Tya Arifin, selebriti Indonesia yang merupakan menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini memang cantik orangnya. Biarpun masih muda dan berusia 25 tahun tapi Tya teguh berpegang kepada amalan-amalan tradisi seperti yang dilakukan nenek moyang terdahulu. Baginya, kalau mahu nampak cantik dan sihat… kesihatan dalaman dan luaran kena berjalan seiring. Barulah terserlah kecantikan semula jadi!
Selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Azzahra Jiwa Asyraf pada tanggal 9 Mei lepas, Tya yang juga ibu kepada Arif Jiwa Asyraf berusia dua tahun amat menitik beratkan soal penyusuan anak.
“Sebelum Tya melahirkan Arif, Tya baca ada istilah baby blues, stress mom dan etc. Tya tahu benda tu wujud. But, please mom kita jangan ikut-ikut. Buang terus fikiran negative, stress, complain. Memang ada banyak cabaran, Tya faham. Tya pun lalui. Kita kena banyak bersabar. Kerana kalau nak menyusui baby, fikiran kita adalah kunci suksesnya,” kongsi Tya ketika melahirkan Arif Jiwa dua tahun lalu.
Kembali melalui proses penyusuan dan mengepam susu badan, Tya tanpa berselindung mengakui berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan susu yang mencukupi untuk simpanan bayi perempuannya, Azzahra sehari selepas melahirkan. Namun, berkat fikiran positif, minum air secukupnya dan berusaha mengepam susu badan… alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Kagum betul dengan komitmen Tya yang tak putus asa memberikan susu badan kepada dua anaknya. Bahkan ketika Arif Jiwa masih bayi hingga mencapai usia dua tahun… pengeluaran susu badan Tya mencukupi untuk keperluan si anak.
Membuka akaun IG terbaru, Journey with Tya yang berkongsi tip kesihatan dan kelebihan breastfeeding (BF) … ibu muda ini sempat memberi kata-kata semangat kepada kaum ibu untuk terus menyusukan bayi mereka secara eksklusif. “Air susu ibu itu hukumnya supply – demand. Semakin banyak permintaan, semakin banyak pembuatan. Jadi bagi ibu-ibu yang nak membuat banyak stock atau nak naikkan demand, please pumping.Â
Pumping yang Tya buat masa Arif adalah 12 kali sehari. Setiap 2 jam sekali selama 10 hingga 15 minit sahaja. Jangan pumping lebih dari 15 minit, takut nanti pedih pula puting. Seberapa pun hasilnya, kadang awal pun tak ada hasil. It’s okay! Tetap buat, commitment. Jangan menyerah. Dan Tya pumping dan direct breastfeeding (BF) juga.
Ingat, direct BF pun Tya sarankan. Kerana dengan direct BF boleh mengeluarkan hormon oxytocin yang merangsang susu keluar dan boleh mengosongkan breast kita secara maksimal. Pumping tak boleh kosongkan breast secara maksimal. So, stock susu tu Tya simpan bila Tya ada kerja yang tak bawa Arif, barulah susu perah tadi dipakai.”
Bila ditanya mengapa mula mengepam susu sebaik selepas bersalin, ini jawapan Tya. “Kerana masa emas breast untuk menghasilkan susu adalah 0-3 bulan. Jadi Tya tak nak hilang masa emas ini. Saat inilah breast tengah nak memulai kerjanya, jadi Tya biasakan awal-awal agar kedepannya breast sudah terbiasa.”
Selain penjagaan kesihatan anak, isteri Asyraf Khalid ini turut mengamalkan pengambilan jamu untuk kesihatan dalaman dan luaran.
Yakin dengan khasiat jamu dan dalam masa sama mahu wanita lain menikmati keberkesanannya untuk kesihatan, Tya sanggup mengeluarkan produk jamu keluaran sendiri di bawah label Jamu Mutyara. Pendek kata, bukan anak saja sihat dan montel… ibu pun kena jaga badan supaya kekal sihat, langsing dan menawan.
“Tya akan amalkan jamu selepas baby sihat, bebas jaundice dan tak cirit-birit. Tya akan amalkan masa umur baby 2 minggu. Sama macam Arif Jiwa dulu. Alhamdulillah, Tya merasa banyak perbezaan. Susu semakin meriah, badan semakin tenaga dan cepat turun badan.
Tapi untuk moms yang lain boleh amalkan umur baby 1 hingga 2 bulan juga boleh. Terpulang pada baby dan ibu. Macam mana pun kita kena priority kesihatan baby dulu ya,” pesannya.
Kredit: Instagram Tya Ariffin & Journey with Tya