Laporan berita hari ini majoritinya menyiarkan tentang situasi cuaca panas akibat musim Monsun Barat Daya, selain abu letusan Gunung Berapi Sinabung di Sumatera dijangkakan bakal memasuki ruang udara Malaysia tidak lama lagi.
Musim panas diikuti asap debu ini tentulah sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan. Apatah lagi bahang jangkitan COVID-19 masih berlegar-legar tanpa tanda redanya. Pakai pelitup muka, itu kewajiban kita demi melindungi kesihatan pernafasan.
Selain itu, waktu inilah kita mesti tingkatkan pengambilan air untuk menghidratkan tubuh badan. Takut takut panas dalam badan boleh menyebabkan ulser mulut dan penyakit berjangkit lain seperti batuk atau selesema.
Musim panas yang melekit dan tidak menyelesakan. Cara terbaik mungkin duduk di rumah saja, hidupkan pendingin hawa sambil tonton Netflix. Bagi menyejukkan badan pula, beberapa produk minuman baru di pasaran ini mungkin sesuai diamalkan. Sesekali ubah selera minum minuman berais dan aiskrim, apa salahnya?
(1) Nespresso Barista Creations For Ice
Baru-baru ni pakar kopi Nespresso melancarkan rangkaian ini untuk penggemar kopi ais. Bayangkan apabila kopinya dituang ke atas ais, rasa yang tercipta terasa amat sempurna. Memang sesuai untuk suasana iklim kita yang hangat. Anda patut cuba kesedapan Freddo Delicato atau Freddo Intenso, serius dinginnya bila diteguk!
Untuk lebih unik, tambahkan sirap berperisa gourmet, Monin, Salted Caramel, White Peach atau Blackcurrant dalam minuman latte ais anda. Sedap tak ingat, secawan kopi ais memang tak cukup. Boleh dapatkan Nespresso Barista Creations for Ice ni di butik Nespresso The Gardens dan One Utama ya!
(2) Walls Asian Delight
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-63, Walls melancarkan kempen Unwrap the Asian in You dengan varian Asian Delight baru iaitu aiskrim perisa Kelapa Laut, Keledek dan Santan Pulut Hitam. Rasanya yang tradisional, bagai membuka selera kita pada hidangan tempatan.
(3) The Coffee Bean & Tea Leaf Hibiscus Mint
Nikmati kemanisan bunga kebangsaan Malaysia melalui minuman baru Hibiscus Mint Cold Brew Sweet Tea untuk sensasi rasa menyegarkan. Selain itu, pilihan Melon Ice Blended yang memadukan rasa melon manis dan vanila dalam teh Ceylon mewujudkan cita rasa Asia yang istimewa.