Sudahlah cantik, pandai masak pula tu. Untung jejaka yang dapat memperisterikan penyanyi berbakat besar, Farahdhiya nanti. Walaupun ada darah kacukan Inggeris, tapi tetap ‘perut Melayu’ dan hebat menyediakan sajian tradisi. Tak sangka!
Kalau intai Instagram Farahdhiya memang penuh dengan gambar dan video masakan. Ada ikan merah sambal, ayam kalio, laksa Johor, begedil, sambal terung petai, asam pedas, kerabu mangga dan aneka pencuci mulut.
Yang tengah belajar hendak masak pun boleh jadikan IG Farahdhiya sebagai rujukan sebab resipi masakan naib juara Gegarvaganza Musim Kedua ini memang senang.
Tengok minat dan bakat memasak Farahdhiya ni.. tidak mustahil satu hari nanti dia mampu mengusahakan perniagaan katering atau restoran. Bahkan, Farahdhiya mengakui rasa kurang lengkap kalau tidak masuk ke dapur.
“My favourite rendang kerang yang berwarna hijau, nope saya tak guna colouring ya. Saya masak style saya, kalau masak rendang daging lain warna dia, rendang ayam lain, kerang pun lain barulah rasa lain-lain. Kalau bahan sama rasa dia sama je which I don’t like.
So I banyak main dengan ingredients to make it different. Resipi sendiri sahaja takde ikut mana-mana pun.”Sumber: Instagram Farahdhiya
This website uses cookies.