Tahun baru menjelma lagi, tentu ramai yang memasang azam mahu kuruskan badan, tamatkan zaman solo atau tukar kerjaya lain. Namun jika mengambil inspirasi daripada orang-orang berjaya, majoriti mereka pasang azam yang lebih bermakna. Contohnya memperbaiki diri sendiri dan memberi lebih manfaat untuk orang lain.
Ibarat membuka lembaran buku baru dalam kehidupan, inilah masanya untuk berazam meninggalkan segala tabiat buruk dalam hidup anda. Bagi yang mempunyai ketagihan merokok, ambil peluang ini untuk menjalani masa depan bebas asap sekali gus membantu persekitaran agar lebih bersih dan selamat untuk didiami.
Ya, bukan mudah menukar tabiat merokok yang sudah sebati dengan diri. Bagi perokok, jawapan untuk berubah biasanya, ‘Susah!’
Tapi tak mustahil, bukan? Inilah sebabnya Nona tertarik dengan inovasi produk alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternatives). Antara ciri-ciri produk alternatif bebas asap adalah ia sudah semestinya tidak mengeluarkan asap, mengurangkan pembentukan bahan kimia serta tidak meninggalkan abu rokok.
Contohnya, produk alternatif bebas asap berasaskan sains yang berada di pasaran sekarang adalah seperti e-rokok, produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Product, HTP) dan Snus. Tiga alternatif ini dilihat sebagai antara kaedah terbaik yang dapat mengurangkan kemudaratan dan risiko kepada penggunanya.
Alternatif seperti peranti IQOS lil SOLID ini dicipta untuk mewujdkan masa depan bebas asap rokok. Bayangkan produk canggih ini mampu menghapuskan proses pembakaran tembakau, tentu alam kita menjadi lebih nyaman dan segar!
CIRI-CIRI
– Tidak mengeluarkan asap
– Mengurangkan pembentukkan bahan kimia
– Tidak meninggalkan abu rokok
Peranti IQOS menghasilkan purata 95 peratus pengurangan dalam paras bahan kimia berbahaya dan potensi berbahaya (Harmful and Potentially Harmful Constituents, HPHC) berbanding rokok. Ia sekali gus menjadikan IQOS alternatif lebih baik untuk perokok tegar.
BERALIH KEPADA ALTERNATIF
Tembakau terkenal dengan tiga bahan utama – nikotin, tar, dan karbon monoksida. Punca ketagihan merokok adalah kerana nikotin. Namun nikotin bukanlah penyebab penyakit akibat merokok. Nikotin akan merangsang pengeluaran hormon Dopamin.
Nikotin merupakan salah satu sebab mengapa orang dewasa merokok. Perokok hanya akan bertukar sepenuhnya kepada produk alternatif bebas asap sekiranya produk ini dapat memberikan rasa serta pengalaman seperti merokok biasa.
Dopamin pula meningkatkan kadar degupan jantung serta tekanan darah seseorang. Namun berwaspadalah kerana ia hanya sekadar sensasi jangka pendek sahaja.
Kenyataan dari National Institute for Health and Care Excellence (NICE) melaporkan, kandungan asap tembakau yang memudaratkan dan bersifat karsinogenik inilah yang menyumbang kepada penyakit dan masalah kesihatan, bukannya nikotin.
Tar rokok adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan zarah-zarah kimia beracun yang ditinggalkan oleh pembakaran tembakau. Bahan ini membentuk sisa coklat atau kuning yang tidak dapat dielakkan. Ia tidak sama dengan tar yang digunakan pada permukaan jalan.
Menurut satu kajian yang dijalankan di Malaysia, dianggarkan sekurang-kurangnya tujuh dari sepuluh orang terdedah kepada asap rokok di tempat awam. Manakala empat orang untuk setiap sepuluh orang pula terdedah kepada asap rokok di dalam rumah. Dari sini bolehlah disimpulkan peratusan rakyat Malaysia yang terdedah kepada asap rokok amatlah tinggi.
Bayangkan! Tatkala sebatang rokok dinyalakan, asap dari bahan tembakau yang terbakar akan membebaskan lebih dari 6,000 jenis bahan kimia. Kira-kira 100 daripada bahan kimia ini telah diklasifikasi antara penyebab atau berpotensi besar kepada penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
AZAM UNTUK SIHAT
Walaupun terdapat produk alternatif untuk mengurangkan ketagihan, namun harus diingat pilihan yang terbaik untuk kesihatan adalah dengan berhenti merokok.
Walau bagaimanapun, di sebalik usaha ini, berjuta-juta orang akan terus merokok. Produk bebas asap yang disokong oleh sains ini boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan perokok dewasa ini beralih kepada produk alternatif ini.
Trend positif ke arah penggunaan produk alternatif bebas asap dapat dilihat apabila terdapat kira-kira 14.9 juta perokok dewasa di seluruh dunia telah pun berhenti merokok sepenuhnya dan beralih kepada produk alternatif bebas asap.
Marilah kita boleh sama-sama menyampaikan maklumat mengenai produk alternatif bebas asap kepada masyarakat demi masa depan yang bebas asap rokok.
Alternatif ini salah satu peranti yang boleh dicadangkan kepada insan tersayang untuk mulakan gaya hidup yang lebih baik. Dalam masa sama, mendorong perokok untuk meninggalkan tabiat yang bukan sahaja memudaratkan sistem dalaman badan. Tetapi juga melindungi kesihatan orang sekeliling daripada keburukan asap rokok. Kita tahu asap rokok yang boleh memberi risiko kepada perokok pasif.