Cantik Irina Roelcke! Tak sekadar dikurniakan wajah cantik yang sedap mata memandang, adik perempuan Maya Karin bernama Irina Melati Roelcke ini juga seorang wanita bijak. Aktres jelita tersebut juga mempunyai seorang adik lelaki dikenali sebagai Armin Roelcke.
Menelurusi latar belakang Irina, wanita profesional berusia 39 tahun ini merupakan Senior Legal Counsel di Singapura. Dia juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang kelas pertama dari University of London.
Jarak usia hanya empat tahun dengan bintang filem Pontianak Harum Sundal Malam berkenaan membuatkan Irina cukup akrab dengan kakak tersayang.
Ketika berusia 27 tahun, Irina pernah terlibat dalam sesi fotografi bersama Maya dan ketika itu dia dipiih sebagai wajah kempen salah satu produk L’Oreal Paris pada tahun 2011.
Pernah aktif sebagai model, Irina dalam sebuah wawancara di Internet pada tahun lalu mendedahkan bapanya berasal dari Jerman. Sementara ibu tersayang pula merupakan rakyat Malaysia.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/cantik-walau-tanpa-secalit-mekap-aura-maya-karin-usia-43-tahun-keturunan-jerman-melayu/
Bagaimana pun, dia dibesarkan di Indonesia dan kembali ke Malaysia ketika berusia 12 tahun. Irina kemudian melanjutkan pengajian di England dan menggengam ijazah dalam bidang undang-undang.
Bersandarkan keputusan cemerlangnya, dia diterima berkhidmat di salah sebuah firma guaman terkenal di London. Malah, pernah bertugas di syarikat gas dan minyak dan terlibat dengan dunia korporat bidang fesyen, Zalora.
Mengakui seorang yang gemarkan cabaran, Irina menggalakkan golongan wanita agar tidak takut mencuba perkara baru dan menimba sebanyak mungkin pengalaman tidak kira dalam kehidupan mahupun karier.
Seperti Maya Karin, Irina turut aktif dengan gaya hidup sihat. Selain menggemari sukan lasak, adik-beradik ini cukup prihatin dengan alam sekitar memandangkan sejak kecil mereka sudah didedahkan dengan kepentingan menjaga kehijauan alam daripada bapa, Gottfried Roelcke.
Terinspirasi dengan kehidupan Maya Karin dan Irina. Tidak hanya mementingkan pelajaran dan menggunakan bakat yang ada untuk kebaikan, keprihatinan mereka terhadap alam semula jadi wajar menjadi ikutan.
This website uses cookies.