Pakaian Dalam Serlah Sisi Feminin, Bra Selesa Dengan Monogram-T Ini Buat Wanita Lebih Yakin

Setiap wanita itu cantik dengan cara tersendiri. Tanpa mengira saiz badan atau ketinggian yang dianugerahkan, anda boleh kelihatan menyerlah dengan pemakaian pakaian dalam yang tepat bagi menyerlahkan keyakinan diri. Sambil memberi sokongan payudara, ia seharusnya cantik, selesa dan semula jadi, selain membangunkan kelestarian alam.

Nona tertarik dengan koleksi Triumph The Signature Sheer baharu. Meskipun direka mengikut keselesaan badan, namun ia cukup bergaya dengan aplikasi fabrik sheer yang memberikan sokongan penuh. Lebih menarik, koleksi ini juga menampilkan corak renda monogram signature Triumph ‘T’ yang stailo.

Paling penting, koleksi ini dilihat menyempurnakan kehidupan harian wanita yang mementingkan kualiti termasuk pemilihan pakaian dalam. Bila dalaman hebat, pasti luaran juga meyakinkan!

FASA KEHIDUPAN

Sepanjang kehidupan wanita, banyak fasa yang dilalui termasuk perubahan bentuk badan. Tabiat gaya hidup juga mempengaruhi saiz dan berat seseorang, menjadikan setiap individu itu unik serta berbeza antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, setiap perbezaan itu mengukir pengalaman berharga. Raikan bentuk badan ini dengan pemilihan fesyen yang bersesuaian termasuk pakaian dalam yang selesa serta menyerlahkan keunikan siluet tubuh wanita.

Tanpa pemakaian bra yang sesuai juga, penampilan boleh menjadi kurang menarik. Sepasang bra yang baik seharusnya memberi keselesaan dan membetulkan postur badan wanita. Hasilnya, payudara akan kelihatan lebih natural, lebih terletak dan menyerlahkan siluet yang lebih kemas.

KOLEKSI THE SIGNATURE SHEER

Mula menjengah pasaran secara rasminya pada 28 September, koleksi ini boleh didapati secara offline dan online. Ia menjadi buruan wanita kerana rekaannya yang moden, selesa serta sesuai untuk kegunaan harian. Bagi wanita bekerja, kenakan koleksi ini di sebalik pakaian kerja bagi menyuntik perasaan lebih yakin dan bersemangat.

1. Wired Padded Bra: Direka dengan sokongan signature Triumph iaitu Wire Light untuk keselesaan maksimum. Ia diperbuat daripada material kitar semula yang mesra alam. Struktur bahagian tulang tepi bra juga mencipta siluet payudara yang terletak cantik.

2. Wired Bra: Direka secara visual menyerlahkan bentuk payudara semula jadi. Ia turut dicipta dengan pad nipple discretion bagi memberi lebih keyakinan, walaupun ketika anda mengenakan top mengikut bentuk badan.

3. Non-Wired Deep V Bra: Direka dengan garis leher infiniti yang menawan. Potongan cup di bahagian tengah bagus untuk mengampu payudara bagi mencipta lurah yang lebih penuh dan natural.

Ketiga-tiga koleksi The Signature Sheer didatangkan dalam rona Toasted Almond, Decadent Chocolate dan Classic Black. Kenakan bersama set seluar dalam sedondon dengan garis tepi tidak kelihatan. Dapatkan Maxi untuk efek perut kempis atau Smooth Hipster untuk potongan di bahagian tengah perut yang selesa dan bentuk kaki triangular.

Lebih unik, koleksi eksklusif ini juga tampil bersama dua helaian tambahan iaitu The Corsage dan Long-sleeved Top. Helaian tersebut boleh didapati secara offline di Triumph Boutique IOI City Putrajaya, Triumph Boutique Sunway Pyramid, Triumph Boutique Pavilion KL dan Parkson Pavilion KL.

The Corsage: Top

korset yang direka dengan jahitan bertulang bagi menyerlahkan ilusi bentuk badan jam pasir. Anda boleh menanggalkan tali strap bahu untuk mencipta gaya top berbeza. Ia direka tanpa wayar untuk keselesaan namun dilengkapi padded liner untuk sokongan ekstra.

Long-sleeved Top: Top sheer lengan panjang direka dengan corak renda moden asimetri. Didatangkan dalam warna Classic Black untuk tampilan sofistikated dan stailo.

Kerana itu, raikanlah setiap perubahan bentuk badan yang berlaku dengan rasa bangga. Demi keselesaan dan keyakinan diri, jangan lupa untuk memilih bra yang baik pada setiap masa kerana bra kita adalah penyokong kita.

Dapatkan koleksi The Signature Sheer di butik-butik Triumph atau layari website (klik di sini) untuk lebih pilihan.

Share
Published by
Norzalina