Pelbagai cara dilakukan untuk menurunkan berat badan sekaligus menjaga diet pemakanan. Tapi, ada yang work hard dan bukan work smart. Berat badan masih di tahap lama dan energi semakin kurang. Mengapa?
Ramai yang ambil langkah skip sarapan pagi atau makan terlalu sedikit. Sebenarnya anda mendorong tubuh untuk lapar sebelum waktu dan menggalakkan otak memberi signal anda perlu makan dengan lebih banyak, mengambil snek secara berlebihan dan kurang bertenaga. Ini boleh merosakkan mood!
Apakata kita teliti perkongsian pakar diet, Jillian Greaves.
Skip sarapan pagi
Breakfast like a king! Sarapan pagi adalah hidangan penting perlu diambil setiap hari. Bayangkan jika anda terus skip sarapan pagi setelah berjam-jam tidak makan (ketika tidur), tentunya hari anda akan lebih suram dan rasa tak bertenaga.
Kajian menunjukkan, jika seseorang sering mengambil sarapan pagi, mereka di dapati mempunyai paras BMI rendah. Ambil lebih banyak kalsium dan serat setiap hari untuk membantu anda lebih fokus sepanjang hari.
Gangguan ketika makan
Kesibukan pagi menguruskan anak-anak, meluangkan masa untuk bersolek dan menguruskan hal-hal lain pada waktu pagi membuatkan anda bergegas untuk untuk ke tempat kerja. Jarang kita ada masa untuk menikmati satu per satu hidangan pagi di depan mata.
Multitasking memang bagus tetapi jika multitasking sambal bersarapan, anda sebenarnya makan tetapi tak kenyang malah mendorong untuk anda makan lebih banyak. Rancang jadual dengan baik dan nikmati sarapan dalam keadaan tenang dan selesa.
Makan terlalu cepat
Ads
Jika anda makan terlalu cepat, badan anda tak sempat untuk menyampaikan maklumat kepada otak seterusnya memberi signal anda sudah kenyang.
Bekal makanan
Jangan tunggu perut terlalu lapar sebelum membeli hidangan tengah hari, tambah-tambah lagi jika anda terlalu sibuk di tempat kerja. Anda juga lebih mudah terpengaruh dengan rakan sekerja yang gemarkan makanan segera yang lebih mudah di dapati. Jadi, sediakan bekalan hidangan sihat sebelum ke tempat kerja.
Skip snek pagi
Selepas sarapan pagi, anda juga perlu membekalkan diri dengan snek ringan dan sihat sementara menunggu hidangan tengah hari. Sebiji epal sudah cukup untuk mengalas perut sementara menunggu jam 1 petang.
Ads
Minum kalori
Minuman pagi seperti kopi atau jus dengan gula tambahan tidak disarankan jika anda ingin menjaga diet. Pakar diet menyarankan agar anda mengunyah makanan berbanding hanya minum saja. Namun, jus buah-buahan segar tanpa gula tambahan dan tinggi serat boleh mengenyangkan anda.
Buah-buahan dan sayuran sebelum tengah hari
Pilihan paling mudah untuk dinikmati sebagai sarapan tentunya kuih-muih. Pemilihan makanan ini boleh menyebabkan anda kurang mendapat serat dan vitamin semula jadi. Pastikan anda makan sarapan berkhasiat dan seimbang.
Menyisihkan real food
Ads
Kaunter pandu lalu di restoran segera paling mudah untuk anda dapatkan sarapan pagi. Apa kata tukar haluan dengan membuat pilihan dan rancang pelan pemakanan anda dengan lebih bijak. Simpan stok yogurt, kacang badam, buah-buahan seperti pisang, epal dan avocado di rumah. Ini lebih berkhasiat dan mengenyangkan!
Tambah protein sebelum tengah hari
Kuih-muih yang anda makan pada awaktu pagi penuh dengan karbohirdat dan gula sahaja, sehingga anda cepat letih sebelum menjelang tengah hari. Mungkin selepas ni anda boleh tambah sedikit protein seperti telur setengah masak atau mentega kacang supaya anda boleh bertahan lebih lama.
Tak cukup air
Minumlah air kosong dengan kuantiti yang sesuai dengan tubuh pada waktu siang. Anda tidak digalakkan minum air kosong dengan banyak pada waku malam kerana ia menyukarkan buah pinggang untuk menapis air berlebihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di sebalik popularitinya sebagai pelakon terkenal dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie adalah ibu kepada enam cahaya mata yang berasal dari latar belakang budaya serta negara berbeza.
Kredit Foto: IG angelinajolie
Pilihan untuk membentuk keluarga berbilang budaya atau multicultural family bukan sahaja keputusan peribadi tetapi juga sebahagian daripada nilai yang dipegangnya.
Dalam membesarkan anak-anak, Angelina Jolie menggunakan pendekatan keibubapaan yang unik iaitu gabungan belas kasihan, keterbukaan budaya dan pendidikan karakter yang kukuh.
Dia bukan sahaja mahu menjadi ibu yang penyayang, tetapi juga mahu anak-anaknya membesar menjadi individu yang sedar tentang kepelbagaian, mengambil berat terhadap orang lain, dan bangga dengan identiti mereka sendiri.
Melalui gaya keibubapaan pelbagai budaya ini, Angelina Jolie membuktikan membesarkan anak-anak daripada latar belakang berbeza bukan hanya satu cabaran bahkan peluang untuk memperkaya nilai kehidupan.
Berikut pendekatan yang diterapkan oleh Angelina Jolie sebagai seorang ibu dalam kehidupan sehariannya.
Fleksibel Dalam Pendidikan & Kehidupan
Dipetik daripada brightside.me Angelina Jolie memilih homeschooling untuk anak-anaknya disebabkan gaya hidup nomad mereka.
Dia percaya, pembelajaran bukan hanya terhad dalam bilik darjah sahaja bahkan boleh dilakukan melalui lawatan ke muzium, mempelajari alat muzik atau membaca buku kegemaran.
Anak-anaknya dididk bagi menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi bermula dari hotel mewah di New York sehinggalah ke khemah biasa di Kenya tanpa hilangnya rasa bahagia mereka.
Kepelbagaian adalah nilai teras dalam keluarga Angelina Jolie. Dia menggalakkan anak-anak untuk mengenali dan menghormati asal usul budaya mereka.
Angelina Jolie menekankan identiti kanak-kanak bukan sahaja ditentukan oleh tempat asal mereka bahkan oleh pengalaman silang budaya yang mereka kongsi.
Mendorong Kemandirian & Ekspresi Diri
Selebriti jelita ini turut memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk membuat keputusan termasuk mencari identiti mereka sendiri.
Dia tidak mengharapkan mereka menjadi kanak-kanak yang sempurna sebaliknya mahu mereka membesar sebagai individu yang yakin dan ingin tahu.
Terbuka Soal Status Anak Angkat
Di rumah, perkataan ‘anak angkat’ dan ‘rumah anak yatim’ adalah istilah positif bagi mereka sekeluarga. Dia bercakap secara terbuka tentang perjalanan mencari anak-anaknya dan kepentingan menghormati asal usul mereka.
Angelina Jolie percaya, setiap kanak-kanak membawa ‘misteri’ indah dari dunia asal mereka yang harus dihargai dan dipelajari, bukan diabaikan.
Menjadi Contoh & Sahabat Kepada Anak-Anak
Bagi Angelina Jolie, menjadi seorang ibu bermakna menjadi contoh rasa hormat dan tanggungjawab. Dia juga cuba menjadi sahabat kepada anak-anak seperti menjadi pendengar yang baik dan menyokong mereka.
Kesimpulannya, cara didikan Angelina Jolie dalam membesarkan anak-anak berbilang budaya bukan mudah. Namun, boleh dilakukan dengan pendekatan penyayang, empati dan mementingkan identiti.
Aangelina Jolie bukan sahaja seorang ibu bahkan mentor, sahabat dan sumber inspirasi anak-anaknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertuah Suhana Khan! Bukan saja dilahirkan dalam keluarga kaya, bahkan bapanya juga seorang selebriti terkenal dunia. Bersandarkan statusnya sebagai anak Shah Rukh Khan, tidak hairanlah Suhana meraih populariti luar biasa meskipun dia baru menginjak usia 22 tahun.
Mewarisi kecantikan dan bakat kedua-dua ibu bapa, Suhana yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik ini sentiasa menjadi tumpuan media di India. Apatah lagi sejak tamat belajar dan meniti usia dewasa kini, Suhana tampil menawan dengan imej matang seorang wanita.
Baru-baru ini pesona Suhana Khan menarik minat jenama kosmetik antarabangsa Maybelline dan melantiknya sebagai wajah terbaharu bagi kempen mereka. Antara personaliti wanita muda yang turut bakal menghiasi kempen Maybelline India termasuklah pemain badminton, Sindhu PV; artis Ananya Birla dan model Eksha Kerung.
Pada tahun 2018, satu-satunya anak perempuan Shah Rukh Khan dan Gauri Khan ini dipilih sebagai penghias kulit depan majalah terkemuka India iaitu Vogue India. Bagi gadis muda sepertinya yang tidak pernah terlibat dengan sebarang filem mahupun drama waktu itu, pemilihan Suhana nyata satu penghormatan besar.
Untung empunya badan, diberi kepercayaan setaraf selebriti popular yang ada di sana!
Mendapat pendidikan awal di Dhirubhai Ambani International School, Suhana bagaimana pun selesai menamatkan pengajian dalam jurusan seni lakonan di Ardingly College, London pada penghujung Jun 2019.
Pengalaman selama empat tahun bergelar penuntut kolej dan berjauhan dari keluarga berjaya menjadikan Suhana seorang wanita yang lebih matang.
Malah ketika majlis graduasi yang turut dihadiri ibu bapanya, Suhana diberi penganugerahan Russel Cup hasil sumbangan dokumentari yang diusahakan bersama rakan sekuliah.
Dilahirkan pada 22 Mei 2000 di Mumbai, Suhana turut diramal menjadi pelapis bintang terkenal seperti Aishwarya Rai dan bakal menggegarkan industri perfileman Bollywood.
Apa yang pasti, hari ini pun Suhana sudah menjadi buruan penerbit filem tersohor dan syarikat produksi. Namun segala-galanya terletak kepada keputusan Shah Rukh Khan dan isteri.
Rakan karib Shah Rukh Khan yang juga penerbit filem Kahan Johar dilaporkan antara yang sedang mengintai bakat Suhana selain beberapa penerbit filem lain termasuk Sanjay Leela Bhansali dan Sujoy Ghosh. Cerah masa depan Suhana lepas ni.
Selain Suhana, perkahwinan hampir tiga dekad Shah Rukh Khan dan Gauri turut dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Aryan Khan dan AbRam Khan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak menceburi bidang seni hingga sekarang, tidak dinafikan Intan Sarafina seorang selebriti yang pandai menjaga penampilan. Susuk tubuh dari zaman anak dara sampai sekarang, maintain langsing! Kalau orang tak kenal, mesti ramai yang sangka dia anak dara.
Bercerita rahsia tubuh ramping yang diamalkan Intan, bekas pramugari yang juga ibu tiga anak lelaki ini mendedahkan rutin kegemarannya untuk kekal sihat.
“Selepas kelahiran anak ketiga, Intan cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Intan nak sihat dengan cara bersukan secara aktif.
Antara sukan yang Intan sangat suka buat ialah running, HIIT workout dan indoor cycling.”
Bagi yang mengikuti perkembangan Intan di media sosial, mesti tahu betapa dia minat dengan sukan. Memang kuat stamina Intan!
Pernah ‘berehat’ seketika daripada melakukan larian atau senaman berat kerana mengalami kecederaan hingga dibedah, kini Intan kembali aktif dengan hobi berkenaan.
Tahun lalu, Intan mengikuti pelbagai larian termasuk Garmin Run Asia 2022. Menariknya dalam larian sejauh 10 kilometer itu, Intan berjaya tamatkan larian dalam masa hanya satu jam!
Walau ia bukan catatan masa terbaik baginya namun Intan gembira dapat menghabiskan acara biarpun berdepan pelbagai cabaran sebelum itu.
Diaju penjagaan kecantikan pula, bekas peserta Gegarvaganza 2016 ini tanpa berselindung memberitahu, “Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan workout, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.”
Bakal mencecah usia 42 tahun pada Julai nanti, Intan sememangnya cantik dalam kelas tersendiri. Sebelum bergelar anak seni, Intan dilaporkan pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005.
Sementara itu, ditanya adakah dia mungkin akan menceburi bidang perniagaan suatu hari nanti, Intan bagaimana pun tidak menolak perancangan tersebut.
“Ada, mungkin dalam bisnes berkaitan pakaian. Tapi masih belum ada kesempatan untuk berfikir secara serius. InshaAllah, kalau ada peluang nanti.”
Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada tahun 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Israfel Raez dan Megat Noah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kate Middleton ketika menyambut Donald Trump di Istana Britain, mengenakan mahkota mutiara kegemaran Puteri Diana yang digayakan bersama gaun renda.Putera William dan isterinya, Kate...