Berapa ramai dalam kalangan anda yang begitu ngeri saat tinggal bersama keluarga mertua? Ayuh tepis persepsi ini kerana sesungguhnya anda bisa hidup nyaman dengan mereka yang tahu menghormati diri.

Perjalanan mendirikan rumah tangga adalah satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan teguh. Tidak semua pasangan yang baru berumah tangga beruntung untuk memulakan kehidupan baru dengan menetap di rumah sendiri. Banyak yang masih harus berjuang menabung untuk mendapatkan rumah impian dan terpaksa tinggal bersama mertua terlebih dahulu.

Ads

Hidup bersama keluarga asing meskipun itu adalah keluarga suami anda tentunya punya aturan yang berbeza dan tersendiri. Pertikaian dengan mertua juga berbeza dengan pertikaian dengan orang tua sendiri. Itu pasti anda tahu.

Dengan orang tua sendiri, apa pun yang terjadi anda masih bisa bersantai. Sebaliknya dengan mertua? Belum tentu! Jangan salah faham, ini bukanlah untuk menakutkan anda tetapi ini adalah senario yang selalu terjadi.

Oleh sebab itu, sebelum melangkah dan tingal bersama keluarga mertua, persiapkan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat kecapi kehidupan dengan aman tanpa menggores hati keluarga baru.

(a) Sedar Anda Kini Satu Keluarga

Aturan pertama yang harus diingat ialah sesulit apapun konflik yang terjadi misalnya bersama mertua, mereka bukanlah musuh. Hindari dari bertelingkah apalagi bersikap keras kepala untuk hal-hal yang mereka anggap berprinsip.

Tanyalah pada suami anda, hal-hal apa sahaja yang menuntut untuk anda tidak ulangi atau kerjakan di depan mertua. Ini bukanlah bererti membiarkan mereka mengatur kehidupan anda, namun anggap sahaja sebagai pelajaran baru.

Jika memang perbezaan pendapat tidak dapat dihindari, lakukan dnegan baik dan halus. Jika perlu, minta suami suarakan isi hati anda. Sesudahnya, bersikaplah seperti biasa kepada mertua dan yakini bahawa mereka juga adalah keluarga anda.

(b) Berkomunikasi Dengan Suami

Ini adalah cara paling efektif untuk menjaga dan jangan sampai kehidupan bersama mertua akhirnya menjadi penghalang terhadap kerukunan rumah tangga anda.

Apapun keluhan, kesenangan dan keinginan anda, sebaliknya dibicarakan bersama pasangan terlebih dahulu sebelum berbicara pada orang lain. Paling tidak sekiranya ada hal yang berbangkit, pasangan anda sudah mengerti tentang apa yang sebenarnya terjadi.

(c) Luangkan Waktu Berbual Dengan Mertua

Hindari topik yang berat. Pilihlah perbicaraan ringan yang dirasakan boleh sependapat dengan mertua. Misalnya tentang perkembangan hiburan selebriti tanah air. Kebiasaan ini akan meruntuhkan tembok kecanggungan antara kedua-dua pihak.

Ads

Cuba mengenalinya dengan lebih dekat tentang apa yang mertua anda sukai. Lakukanlah sendiri meskipun tanpa suami yang menemani. Biarkan aura kedekatan bersama mertua berdamping dengan cepat tetapi jangan terlalu memaksa untuk membuktikan bahawa anda juga punya minat yang sama.

(d) Tinggalkan Mertua Pada Hujung Minggu 

Lari dari hiruk pikuk kota dan lambakan kerja ke satu daerah yang mendamaikan bersama pasangan anda tentu sahaja menjadi antara detik yang ditunggu-tunggu. Ambil masa untuk keluar dari rumah mertua menghirup udara segar.

Pastinya mertua juga memerlukan waktu bersendirian di rumahnya sendiri. Sesekali jangan lupa untuk turut membawa keluarga baru anda turut serta dalam sesetangah aktiviti yang dirasakan perlu dibawa bersama.

(e) Jangan Masuk Campur

Ads

Mertua punya masalah bersama ipar duai atau suami? Jangan masuk campur atau memihak pihak lain selain mertua anda di depannya. Berusaha untuk bersikap natural. Jika tidak diminta pendapat, ada baiknya anda diam sahaja di depan mereka.

Jika sebaliknya, ucapkan kata-kata yang bersifat berbaik sangka. Misalnya, “Saya faham perasaan ibu, sabar ya. Saya yakin pasti ada jalan penyelesaian. Sama-samalah kita berdoa.”

(f) Ucapan Selamat Ulang Tahun

Bukan bermaksud mengampu. Kebiasaan mengingat dan mengucap selamat adalah kebiasaan baik yang membuat orang lain merasa dihargai. Jadi kenapa tidak  diterapkan di dalam rumah mertua? Berilah hadiah kecil atau besar. Paling tidak bawa mereka menikmati makan di luar.

(g) Tak Perlu Mengadu

Punya masalah dengan suami? Sebaiknya selesaikan berdua dengan suami. Jika tidak ada yang penting tak akan ada manfaatnya mengadu hal suami kepada mertua.

Pertama, belum tentu mertua akan berpihak kepada anda. Kedua, hindari sikap seorang isteri yang suka mengeluh. Cubalah selesaikan sendiri masalah anda, pasti kelihatan lebih bijak dan positif. Anda pasti menjadi lebih dewasa dan kuat apabila dipaksa mencari jalan keluar sendiri atas konflik yang timbul dalam rumah tangga. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI