Setiap wanita itu cantik dengan cara tersendiri. Tanpa mengira saiz badan atau ketinggian yang dianugerahkan, anda boleh kelihatan menyerlah dengan pemakaian pakaian dalam yang tepat bagi menyerlahkan keyakinan diri. Sambil memberi sokongan payudara, ia seharusnya cantik, selesa dan semula jadi, selain membangunkan kelestarian alam.
Nona tertarik dengan koleksi Triumph The Signature Sheer baharu. Meskipun direka mengikut keselesaan badan, namun ia cukup bergaya dengan aplikasi fabrik sheer yang memberikan sokongan penuh. Lebih menarik, koleksi ini juga menampilkan corak renda monogram signature Triumph ‘T’ yang stailo.
Paling penting, koleksi ini dilihat menyempurnakan kehidupan harian wanita yang mementingkan kualiti termasuk pemilihan pakaian dalam. Bila dalaman hebat, pasti luaran juga meyakinkan!
FASA KEHIDUPAN
Sepanjang kehidupan wanita, banyak fasa yang dilalui termasuk perubahan bentuk badan. Tabiat gaya hidup juga mempengaruhi saiz dan berat seseorang, menjadikan setiap individu itu unik serta berbeza antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, setiap perbezaan itu mengukir pengalaman berharga. Raikan bentuk badan ini dengan pemilihan fesyen yang bersesuaian termasuk pakaian dalam yang selesa serta menyerlahkan keunikan siluet tubuh wanita.
Ads
Tanpa pemakaian bra yang sesuai juga, penampilan boleh menjadi kurang menarik. Sepasang bra yang baik seharusnya memberi keselesaan dan membetulkan postur badan wanita. Hasilnya, payudara akan kelihatan lebih natural, lebih terletak dan menyerlahkan siluet yang lebih kemas.
KOLEKSI THE SIGNATURE SHEER
Mula menjengah pasaran secara rasminya pada 28 September, koleksi ini boleh didapati secara offline dan online. Ia menjadi buruan wanita kerana rekaannya yang moden, selesa serta sesuai untuk kegunaan harian. Bagi wanita bekerja, kenakan koleksi ini di sebalik pakaian kerja bagi menyuntik perasaan lebih yakin dan bersemangat.
1. Wired Padded Bra: Direka dengan sokongan signature Triumph iaitu Wire Light untuk keselesaan maksimum. Ia diperbuat daripada material kitar semula yang mesra alam. Struktur bahagian tulang tepi bra juga mencipta siluet payudara yang terletak cantik.
Ads
2. Wired Bra: Direka secara visual menyerlahkan bentuk payudara semula jadi. Ia turut dicipta dengan pad nipple discretion bagi memberi lebih keyakinan, walaupun ketika anda mengenakan top mengikut bentuk badan.
3. Non-Wired Deep V Bra: Direka dengan garis leher infiniti yang menawan. Potongan cup di bahagian tengah bagus untuk mengampu payudara bagi mencipta lurah yang lebih penuh dan natural.
Ketiga-tiga koleksi The Signature Sheer didatangkan dalam rona Toasted Almond, Decadent Chocolate dan Classic Black. Kenakan bersama set seluar dalam sedondon dengan garis tepi tidak kelihatan. Dapatkan Maxi untuk efek perut kempis atau Smooth Hipster untuk potongan di bahagian tengah perut yang selesa dan bentuk kaki triangular.
Lebih unik, koleksi eksklusif ini juga tampil bersama dua helaian tambahan iaitu The Corsage dan Long-sleeved Top. Helaian tersebut boleh didapati secara offline di Triumph Boutique IOI City Putrajaya, Triumph Boutique Sunway Pyramid, Triumph Boutique Pavilion KL dan Parkson Pavilion KL.
Ads
The Corsage:Top korset yang direka dengan jahitan bertulang bagi menyerlahkan ilusi bentuk badan jam pasir. Anda boleh menanggalkan tali strap bahu untuk mencipta gaya top berbeza. Ia direka tanpa wayar untuk keselesaan namun dilengkapi padded liner untuk sokongan ekstra.
Long-sleeved Top:Top sheer lengan panjang direka dengan corak renda moden asimetri. Didatangkan dalam warna Classic Black untuk tampilan sofistikated dan stailo.
Kerana itu, raikanlah setiap perubahan bentuk badan yang berlaku dengan rasa bangga. Demi keselesaan dan keyakinan diri, jangan lupa untuk memilih bra yang baik pada setiap masa kerana bra kita adalah penyokong kita.
Dapatkan koleksi The Signature Sheer di butik-butik Triumph atau layari website (klik di sini) untuk lebih pilihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita kadang-kadang ambil mudah perkara ini lebih-lebih lagi yang bertudung. Alasan mudah, pakai tudung boleh cover bau rambut yang dah dua hari tak cuci. Salah tu! Semakin dibiarkan rambut tidak dicuci, semakin berbau rambut anda. Silap haribulan, kulit kepala berkerak tebal. Jangan tunggu lama, jom amalkan petua ini.
Cuci rambut setiap hari!
Bagi wanita bertudung, anda perlu mencuci rambut setiap hari. Mungkin anda bimbang rambut menjadi kering dan kurang bermaya sehinggakan terus buat keputusan untuk membiarkan rambut terus berbau. Kan boleh gunakan perapi atau aloe vera untuk terus mengekalkan helaian rambut yang berkilau.
**media[177507]**
Tukar anak tudung lembap
Setiap kali mencuci pakaian, pastikan ia dijemur di bawah terik matahari. Sekiranya hujan, pastikan baju disidai di kawasan yang kering. Begitu juga apabila hendak menyarungkan anak tudung. Pastikan ia betul-betul kering untuk mengelakkan bau masam mengekori anda sepanjang masa.
**media[177503]**
Tak perlu sembur minyak wangi
Sudahlah rambut tidak bercuci, kononnya semburan minyak wangi mampu menyembunyikan bau rambut. Itu tindakan yang salah. Terdapat beberapa tempat yang sesuai anda semburkan minyak wangi; belakang telinga, leher dan pergelangan tangan. Semburan yang hanya tertumpu pada tudung akan menyebabkan bau hapak yang menarik lebih perhatian.
**media[177502]**
Gunakan tuala
Selepas mencuci rambut, gunakan tuala mandi untuk mengeringkannya. Ulangi sehingga rambut betul-betul kering. Bagi anda yang ingin menjimatkan masa, gunakan pengering rambut sebelum mula menyarungkan tudung.
**media[177505]**
Kawal stres
Mengapa? Stres boleh menyebabkan seseorang cepat berpeluh. Cuba bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Kalau masih berpeluh, rajin-rajinlah mencuci rambut. Pilih syampu dan perapi yang sesuai dengan kulit kepala anda.
**media[177504]**
Tip ringkas untuk anda…
Biarkan rambut anda ‘menikmati’ udara dingin. Paling mudah, penghawa dingin atau kipas. Biarkan kutikel rambut terbuka untk membebaskan bau hapak.
Gunakan syampu kering dan taburkan pada rambut. Selain menjimatkan masa kerana ia tidak perlu dibilas, syampu kering juga mudah di bawa ke mana-mana.
Untuk anda yang bertudung, bawa extra anak tudung atau selendang. Andai tiba-tiba anda berpeluh atau terasa kepala mula berbau, cari tandas dan tukar tudung lain. Paling penting, pastikan tudung extra tidak perlu digosok ya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terlalu banyak fesyen di pasaran sehingga anda tidak tahu untuk membuat pilihan. Anda juga cenderung membeli pakaian yang murah dan akhirnya baju itu tidak sesuai dengan personaliti. Membazir! Tapi sebenarnya, ada di antara peraturan fesyen ini yang boleh anda abaikan.
1. Jangan gabungkan jenama mewah dan jenama biasa
Sebagai generasi millennial ataupun gen Y yang berdikari, tidak semua pakaian dan aksesori anda dari jenama mewah. Anda bebas menggayakan street style yang kini menjadi kegilaan. Jadi, tidak salah untuk menggayakan sebuah beg tangan Michael Kors dengan denim yang berharga RM10 yang dibeli di kedai bundle.
2. Hanya perempuan rendah boleh berkasut tumit tinggi
Jika inspirasi fesyen anda adalah Gigi Hadid, Kendall Jenner ataupun Karlie Kloss, abaikan terus peraturan ini. Kasut tumit tinggi bebas dipakai oleh siapa pun tidak kira ketinggian. Jadi jika anda sememangnya dikurniakan ketinggian, apa salahnya anda tonjolkan.
3. Jangan gabungkan corak bersama corak
Kedua-dua ini adalah kombinasi yang cantik jika anda pandai gayakan corak dan corak bersama. Apa salahnya corak abstrak digabungkan bersama corak abstrak juga. Hanya mereka yang berkeyakinan sahaja mampu membawa gaya ini dan anda harus cuba.
4. Wanita gempal tidak sesuai memakai skirt labuh
Bila pakai nampak lagi besar? Itu peraturan zaman pra-sejarah. Kini wanita gempal juga boleh tampil berkeyakinan dengan variasi skirt labuh dan pastinya nampak hebat seperti wanita biasa. Asalkan bentuknya sesuai mengikut bentuk badan dan pandai bermain warna, you are good to go!
5. Hanya lelaki boleh berpakaian menswear
Dunia semakin berubah dan begitu jugalah dalam fesyen. Hakikatnya, wanita juga boleh mengenakan menswear dengan cara yang tersendiri dan tampil cukup elegan. Stail androgini sangat menjadi perhatian masa kini. Wanita yang mengenakan pakaian menswear namun tetap diselitkan dengan ciri-ciri feminin.
6. Jangan memakai stoking bersama kasut terbuka di depan
Siapa lagi yang kata gaya ini ibarat orang tua? Anda juga boleh tampil bergaya dengan memakai stoking bersama kasut tumit tinggi.
7. Sequin dan metalik hanya untuk malam sahaja
Gabungkan sequin dan warna metalik bersama pakaian serba hitam anda ke pejabat hari ini. Pasti anda akan tampil kelihatan bergaya dan menawan. Kini warna metalik dan sequin bukan sahaja sesuai dipakai pada waktu malam malah turut boleh digayakan ketika waktu matahari memancar.
8. Kasut dan beg tangan haruslah warna sama
Konsep beg dan kasut perlu sama warna ini dah lama ditinggalkan. Anda boleh menggayakan apa juga warna yang berlainan pada kasut dan beg ketika keluar. Jika anda berani menggabungkan corak juga tetap tiada kesalahan.
9. Wanita petit jangan pakai dress panjang
Dunia yang bebas ini tidak pernah mengehadkan apa-apa jenis peraturan fesyen pada wanita kecil. Anda boleh memakai apa sahaja dress labuh walaupun tiada ketinggian. Bukan model sahaja dibenarkan berpakaian begini kerana anda wanita kecil juga boleh membawa gaya ini asalkan potongannya sesuai mengikut badan.
10. Jangan gabungkan denim bersama denim
Yes, peraturan fesyen dulu ada mengatakan jangan gabungkan baju denim anda bersama sepasang jeans. Kini tidak lagi. Jika anda penggemar denim, tidak salah untuk menggabungkannya ketika keluar. Pasti anda akan kelihatan cukup edgy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanpa ilmu parenting yang betul, bukan senang bagi seorang ibu mahu mendekati anak sendiri. Dalam zaman moden ini, mereka lebih selesa dengan dunia mereka, sama ada bermain games atau melayari media sosial.
Kerana itu kita perlu bijak menggunakan masa dan ruang yang ada untuk ‘memenangi’ hati anak-anak. Dengan penyampaian santai dan aktiviti menyeronokkan di rumah, mereka akan lebih mudah menerima didikan ibu bapa.
Tapi aktiviti apa yang menarik dilakukan bersama? Semak idea ini dan cuba ajak si kecil anda bereksperimentasi sekali.
(1) Menu Untuk Si Cilik
Nak biasakan mereka dengan kerja dapur dan ajar menggunakan peralatan memasak? Jom hasilkan menu yang mudah, sedap dan menyihatkan.
Cadangan chef Abang Brian menggunakan Mission Mini Wrap ni antara yang paling sesuai untuk anda. Wrap terbaharu ni direka lebih kecil dan saiznya sesuai untuk kanak-kanak.
Anda boleh cuba resipi Bear Bear Wrap Pizza, Caterpillar Chicken Wrap dan Crouching Lion Hidden Veggies ini yang bukan saja sedap, tapi mudah dibuat dan menyihatkan.
(2) Kembara Dunia Dengan Kopi
Dengan situasi pandemik yang masih belum membenarkan kita untuk melancong ke luar negara, gunakan masa di rumah untuk ‘membawa’ si kecil anda belajar tentang negara luar.
Jika anda penggemar kopi Lungo, rangkaian terbaharu Nespresso World Explorations pasti menambah keseronokan. Ia menjemput anda merasai pengalaman mengembara melalui kopi berbeza seperti di Cape Town, Stockholm, Tokyo, Vienna, Shanghai dan Buenos Aires.
Aktiviti yang sesuai mungkin anda boleh membancuh kopi Nespresso bersama-sama si cilik sambil menceritakan keunikan negara asal kopi tersebut.
Tokyo Lungo dengan susu
Shanghai Lungo
Buenos Aires dengan susu
Stockholm Lungo dengan susu
(3) Dress Up & Make Up
Pernahkah anda bayangkan teman karib anda adalah anak perempuan sendiri? Kenapa tidak. They are mini you! Boleh saja bermain ‘mekap mekap’ atau anda menyiapkan si cilik bagaikan seorang puteri.
Jadikan aktiviti ini suatu kenangan paling bermakna untuk mereka. Beli barangan perhiasan kemas seperti anting-anting, rantai atau gelang tangan yang serupa agar ia menjadi kenangan terindah anda berdua.
Anting-anting bunga matahari daripada Tailored Jewel
Anting-anting mutiara Akoya daripada Tailored Jewel
Cincin batu nilam pelangi daripada Tailored Jewel
(4) Ajari Nikmat Hidup Sebenarnya
Kehidupan ini bukan tentang mengejar kekayaan tetapi menghargai erti kesenangan. Ajarkan mereka erti perkara-perkara kecil yang membahagiakan seperti momen melihat matahari terbenam, mencium bau embun dan wanginya bunga-bungaan serta menderma kepada orang susah.
Si kecil belajar dari teladan. Sebagai ibu, anda adalah guru di rumah, jadi sentiasa tunjukkan nilai-nilai murni pada setiap masa. Jika anda sedar, mereka sebenarnya adalah peniru terbaik!
Bunga Citra Lestari dan Noah Sinclair
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.