Bersempena Tahun Baru Cina, pelbagai pemimpin pasti mengambil peluang ini untuk menyampaikan ucapan. Salah satunya adalah daripada pasangan diraja DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan isteri, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Berlatarkan suasana hijau di di halaman kediaman peribadi baginda, pasangan diraja ini turut mengabadikan potret kucing kesayangan iaitu Snowy. Nampak sweet
sangat penampilan baginda berdua dalam busana tradisional Cina, Tang Suit dan Qipao rona merah sedondon.Macam pelakon drama bangsawan, apatah lagi melihat wajah Tengku Permaisuri Norashikin yang terkenal dengan keanggunannya.
TITAH TUANKU
Menerusi laman media sosial rasmi Selangor Royal Official, Sultan Selangor berkenan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya.
“Perayaan ini adalah masa untuk keluarga berkumpul dan mengeratkan silaturrahim. Ia adalah tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun bagi membantu mengingatkan generasi muda tentang kepentingan keluarga,” titahnya.
Meskipun terpaksa menyambut perayaan ini di tengah pandemik dan PKP sedang dilaksanakan, baginda berharap rakyat Malaysia kekal tenang kerana negara sedang bertungkus-lumus memastikan semua pihak sihat serta selamat.
Baginda juga mengingatkan agar rakyat mendengar arahan Kementerian Kesihatan supaya mengelakkan tempat sesak dan selalu menjaga jarak apabila bercakap dengan orang lain.
“When we work together, we get things done” – Sultan Selangor
Bersempena Tahun Baru Cina ini juga, baginda berdua mendoakan kesihatan, keselamatan, kejayaan dan kebahagiaan berterusan buat mereka yang meraikan perayaan tersebut.
Kredit: IG @selangorroyalofficial
This website uses cookies.