Sudah namanya pun wanita, pantang nampak makanan laut segar terus ligat fikirkan menu apa nak dimasak. Situasi sama turut berlaku pada bekas Menteri Wanita, Keluarga & Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ketika berkunjung ke pasar baru-baru ini.
Tampil santai berkemeja biru tua dan selendang hitam putih, gelagat beliau memilih ikan jadi perhatian. Rambang mata bila nampak ikan-ikan segar di depan mata, mulalah tak tentu arah buat pilihan. Semuanya nak dibeli.
Ads
Betul katanya. Rasa bahagia beli barang makanan ni berbeza betul dengan perasaan kalau berjalan di pusat membeli-belah. Kaum wanita jer tahu perasaannya, teruja pergi pasar tengok sayur-mayur segar, makanan laut, ayam dan daging betul-betul wujud!
Tulisnya ringkas…
“Paling bahagia bila di pasar. Bukan mall…” Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
JAGA IBU
Pada usia 69 tahun, anak kelahiran Pulau Pinang ini dilihat masih lagi aktif dalam kerja-kerja politik dan NGO. Namun yang paling menariknya, ibu anak tiga itu sangat rapat dengan ibu kesayangan, malah sering berkongsi momen manis bersama-sama.
“Mama happy bila boleh kata tiap-tiap hari family datang ziarah. Adik-adik dan ipar-ipar. Anak cucu-cicit.
Silaturrahim itu satu penawar untuk mereka yang uzur atau menua. Apatah lagi bila dibelai dengan kasih sayang. Mama bertuah syukur sangat-sangat kerana sentiasa didakapi keluarga dan sahabat yang sayang dan caring.
Ads
Penuaan itu sudah pasti. Untuk kita semua. Tamadun yang tidak meraikan penuaan adalah tamadun yang tidak berkat. Aging with health and surrounded with love and caring can be beautiful.
We should celebrate age and not be ashamed of it. Or apologetic.
Ads
Because it happens to everyone sooner than later. Syurga di bawah tapak kaki ibu.” Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Bertuahnya ibu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ada anak-anak penyayang dan mengambil berat perihal kesihatannya. Semoga kita semua juga diberi kemampuan untuk menjaga mak ayah macam ni, insyaAllah!
*************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasak boleh membantu mengurangkan stres, siapa setuju? Masak untuk keluarga tercinta di samping boleh mengisi masa yang terluang ketika PKP ni dan sedikit sebanyak boleh mengasah skil memasak. Suami pun makin sayang bila tengok isteri menyediakan hidangan luar dari kebiasaan.
Manisan sememangnya boleh menceriakan seseorang, puding karamel salah satunya. Puding karamel ini memang menjadi kegemaran semua orang. Menikmati puding karamel yang sejuk baru keluar dari peti sejuk memang boleh membahagiakan. Bukan susah buat puding karamel ini hanya guna 4 bahan saja dan kisar atau pukul guna blender saja.
Nasi dan lauk-pauk sememangnya menjadi juadah utama untuk berbuka puasa. Namun, jika makan sajian sama setiap hari pun jemu, kan?
Apa kata anda ubah sikit menu hidangan berbuka dengan memasak sajian pasta pula hari ini. Bukan saja mudah disediakan, malah mengandungi nutrisi yang sama seperti nasi. Selamat mencuba!
SEAFOOD AGLIO OLIO PASTA
Bahan-bahan:
200 gm spageti (siap direbus)
1 peket campuran makanan laut
5 sudu besar minyak zaitun
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 sudu teh serbuk cili
2 tangkai daun parsli segar (dihiris halus)
4 biji tomato (dibelah dua)
1 sudu teh cuka sayur
1 sudu teh lada hitam kasar
3 sudu besar keju parmesan
Cara membuat:
Panaskan kuali dengan minyak zaitun. Tumis bawang putih hingga naik bau. Seterusnya, masukkan cuka sayuran dan kacau diikuti campuran makanan laut. Kacau hingga separuh masak. Kemudian, masukkan serbuk cili, daun parsli, tomato ceri dan spageti yang telah siap direbus. Akhir sekali, masukkan keju parmesan dan kacau hingga sebati. Sedia untuk dihidang.
CAJUN SHRIMP PASTA
Bahan-bahan:
200 gm spageti (siap direbus)
5 ekor udang
2 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih (dicencang halus)
½ ulas bawang putih (dicencang halus)
4 sudu besar rempah Cajun
1 sudu teh lada hitam kasar
200 ml krim masakan
4 sudu besar keju parmesan
1 peket salad roket
3 biji lada benggala (pelbagai warna dipotong dadu)
4 biji tomato ceri (dibelah dua)
Cara membuat:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih bersama bawang besar hingga layu dan naik bau. Masukkan rempah cajun, lada hitam dan udang. Kacau sebati dan masukkan pula krim masakan serta keju parmesan. Biarkan hingga mendidih. Seterusnya, masukkan spageti dan digaul sebati. Sesudah itu, masukkan lada benggala, tomato ceri dan buah zaitun. Gaul sebati dan hidangkan bersama salad.
Sumber: Kamilah’s Lifestyle Cafe
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakanan merupakan salah satu faktor penting yang menentukan tahap kesihatan seseorang. Daripada amalan pemakanan yang baik juga individu berkenaan mempunyai kesihatan yang bagus sekali gus memancarkan kecantikan semula jadi. Kandungan nutrisi sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai mineral dan zat penting sewajarnya menjadi menu pilihan harian buat anda.
Singkap rahsia bagaimana masyarakat Cina kekal sihat dan cantik dengan mengamalkan menu ini. Selamat mencuba!
STIR FRIED LOTUS ROOT, HONEY BEAN & WOLFBERRIES
Bahan-bahan utama:
113 gram kacang pis madu
113 gram akar teratai
½ sudu besar buah goji beri
4 biji sengkuang Cina (dikupas & dipotong separuh memanjang)
2 biji cendawan telinga kera
½ sudu makan bawang putih (dihiris halus)
Bahan-bahan perasa:
½ sudu teh garam
¼ sudu teh gula
Bahan-bahan untuk membuat sos:
4 sudu besar air
4 sudu besar jus abalone
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh gula
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh tepung jagung
Cara membuat:
Cuci dan bersihkan kacang pis. Kemudian, tos dan goreng sehingga empuk. Angkat dan ketepikan. Seterusnya, kupas kulit akar teratai dan dipotong bulat. Rendam buah goji beri dan cendawan telinga kera hingga lembut. Masukkan kedua-duanya dalam air mendidih. Bubuh ½ sudu teh garam dan masak seketika sebelum diangkat. Sesudah itu, panaskan kuali berisi minyak dan goreng bawang putih dengan api perlahan sehingga naik bau. Masukkan akar teratai, cendawan telinga kera dan sengkuang Cina. Goreng semuanya. Sementara menunggu bahan tadi masak, sediakan bahan membuat sos dengan mencampurkan jus abalone, air, minyak bijan, tepung jagung, garam dan gula secukupnya. Tuang ke dalam masakan sebelum diletakkan kacang pis dan buah goji beri. Kacau sebati dan hidangkan.
STEAMED BAMBOO PITH STUFFED WITH ABALONE & VEGETABLES
Bahan-bahan utama:
8 biji bamboo pith
1 tin abalone
2 biji cendawan hitam kering
38 gram saderi
38 gram lobak
¾ cawan air rebusan ayam
150 gram kubis putih
Bahan-bahan perasa:
½ sudu teh cuka putih
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh minyak
Bahan-bahan membuat sos:
¼ cawan air kukusan bamboo pith
5 sudu besar air rebusan ayam
¼ sudu teh garam
1/3 sudu teh gula
2 sudu teh sos tiram
2 sudu teh minyak bijan
2 sudu teh lada putih
1 sudu teh tepung jagung
Cara membuat:
Rendam bamboo pith dalam air selama dua jam dan tukar air sebanyak dua kali. Potong memanjang kira-kira 6 sentimeter. Masukkan bamboo pith dalam air mendidih dan berasakan bersama cuka. Masak selama 10 minit. Angkat dan bilas. Kemudian, rendamkan pula cendawan hitam kering dalam air hingga bersih. Buang tangkainya dan potong cendawan hitam kering, abalone, lobak dan saderi sama seperti ukuran bamboo pith. Salut bamboo pith dengan bahan-bahan tadi dan masukkan ke dalam air rebusan ayam bersama bahan perasa seperti garam, gula dan minyak. Kukus selama 8 minit. Asingkan ¼ air kukusan bamboo pith. Tuang air secukupnya untuk dimasak dan celur kubis hingga lembut. Seterusnya, masak bahan-bahan untuk membuat sos hingga mendidih. Tuang ke atas hidangan dan kubis. Sedia dihidang.
Resipi: TERIMA KASIH PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL, NOR AIZAN ABDUL HAMID
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!