Sehari sebelum Fattah Amin dikatakan mengikat pertunangan dengan Fazura, aktor kacak ini dilihat turun padang untuk sesi Meet & Greet peminat serta meraikan anak-anak Tahfiz Darul Futuh di Shah Alam.
Mendekati lelaki yang berbau wangi, semestinya membuatkan kehadiran mereka amat disenangi. Fattah sendiri merupakan antara golongan ‘jejaka wangi’ yang sentiasa memastikan bau badannya menyenangkan.
Di sini Nona kongsikan beberapa cara agar tubuh lelaki kesayangan anda berbau segar seperti Fattah. Cubalah!
- Beli pewangi yang berkualiti, bukan tiruan. Sekarang ada banyak pewangi inspired yang dihasilkan dengan minyak pati asli yang tahan lama.
- Cuba eksperimen dengan bau-bauan berbeza. Jangan terikat dengan satu bauan saja.
- Pilih bauan yang terbaik dan melambangkan diri anda. Ia boleh menjadi trademark hingga mengingatkan seseorang tentang anda.
- Pilih bau yang sesuai dengan cuaca Malaysia. Memandangkan cuaca negara kita panas, pilih bau-bauan lembut dan tidak tajam. Contohnya bau bayu laut atau manis-manis.
Dalam majlis pada hujung minggu itu, Fattah juga turut ditemani selebriti popular, Aizat Amdan dan Kamal Adli untuk beramah mesra dengan para peminat yang mengerumuni mereka.
Pelbagai aktiviti telah diatur bagi memeriahkan suasana seperti bacaan doa selamat, pertandingan karaoke, cabutan bertuah serta pakaian terbaik bertemakan hipster.
Majlis anjuran AJ De’ Parfum itu turut menyaksikan pelancaran dua wangian terbaru iaitu Faccha Facchi atau bermaksud Boyfriend Girlfriend dalam kelalang silinder bersaiz 10ml.
Kata Fattah, wangian ini cukup istimewa dan selalu menjadi pendamping setia dirinya. “Banyak pilihan wangian yang saya suka, salah satunya tentulah ‘Fattah Amin Limited Edition’.
Ia senang dibawa, mampu bertahan lebih 16 jam, halal dan yang penting boleh dibawa bersolat. Yang paling best, bila sembur, ia langsung tak meninggalkan kesan kotor pada pakaian,” kata Fattah dengan ramah.
Jom tengok foto-foto eksklusif yang diambil oleh MSGREEN ART GALLERY ni, oh nampak segaknya Fattah! Norzalina Mohd Alias