Kisah seorang gadis yang ditembak mati oleh Tentera Zionis ketika bertugas sebagai paramedik atau jururawat telah mendapat perhatian dunia.
Razan Al-Najjar, 21 tahun, mati ditembak ketika sedang berlari ke arah pagar sempadan untuk memberi bantuan kepada seorang mangsa yang cedera. Dalam tragedi berdarah itu Razan ketika itu kelihatan memakai pakaian putih.
Ads
Kini setelah setahun tragedi berdarah itu berlaku, Heliza Helmi dalam perkongsian di laman media sosialnya, telah memakai baju yang disarung oleh arwah Razan.
“Ya ini Ves yang beliau pakai dan kesan lubang pada Ves itu adalah kesan tembakan sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Ves ini masih lagi berbau darah As Syahidah,” coret Heliza yang mengingatkan kita tentang peristiwa berdarah itu.
Tambahnya lagi, “I WANT TO BE LIKE YOU RAZAN. Ves yang saya pakai inilah yang dipakai oleh Razan, di dalam poketnya hanyalah ada kapas dan peralatan medik, namun dia ditembak oleh rejim Zionis tak berperikemanusiaan.
MasyaAllahhh Razan, kata-katamu menjadi doa, sungguh hari terakhirmu ialah saat dirimu memberikan bantuan kepada mangsa cedera. Razan, I Want to be like you, Inshaallah Aamiin,” kongsi Heliza Helmi.
Heliza turut menulis tentang siapakah sebenarnya wanita yang mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah SWT ini.
Siapa Razan Najjar?
Razan adalah seorang perawat yang bekerja secara sukarela untuk Palestinian Medical Relief Society (PMRS). Dia bekerja di area yang hanya beberapa ratus meter dari rumah keluarganya.
Ads
Mengapa dia mahu ikut terjun ke medan konflik?
“Saya akan merasa sangat malu kalau saya tidak ada untuk (membantu) warga Palestina. Sudah menjadi tugas dan kewajiban saya untuk ada di sini dan membantu mereka yang terluka,” kata Razan dalam wawancaranya dengan Al Jazeera pada bulan April 2018.
Ads
Detik-detik saat Razan ditembak;
Razan ditembak saat sedang lari menuju pagar perbatasan di dekat Khan Younis, Gaza, 17 Ramadan 2018. Dia sedang berusaha menolong korban yang terluka
Mengenakan baju putih, seragam paramedis, “Dia mengangkat tangannya tinggi-tinggi dengan sangat jelas, tapi tentara Israel menembak dan dia tertembak di dada,” kata seorang saksi.
Saksi lain bercerita bahawa Razan awalnya tak sedar bahawa dia sudah tertembak. Saat peluru telah tembus beberapa detik kemudian baru dia tersedar dan terjatuh ke tanah.
Antara kata kata Razan Al Najjar sangat memberi kesan ialah;
“WITH ALL PRIDE, I WANT CONTINUE TO HELPING PEOPLE TILL LAST DAY”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aura hebat pelakon bertaraf antarabangsa, Dato’ Shah Rukh Khan (SRK) bertebaran ke seluruh pelosok dunia. Manakan tidak, bakat lakonan semula jadi yang ada dalam dirinya membuatkan namanya terkenal di seluruh dunia. Sumbangan beliau terhadap dunia lakonan tidak boleh dipertikaikan lagi setelah memenangi banyak anugerah di dalam dan luar negaranya.
Nama Dato’ SRK terus mewangi apabila aktif menjalankan aktiviti kemanusiaan sehingga diiktiraf menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang kemanusiaan (Philanthropy) dari University of Law, London. Sebelum ini Raja Bollywood ini telah menerima pengiktirafan yang sama dari University of Bedfordshire dan University of Edinburgh.
Anugerah tertinggi ini dihulurkan kepada Dato’ SRK sebagai pengiktirafan karyanya dalam memperjuangkan hak asasi manusia, akses kepada keadilan dan pengurangan jenayah.
Dalam ucapan yang diberikan oleh Dato’ SRK selepas menerima anugerah tersebut, “The acid attack victims are the bravest women I have met in my life. They have suffered tremendously,” katanya yang bekerja keras di bawah badan kebajikan naungannya, Meer Foundation. Badan kebajikan ini berusaha untuk memperkasakan mangsa serangan asid di sana.
Dato’ SRK memulakan kerja amalnya dengan memperjuangkan hak asasi manusia di India dan sentiasa memberi sokongan kepada kempen kerajaan India.
Dato’ SRK turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada University of Law, London di laman media sosialnya, “Thank u for the honour @universityoflaw and my best wishes to the graduating students. It will encourage our team at @MeerFoundation to strive ‘selfishly’ to share more,” ucap suami kepada Datin Gauri Chibber ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum dengan sikap prihatin masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Baru-baru ini tular kisah keluarga kaum India yang ‘tersadai’ di tepi jalan akibat kereta rosak dibantu pasangan suami isteri berbangsa Melayu di Changkat Jering, Taiping.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian meluas dalam kalangan warga maya yang gembira melihat situasi menyenangkan tersebut.
M Prema dan keluarganya ketika itu dalam perjalannan pulang ke Ipoh selepas mengunjungi sebuah kuil di Taiping.
Difahamkan brek salah sebuah kereta yang dinaiki mereka mengalami masalah dan suhu tinggi kenderaan berkenaan membuatkan mereka bimbang untuk meneruskan perjalanan.
Lalu berhenti di tepi jalan kira-kira jam 3.30 petang dengan keadaan waktu itu sedang hujan. Memetik kenyataannya kepada Harian Metro, “Sementara tunggu enjin sejuk, kami duduk di tepi jalan.
Kebetulan saya berhenti di hadapan rumah pak cik (individu yang membantunya) dan ketika itu dia mahu pulang ke rumah dan terus menyapa kami serta menawarkan bantuan.”
Pada mulanya mereka sekeluarga ‘berat hati’ untuk ke rumah lelaki itu kerana tidak mengenali dan bimbang menyusahkan individu tersebut.
Namun, lelaki warga emas berkenaan berulang kali mengajak dia dan ahli keluarga datang ke rumah kerana bimbang keselamatan mereka jika terus menunggu di tepi jalan.
“Kami ada sembilan orang kerana kami ke kuil dengan dua kereta. Jadi segan juga mahu pergi ke rumah pak cik dan isteri kerana memang tidak kenal mereka.
Kami kemudian pergi juga rumahnya selepas diajak beberapa kali malah turut dijamu dengan maruku, kuih bahulu, dan rambutan.”
Walau hanya 30 minit, M Prema bersyukur kerana mereka dilayan sangat baik bagaikan sudah lama mengenali.
Kisah ini menjadi bualan dan tular di media sosial selepas anak M Prema iaitu L Samini memuat naik gambar dan menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku di Facebook. Yang pasti, mereka tidak menyangka niat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai ini meraih perhatian luar biasa.
Kejadian ini menjadi tular selepas anak M prema iaitu L Samini berkongsi kisah mereka di Facebook kerana mahu memberi inspirasi kepada orang ramai.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bintang kebanggaan tanahair Tan Sri Michelle Yeoh di Putrajaya, Khamis lepas. Tan Sri Michelle hadir ke Malaysia bersempena siri jelajah Fan Meet yang diadakan baru-baru ini di Pavilion Kuala Lumpur.
Menerusi pertemuan singkat di Pejabat Perdana Menteri, Anwar berasa cukup kagum dengan pencapaian Michelle yang memenangi trofi Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Malah Anwar juga sempat melihat dan bergambar dengan lebih dekat trofi kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh itu.
Anwar menulis di FB nya, “Hari ini terima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang baru-baru ini merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).
Beliau menghimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau hari ini, dan beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya. Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa.”
Pada masa yang sama Anwar mengucapkan serta mendoakan agar Tan Sri Michelle Yeoh terus maju jaya dan beroleh lebih banyak kejayaan di masa hadapan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...