Fesyen

Pasangan Taiwan Berusia 80 Tahun Ini Tampil Bergaya Dengan Pakaian Pelanggan Dobi Yang Tak Pernah Diambil

Usia bukanlah penghalang untuk seseorang tampil bergaya. Ini kerana golongan berusia pun boleh kelihatan lebih muda dengan gaya suai padan.

Seperti pasangan berusia 80-an dari Taiwan, Wan-Ji Chang dan Sho-Er Hsu yang merupakan pengusaha kedai dobi yang telah beroperasi selama lebih 70 tahun.

Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung

Ia bermula apabila cucu mereka, Reef Chang telah memujuk datuk dan neneknya itu untuk bergambar bersama sambil menggayakan mereka.

Apa yang menariknya, pakaian yang digayakan itu sebenarnya bukan milik mereka tetapi milik pelanggan dobi yang tidak pernah mengambilnya semula.

Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung

Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung

Jom kita lihat gaya pasangan berjiwa muda ini.

Layering Sweater
Mereka menjumpai sehelai baju sejuk berwarna coklat yang tidak diambil sejak 20 tahun lalu dan kemudian disuai padankan dengan pakaian mereka sendiri.

Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung

Hasilnya, gaya padanan warna hitam dan putih tercipta.

Gaya Retro
Tema warna putih dan biru digayakan oleh Sho-Er dan Wanji.

Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung

Wanji menyarungkan blazer biru laut manakala Sho-Er menggayakan gaya retro dalam satu rona.

Street Style
Mereka turut mencuba gaya jalanan. Wanji memilih jaket yang tidak diambil oleh pelanggan dalam tempoh 5-10 tahun lalu. Dia memadankannya dengan kemeja-t putih dan seluar pendek denim.

Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung

 

Sho-Er pula memakai t-shirt bersaiz besar yang tidak diambil dalam tempoh 3-5 tahun dan digabungkan dengan pakaiannya sendiri.

Gaya Rock ‘n Roll
Sho-Er menggandingkan baju putih bersaiz besar dengan skirt midi kuning air. Tali pinggang, kasut sukan dan cermin mata hitam menjadi pelengkap gayanya.

Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung

Wanji pula memadankan baju hitam (yang disinsing di bahagian lengannya) dengan seluar baggy

. Gaya dilengkapkan dengan kasut sukan.

Berikut beberapa lagi koleksi gambar pasangan sweet dan romantik ini.

Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
Kredit Foto: Instagram @wantshowasyoung
IKLAN
Share