Pandangan Kabur, Rasa Pedih, Gatal & Berair! Ini 3 Cara Efektif Atasi Masalah Kekeringan Mata

Pernah terasa mata asyik berkelip-kelip, kabur dan pedih? Paling tak tahan, bola mata rasa kesat dan berpasir. Jika ada, maknanya dah sampai masa untuk pakai ubat penitis mata yang sesuai supaya lembapan mata yang hilang dapat dikembalikan.

Zaman ini ada banyak penyebab masalah kekeringan mata. Antaranya kesan terlalu lama menatap buku, skrin komputer atau telefon pintar. Ia juga mungkin disebabkan pemakaian contact lens, iritasi, keletihan atau penyakit tertentu yang menyebabkan air mata semula jadi gagal memberi lembapan yang sebaiknya.

Semakin digosok, semakin sakit. Masalah kekeringan mata kerap dialami individu seawal 25 tahun ke atas khususnya wanita. Ia ditandai dengan gejala mata pedih atau panas, terasa seperti berpasir, air mata berlebihan, banyak mengeluarkan tahi mata, gatal dan kelopak mata berat.

 

Apabila menghidapi masalah kekeringan mata, salah satu cara terbaik untuk mengubatinya adalah dengan memakai ubat penitis mata. Cecair penitis mata biasanya didatangkan dalam kepekatan berbeza, ada yang pekat seperti jeli dan ada juga yang cair.

Dah cuba pelbagai penitis mata tapi mata tetap kering? Sebenarnya tidak semua penitis mata mampu menyelesaikan masalah ini. Anda mungkin perlukan solusi yang lebih efektif dan menyeluruh seperti Rohto Advanced Dry Aid terbaharu.

 

3 CARA ATASI MATA KERING

  1. Pakai cermin mata atau cermin mata hitam yang sesuai bagi membantu memperlahankan penyejatan air mata daripada permukaan mata.
  2. Elakkan keadaan kering atau terlalu sejuk di bawah pendingin hawa. Anda juga perlu merehatkan mata daripada aktiviti yang memerlukan fokus mata dalam jangka masa lama.
  3. Gunakan ubat titis mata Rohto Advanced Dry Aid. Dengan teknologi formula yang unik, ia patut dijadikan keperluan wajib untuk melembapkan mata anda.

 

Rohto Advanced Dry Aid dirumus dengan teknologi TearShield dari Jepun yang berfungsi secara unik untuk mengekalkan lembapan pada lapisan permukaan mata. Seperti fungsi air mata semula jadi, lapisan ini mampu mencegah geseran dan penyejatan air mata.

Ia juga berfungsi sebagai bahan pelincir dan melegakan 8 simptom mata kering iaitu kekeringan, rasa sakit, gatal, iritasi, kesat, menyengat, letih dan kabur, selain memberi kelegaan sehingga 12 jam.

Rohto Advanced Dry Aid bertindak pantas untuk mengatasi masalah mata kering, memberikan keselesaan dengan lembapan berpanjangan malah selamat digunakan kerana diperbuat daripada air tulen mengikut standard Japanese Pharmacopoeia.

 

CARA PENGGUNAAN

Rohto Advanced Dry Aid didatangkan dalam botol jernih, langsing dan transparen bagi mempamerkan ketulenan dalam setiap titisan. Hanya picitkan nozel ke bola mata agar permukaannya kembali segar dan jelas!

Bayangkan bola mata yang segar tanpa keletihan serta pandangan yang lebih jelas. Barulah cergas dan bersemangat menyelesaikan tugas-tugas harian. Memang setiap wanita patut simpan Rohto Advanced Dry Aid ni dalam beg tangan sebagai penyelamat mata!

Share
Published by
Norzalina