Pesona Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan hanya terletak pada keupayaannya sebagai pemimpin wanita bahkan figura ini juga dikagumi ramai kerana utuhnya rasa kasih dan cinta beliau terhadap suami tercinta, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak pernah lelah menyokong impian dan kerjaya politik suami.. wanita cekal ini juga disifatkan seorang ibu yang sangat tenang dan berjiwa penyayang.
Hal tersebut diakui sendiri lima anak perempuannya.. Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Ilham, Nurul Iman dan Nurul Hana.
Saat diminta bercerita sisi peribadi wanita hebat itu di mata mereka, keadaan yang pada mulanya riuh bertukar serius dan mengusik emosi. Dari butir bicara yang dilontarkan mereka, jelas menggambarkan betapa Datuk Seri Dr Wan Azizah seorang insan yang luar biasa.
“Saya selalu sebut, papa ni sangat bernasib baik dan sangat-sangat bertuah kerana mempunyai isteri dan cinta abadi seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mama lah sebabkan papa mampu harungi setiap rintangan. Sama juga macam kami.. because she is sangat sabar, sangat prihatin walau apa jua berlaku and that is amazing,” telus Nurul Izzah yang merupakan kakak sulung kepada enam beradik yang kini bergelar Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Bagi anak kedua, Nurul Nuha yang juga ibu kepada tiga cahaya mata lelaki pula menjelaskan, “Mama sarat dengan kesabaran dan kecekalan.. dia juga mempunyai nilai-nilai murni sebagai seorang mak, ibu dan perjuangan. Pada saya, tahap kesabaran mama luar biasa dan saya rasa ‘bukan normal’. Itu yang kami pelajari dan sayangi sangat pasal dia.”
Walaupun sibuk dengan tugas dan keluarga masing-masing, namun keakraban mereka lima beradik begitu terserlah.
Diaju tentang perwatakan ibunda tersayang, Nurul Ilham yang berkhidmat sebagai pendidik di Center Director of Axiom Learning, Mont Kiara turut disifatkan sebagai anak yang tegas dalam kalangan mereka adik-beradik. “Bagi saya mama always cool je.. tak pernah loose her cool masa tragedi ke apa. Memang nampak kita susah tapi dia sangat calm and cool.”
Celah Nurul Hana, “Saya rasa mama walaupun dia kena jaga satu negara Malaysia sekarang ni, dia masih boleh jaga kita semua anak-anak. Saya kagum dan tak tahu macam mana dia boleh balance uruskan semua ni.” Nurul Hana adalah anak bongsu kepada Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah yang kini berusia 25 tahun dan pernah menerbitkan buku tulisannya bertajuk Sayang Buat Papa.
“Macam adik cakap, dia selalu ada masa untuk kami tak kira walau macam mana keadaan sekalipun. Walaupun dia pergi sini sana, masuk kampung.. pergi bandar, alhamdulillah we still have very close connection and very close relationship with
mama,” ungkap Nurul Iman, anak keempat yang berusia 27 tahun dan memiliki seorang anak.Semestinya adik-beradik ini berasa bangga kerana dikurniakan ibu sebaik Datuk Seri Dr Wan dan dilahirkan dalam keluarga ternama. Nona percaya anak-anak yang cantik budi pekertinya datang dari didikan yang baik daripada kedua-dua ibu bapa.
Kredit foto: Instagram Dr Wan Azizah & Nuha Anwar
This website uses cookies.