Bahagia tengok pasangan suami isteri, Fila Amir dan suami, Adama menjalani hidup berumahtangga. Bukan orang lain tak bahagia cuma kisah mereka menjadi bualan netizen sejak foto mereka berkahwin tular di media sosial. Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi, 25 memilih untuk mengahwini jejaka Afrika, Adama Mohamed Camara, 27 tahun lalu.

Pasangan ROMANTIS Usahakan Perniagaan Bersama, Pendapatan Meningkat Dalam Sekelip Mata Pasangan ROMANTIS Usahakan Perniagaan Bersama, Pendapatan Meningkat Dalam Sekelip Mata

Ads

Kisah negatif mengenai jejaka Afrika begitu sinonim dengan masyarakat kita. Banyak pandangan sinis serta persepsi negatif dilemparkan kepada mereka kononnya mereka penuh dengan tipu helah. Rezeki Fila bertemu jejaka sebaik Adama tidak boleh dipertikaikan. Video kehidupan harian mereka yang dikongsi di Youtube dapat dinilai sendiri malah ramai juga memberi komen positif terhadap mereka.

Bagi Fila, dia lebih suka membuat ‘observation’ terhadap orang, bukan hanya terus menilai dari luaran.

“Jika kita adalah orang yang menghargai diri dan tahu menguasai minda, kita tidak akan cepat terikut-ikut dengan pandangan orang serta membiarkan mereka mengambil kesempatan terhadap diri kita. Saya akan observe instead of menilai orang.

Awal perkenalan dulu, saya perhatikan setiap tingkah laku suami, perbuatan dan percakapannya. Dari situ saya cuba memahami. Apa anggapan orang lain, tak sama dengan apa yang Fila fikir kerana situasi manusia berbeza-beza. Bila saya dah suka, ibu menjadi orang pertama yang tahu mengenai hubungan kami dan hasrat untuk berumahtangga.”katanya.

 

Pasangan ROMANTIS Usahakan Perniagaan Bersama, Pendapatan Meningkat Dalam Sekelip Mata Pasangan ROMANTIS Usahakan Perniagaan Bersama, Pendapatan Meningkat Dalam Sekelip Mata

Menurut Fila, suaminya tidak kekok berada dalam keluarga Melayu memandangkan hampir 7 tahun dia berada di Malaysia. Malah, Fila juga pernah mengunjungi keluarga suaminya di Guinea dan keutamaan mereka mirip masyarakat Malaysia.

Ads

“Memandangkan dia sudah berada di Malaysia selama 7 tahun dan berjiran dengan ramai Melayu, dia sudah terbiasa dengan adat di sini. Namun, jika ada yang  dia tidak faham atau tidak tahu, saya akan terangkan. Jadi dia akan membiasakan diri.

 

Ads

Apa yang sangat ketara, sama seperti saya di kampung, adat orang kita sangat mementingkan kekeluargaan. Begitu juga masyarakat Guinea. Mereka sangat pentingkan nilai kekeluargaan. Kita perlu menziarah rumah saudara, sama seperti di sini. Pada saya, tak banyak beza kerana majoriti mereka juga adalah Muslim.”

Kedua-dua pasangan ini mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh. Fila sendiri merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan manakala suaminya adalah graduan Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan. Tidak hairanlah jika mereka berdua kini sedang ligat mengusahakan kedai perabot milik sendiri.

“Sebelum kami menceburi bidang ini, kami banyak berbincang selok-belok perniagaan dan potensi dalam perniagaan perabot hotel nampak lebih menyerlah. Permintaan juga sangat tinggi sehingga kami terpaksa menangguhkan hasrat untuk membawa bisnes ini ke negara kelahiran suami, Guinea. Bayangkan, tidak sampai tiga bulan kami boleh mendapat pulangan berkali-kali ganda dari modal yang dikeluarkan. Syukur Alhamdulillah!

InsyaAllah kami akan membuka cawangan pada setiap negeri. Sekarang kami membuat penghantaran ke serata negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Seremban dan Johor. Jadi rasanya lebih baik jika mempunyai cawangan sendiri untuk memudahkan urusan. Harapnya lima tahun akan datang, kami boleh fokus untuk menjadi pembekal pula.”ujar Fila.

Kredit foto dan video: Instagram FilaAmir dan Youtube Mr & Mrs Camara.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI