Belajar dari pengalaman dan berkongsi kepakaran memerangi COVID-19. Itulah misi pasukan perubatan China yang terdiri daripada lapan pakar Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China yang tiba ke Malaysia pada Sabtu lepas.
Walaupun kedatangan pasukan Anti COVID-19 Medical ConsultantFrom China To Malaysia itu pada awalnya mengundang tanda tanya, namun hasrat mereka untuk memerhatikan kebolehupayaan kerajaan, khasnya pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akhirnya diiktiraf.
Ads
Menurut Ketua Pakar Perubatan dan Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional Cina Wilayah Guangdong, Dr Li Jun, berdasarkan pemerhatian mereka sejak Sabtu lalu, pihaknya mendapati Malaysia telah melakukan langkah-langkah pencegahan yang tepat dan berkesan.
“Kami telah mengadakan dialog dengan KKM, hospital, pusat penyelidikan serta beberapa jabatan kesihatan dan mendapati Malaysia telah mampu mengawal wabak ini dengan berjaya apabila beberapa hari ini telah menunjukkan penurunan kes positif yang ketara,” ujar Dr Li sambil menekankan betapa pentingnya kerjasama rakyat.
Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia, setakat hari ini, mencatatkan angka 99 kes dengan satu kematian baru dilaporkan pagi 27 April tadi. Terdapat tanda penurunan yang positif semenjak kebelakangan ini, menunjukkan adanya sinar baru selagi kita mematuhi arahan PKP dengan berdisiplin.
PERUBATAN TRADISIONAL
Dr Li, yang mengetuai tujuh pakar perubatan lain dari China dalam misi berkongsi pengalaman memerangi wabak COVID-19 ke Malaysia, berkata kaedah perubatan tradisional itu turut digunakan dalam usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 di wilayah tersebut.
Berkongsi pengalaman merawat pesakit COVID-19 di China, beliau berkata pihaknya sentiasa mengkaji keberkesanan pelbagai jenis ubat-ubatan, termasuk vaksin yang digunakan bagi mengubati wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003 dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) pada 2012.
Ads
“Pada awalnya kami menjangkakan ubat-ubatan ini berkesan hasil daripada pengalaman wabak SARS dan MERS-CoV namun apabila digunakan untuk COVID-19, ia sebaliknya menunjukkan kesan sampingan terhadap sesetengah pesakit,” jelas beliau tanpa mendedahkan jenis atau ramuan tradisional itu secara spesifik.
PERLU IKUT KEADAAN
Walau bagaimanapun, Dr Li menegaskan bahawa pengalaman dan cara mereka di China hanya sebagai panduan kepada negara lain dan pelaksanaannya perlu berpandukan kepada keadaan serta keperluan negara itu sendiri.
Ads
Sehingga kini masih belum ada lagi vaksin untuk COVID-19 namun ubat tradisional Cina digunakan secara meluas untuk merawat simptom seperti demam, batuk ataupun masalah pencernaan bagi pesakit di sana.
Ia juga sekali gus dapat mengurangkan penggunaan mesin bantuan pernafasan memandangkan ubat tradisional terbukti dapat melancarkan sistem pernafasan dan pencernaan pesakit COVID-19 kronik yang terlantar lama di wad,” katanya ketika diwawancara Sin Chew Daily.
Turut hadir Ketua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Rakyat Wilayah Guangdong Dr Wen Miaoyun dan Ketua Juruteknik bidang virologi merangkap Timbalan Pengarah Pejabat Pengajian Am Institut Kesihatan Awam Guangdong Dr Sun Jiufeng.
Dr Li berkata buat masa ini, China mempunyai tiga pasukan yang melakukan percubaan vaksin dan telah memasuki fasa kedua ujian klinikal. “Bagi menghasilkan sesuatu vaksin, biasanya perlu mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun, namun China berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan kemajuan penelitian vaksin.
Vaksin itu perlu dihasilkan secepat mungkin memandangkan ia merupakan satu keperluan yang tidak boleh dilengah-lengahkan kerana wabak itu merebak dengan cepat di kebanyakan negara di seluruh dunia,” katanya. Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, anak perempuan pelakon cantik Elisya Sandha ini bakal mencecah usia lapan bulan. Makin menginjak usia, makin bijak dan bertambah comel tengok Bunga Elhaq. Berstatus anak kepada selebriti dan juga cucu Sheila Rusly pastinya kelibat bayi perempuan ini menjadi perhatian peminat seni.
Cahaya mata perempuan Nur Elisya Sandha dan Uzair Haqimy ini bertuah kerana dijaga dengan penuh kasih sayang. Bukan saja daripada kedua-dua ibu bapanya malah datuk dan nenek serta orang sekeliling. Alhamdulillah, rezeki Bunga Elhaq binti Uzair Haqimy!
Selamat dilahirkan pada 18 Jun 2022 jam 8.40 pagi dengan berat 3.25 kilogram, detik kelahiran bayi comel ini berjalan lancar dan sangat dinanti-nantikan keluarga tersayang.
Istimewanya, nama Bunga itu sendiri dipilih oleh nendanya iaitu Sheila Rusly. Sementara nama Elhaq pula diambil daripada gabungan nama ibu bapa, Elisya dan Haq.
Menyambut kedatangan tahun 2023, Elisya yang juga adik kepada Fasha Sandha memanjat kesyukuran atas kurniaan terindah Bunga Elhaq dalam hidupnya.
“My love Bunga Elhaq, if I could give you one thing in life I would give you the ability to see yourself in my eyes. This love can’t fit into my heart.”
Dalam temu bual bersama Nona ketika menjadi penghias edisi digital, Elisya yang ketika itu sarat hamil digandingkan bersama ibu mertua, Sheila Rusly berkongsi perancangan untuk memiliki anak kelak.
“Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je. Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayang. Susah nak dapat apa yang saya nak.
Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha.
Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
Elisya dan Haq selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Moga Bunga Elhaq membesar sihat dan menjadi anak solehah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Bukan sahaja dikurniakan seorang isteri cantik menawan dan baik budi pekerti, bahkan ‘pandai’ menjaga perut suami tercinta. Ada sahaja masa terluang, pasti Che Puan Sofie menghabiskan waktu di dapur dengan air tangan dan sajian dari Sweden.
Terbaru, beliau berkongsi hidangan menyelerakan Sweden iaitu Smorgastarta di Instagram miliknya. Anggun berbaju kurung biru dan berselendang kuning cair, Che Puan Sofie tidak kekok menyediakan makanan tersebut.
Menurutnya, sajian Smorgastarta tidak hanya popular di Sweden, Estonia, Finland dan Iceland. Ia adalah sejenis hidangan kek yang menyerupai sandwic tetapi sarat dengan pelbagai isi dan hiasan.
Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk buah tomato, timun, telur rebus, udang, keju dan kepingan ayam. Memang nampak sedap dan sihat!
Mengintai aktiviti Che Puan Sofie, isteri Tengku Mahkota Kelantan ini juga pernah menyediakan aneka hidangan dan berkongsi juadah berkenaan di laman media sosial.
Misalnya pada Ramadan yang lalu, beliau menyantuni orang ramai semasa jualan amal ‘meat ball’ dan ‘cinnamon bun’ hasil air tangannya sendiri di bazar Ramadan di Kota Bharu.
Difahamkan sebanyak 7 kilogram daging digunakan untuk jualan ‘meat ball’ berkenaan. Lebih manis, meskipun sibuk dengan jualan amal tersebut beliau tetap menyediakan
sajian berbuka puasa buat suami tercinta.
Che Puan Sofie Louise Johansson sah bergelar isteri YAM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada tanggal 19 April 2019.
Sumber: Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah sememangnya dikenali sebagai puteri diraja yang berjiwa rakyat. Tanggal 12 Oktober semalam merupakan ulang tahun keputeraan Tengku Zatashah yang ke-47. Tak sangka rupa-rupanya puteri diraja Selangor ini sudah meniti usia lewat 40an. Memang nampak awet muda! Mungkin sebab Tengku Zatashah sangat mementingkan gaya hidup aktif dan sihat.
Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan Tengku Zatashah pasti menyedari puteri jelita ini seorang wanita berjiwa klasik dan gemar mengenakan persalinan tradisional kebaya. Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi mahupun tatkala menyambut musim perayaan… busana tradisi sentiasa menjadi pilihan.
https://www.instagram.com/p/CGOT7eAhKcw/
Jika diamati koleksi baju kebaya Tengku Zatashah memang bermacam-macam rekaan dan warna ada dalam simpanannya. Tidak mahu terikat dengan style dahulu semata-mata Tengku Zatashah bijak mempelbagaikan gaya agar sentiasa tampil segar. Ada masanya juga, Penaung Make-A-Wish Malaysia ini mengenakan padanan seluar panjang yang dilihat cukup sesuai dengan cita rasa moden.
Selain sarat dengan budaya ketimuran dalam pemakaian, Tengku Zatashah juga seorang puteri diraja berjiwa rakyat. Mana tidaknya, penglibatan Tengku Zatashah dalam badan kebajikan bukan lagi rahsia. Ada saja peluang untuk membantu golongan kanak-kanak, individu kurang berkemampuan dan warga emas… pasti kelibat Tengku Zatashah muncul dalam aktiviti kemasyarakatan sedemikian. Termasuklah usaha untuk melindungi hidupan liar dan laut yang kini diancam mati akibat pencemaran.
Tengku Zatashah sebelum ini pernah terlibat dan masih aktif menyertai kempen Zero Food Wastage, Women Empowerment, No Bully dan Save Wild Life. Malah, puteri ini juga merupakan sukarelawan Kechara Soup Kitchen Society iaitu sebuah organisasi yang berperanan memberi bantuan makanan kepada golongan gelandangan. Difahamkan, tahun ini ialah tahun kelima Tengku Zatashah bersama organisasi tersebut.
Moga segala usaha murni Tengku Zatashah dalam mempromosikan budaya Malaysia dan keprihatinan terhadap semua pihak termasuk haiwan mencetus inspirasi kepada wanita lain.
Makin cantik berseri-seri suri hati kesayangan Datuk Latif Romly, Datin Nabila. Meniti usia 27 tahun, pendidik ini bukan saja tampil memikat. Malah bertambah bahagia sejak bergelar isteri jaguh paralimpik negara berkenaan ...