Patuh Petua Arwah Ibu, Supermodel Tinie Amal Jus Nenas Jenis MD2 Untuk Jaga Kecantikan

Supermodel tinggi lampai, Tinie atau nama penuhnya Hartini Mat Jasin cukup disegani dalam industri peragaan negara. Walaupun sudah memasuki usia 42 tahun, namun Tinie tetap kelihatan muda remaja.

Bersama Tinie yang kini sibuk dengan pementasan KL Fashion Week Digital 2020, berbual tentang amalan kecantikannya selama ini.

 

Maksud kecantikan bagi Tinie?

Bagi saya, kecantikan dalaman itu penting. Selain hati yang bersih, faktor pemakanan juga paling dititikberatkan untuk kelihatan sihat dan cantik.

Wanita ni darah dia ada turun naik kerana period. Jadi saya selalu amalkan detoks dengan memakan nenas dua kali seminggu. Arwah ibu saya pesan, nenas jenis MD2 memang bagus untuk cuci darah dan kotoran dalam badan.

Jadi saya suka potong dan kisar nenas manis ini untuk jadikan jus. So far

memang berkesan untuk dalaman, melawaskan dan menyahtoksin secara semula jadi.

 

 

Rutin kecantikan Tinie setiap hari?

Sebelum tidur, saya pastikan muka bersih daripada mekap, minum air dan pakai krim pelembap muka dari jenama La Mer.

Bagaimana karakter Tinie dalam soal pemilihan produk kulit?

Tak semestinya pakai produk yang terlalu mahal. Ia bergantung pada kesesuaian kulit, kadang-kadang cuaca kita ni panas jadi tak boleh pakai produk yang terlalu rich kandungannya. Tapi untuk saya yang kerap bekerja outdoor, produk skincare La Mer memang pilihan saya sejak lebih 10 tahun lepas.

Produk pilihan Tinie

 

Masalah kecantikan paling teruk pernah dialami?

Saya tak pernah alami masalah jerawat yang teruk atau berterusan. Ada pun sebiji dua ketika nak period. Tapi saya ada masalah freckles, mungkin sebab selalu terdedah matahari ketika photoshoot. Probably cara diet saya pun mempengaruhi. Saya kurang makan makanan berminyak untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya juga mesti minum jus nenas dan makan banyak sayuran.

Sebagai seorang yang pandai memasak, apakah rahsia pemakanan Tinie agar tetap langsing dan sihat?

I love to cook tapi saya memasak hanya untuk orang-orang tersayang macam ahli keluarga dan close friends. Walaupun tak makan banyak tapi saya suka tengok orang makan hasil air tangan saya sendiri. Saya ni orang Negeri Sembilan jadi anak-anak suka makan Masak Lemak Cili Padi. Saya akan makan sikit tapi kurangkan kuah-kuah. Nasi saya selalunya a bit dry, saya lebihkan ikan dan sayur-sayuran.

Petua atau amalan diet yang diamalkan untuk menjaga kesihatan?

Saya makan nasi tapi in very small portion, kurangkan daging, banyakkan buah-buahan dan sayuran saya suka yang mentah.

 

Pendapat Tinie tentang pemakaian facemask sekarang? Apa pandangan anda sebagai supermodel yang perlu selalu bersiap?

It’s a must walaupun kita bermekap. Tapi jangan jadikan pakai facemask tu sebagai alasan untuk tak bersiap lebih-lebih lagi sebagai wanita kita kena hadiri majlis atau meeting. Always standby powder dan lipstik untuk touch up.

Cara menjaga kesihatan rambut agar mudah diurus?

Saya basuh setiap hari, dua kali iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Saya gunakan syampu dan perapi Loreal Kerastase, and never forget to put a hair mask. Memang lama dalam shower, hampir sejam untuk pastikan rambut saya benar-benar bersih, kulit kepala tak berminyak, not too dry dan kalau ada masa, saya keringkan guna hair dryer… tapi jangan setiap hari.

 

Senarai produk penjagaan kulit dan rambut yang anda gunakan sekarang.

Untuk skincare, saya gunakan toner Kiehls, moisturizer siang dan malam La Mer, krim malam Bobby Brown, base makeup NARS, lip balm Kiehls serta seminggu sekali pakai masker dari The Body Shop.

Share
Published by
Norzalina