Wajah jelita ini masih menjadi perhatian peminat seni tanah air walaupun kelibatnya jarang muncul di media massa menyebabkan ramai yang kurang menyedari kehadirannya. Namun, namanya masih kekal relevan sehingga sekarang walaupun kali terakhir wanita kacukan Melayu-Inggeris ini dapat dilihat melalui filem Chermin pada tahun 2006.
Melihat wajahnya melalui platform media sosial milik peribadinya tidak sangka wanita Deanna Yusoff sudah menginjak ke usia 54 tahun. Namun begitu wanita yang mempunyai ketinggian 170cm ini juga telah berkongsi rahsia kejelitaannya melalui akaun Instagram miliknya. Menurut selebriti cantik ini, sejak berpindah ke Switzerland ketika usianya 12 tahun beliau sudah mula menjaga kecantikan kulit.
Walaupun ketika itu perubahan cuaca yang menyebabkan kulitnya menjadi kering tetapi rutin penjagaan wajah telah sebati dengan dirinya bermula dari detik itu. Apabila usia semakin remaja, Deanna mula menambah rutin penjagaan kulitnya dengan pembersih wajah dan penyegar. Patutlah kulitnya kelihatan sangat berseri walaupun sudah memasuki usia 50an. Tengok semua gambarnya pun tak gunakan filter
tau!Wanita yang masih single ini juga rupanya dalam diam telah memformulasikan produk penjagaan kulit yang digelar Edel Botanica. Sebelum ini Deanna menjalankan perniagaan coklat premiun dari Switzerland, Grandjean.
Deanna Yusoff pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10. Selain itu pelakon filem Selubong ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara. Deanna juga pernah menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan dua buah album, Divide and Continue
dan Fix.This website uses cookies.