield) pula disarankan untuk menapis partikel virus di udara.
Adaptasi pelindung muka bersama pelitup muka berganda merupakan satu lagi tambahan item keselamatan penting bagi mencegah penyebaran wabak dalam komuniti.
(c) Inner
Pakaian asas wajib ada, inner turtleneck dan berlengan panjang perlu diberi keutamaan kerana ia mampu melindungi kulit secara keseluruhan. Dengan iklim di Malaysia, pilihlah inner berfabrik kapas yang berfungsi sebagai penyerap peluh.
(d) Kemeja Lengan Panjang
Kemeja berwarna putih dalam potongan slim-fit seharusnya ada dalam gerobok anda. Supaya tubuh tidak kelihatan besar, elakkan potongan ketat atau melekap di badan. Pemilihan kemeja polos seperti ini memudahkan anda menyuaipadan dengan seluar, tudung atau aksesori berwarna lain.
(e) Maxi Dress
Maxi dress atau helaian gaun labuh berpotongan longgar memberikan nafas moden. Jika ia berpotongan tanpa lengan, anda boleh padankan dengan outerwear
seperti kot atau kardigan, kemudian sempurnakan dengan tali pinggang. Sungguh chic! Antara pilihan terkini adalah himpunan Larney ‘The Revived Pleats’.
(f) Blazer
Blazer bercetak, sama ada bercorak haiwan atau alam semula jadi menjadikan gaya si pemakai kelihatan bold. Kali ini, jangan gentar untuk mengenakan corak atau warna-warna yang menyerlah, seperti neon. Menyarung blazer yang mengikut susuk badan juga merupakan cara paling mudah untuk kelihatan fashionable.
(g) Jaket Biker
Item mesti ada selepas pandemik. Rekaannya yang berlengan panjang memberikan lebih perlindungan dari pencemaran. Anda boleh sarungkan kutang putih di dalam dan lapisi dengan jaket biker agar kelihatan ranggi dan urban.
(h) Kardigan
Pada asalnya kardigan merupakan baju sejuk yang berpotongan blazer dengan butang di bahagian depan. Kini kardigan direka lebih moden dengan bahan asas lebih ringan dan sesuai dengan cuaca panas. Anda boleh memakai kardigan berpotongan pendek ataupun labuh sebagai kunci gaya tanpa kelihatan keterlaluan.
(i) Seluar
Seluar pensel atau pencil trousers,
lebih sesuai dikenakan pada waktu begini berbanding seluar skinny. Anda juga boleh mengenakan seluar palazzo kerana potongannya yang beralun memberikan ilusi lebih langsing kepada si pemakai.
(j) Selendang
Pemilihan selendang dalam warna-warna terang seperti merah atau kuning boleh menaikkan seri wajah anda. Selain styling biasa, ia juga boleh dijadikan turban untuk kelihatan urban. Sebaiknya kenakan baju turtleneck atau inner leher agar bahagian yang terdedah dapat ditutup dengan sempurna.
(k) Pump Shoes & Flats
Pemilihan kasut yang menutupi keseluruhan kaki amat penting. Pump shoes dan flats sesuai digayakan kerana faktor rekaannya yang ringkas dan mudah disarung. Pilihan warna-warna terang menyerlahkan lagi gaya si pemakai.
This website uses cookies.