Pasangan kembar ini mula mendapat perhatian apabila menjadi warganegera Malaysia pertama terpilih untuk menghadiri majlis gilang-gemilang, Queen Charlotte’s Ball yang berlangsung di Kensington Palace, United Kingdom.
Majlis tari-menari ini merupakan acara tahunan dan mula diadakan sejak tahun 1780 lagi. Pasangan kembar Rachel Yeoh dan Michelle Yeoh ini sangat bertuah kerana berjaya meluluskan diri dengan pelbagai ujian ketat dan sesi temu duga untuk menghadiri majlis yang hanya dihadiri oleh kerabat diraja sahaja.
Namun, setiap tahun 20 orang ‘gadis kebanyakan’ yang berumur di antara 17 hingga 20 tahun akan terpilih untuk menyertai majlis eksklusif ini. Rachel dan Michelle Yeoh masing-masing berumur 18 tahun ketika itu.
Pasangan kembar ini bukan sebarangan kerana merupakan generasi ketiga kepada keluarga YTL Corporation. Bapa kepada pasangan kembar ini ialah Dato’ Sri Michael Yeoh yang merupakan Ahli Lembaga pengarah YTL Construction dan merupakan cucu kepada Billionaire Malaysia dan Pengasas YTL Corporation, Tan Sri Dato’ Seri Dr Yeoh Tiong Lay.
Rachel Yeoh dan Michelle Yeoh dilahirkan di Kuala Lumpur dan kemudian meneruskan persekolahan (boarding school) di England.
Walaupun mereka begitu meminati dunia fesyen dan sering berada di barisan hadapan Pertunjukan Fesyen peringkat dunia namun keduanya kini sedang meneruskan pengajian di peringkat universiti. Michelle Yeoh mengambil jurusan undang-undang manakala Rachel Yeoh pula mengambil jurusan politik, philosophy dan undang-undang.
Kini berusia 23 tahun, Rachel dan Michelle bukan sahaja pasangan kembar malah merupakan Best Friend Forever. Kedua-duanya mempunyai cita rasa terhadap fesyen dan pernah memperagakan jenama Dolce & Gabbana’s di pentas fesyen antarabangsa yang berlangsung di Milan pada tahun 2017.
Sumber: harpersbazaar.com / firstclasse.com.my