Fesyen

PANERAI Lancar Jam Mewah Luminor Malaysia Edisi Terhad, Cuma Ada 140 Utas Ukiran KLCC!

Jam tangan mewah Itali, Panerai, sering menjadi pilihan aktor Chris Pratt, Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Jason Statham dan Arnold Schwarzengger.

Dengan rekaan ketukangan Itali, berkelas tinggi dan menjadi pilihan pencinta jam tangan, PANERAI kini membuka butik pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur.

Khusus buat Malaysia, sebanyak 140 utas jam tangan Luminor Malaysia edisi terhad dilancarkan dengan ukiran mercu tanda Menara Berkembar KLCC di bahagian belakang.

 

Ia ditukang kemas dengan case 44mm logam titanium DLC, menjadikan ia lebih tahan calar dengan rupa paras yang sleek!

Sesuai buat yang berjiwa lasak dan maskulin, jam mewah Panerai Luminor Malaysia edisi terhad ini juga didatangkan dalam dial emblem Luminor rona hijau matte

yang eksklusif.

Memang stylish dijadikan koleksi peribadi mahupun hadiah buat lelaki kesayangan!

 

IKLAN
Share