Patutlah ‘Ketagih’ Nak Makan Je, 3 WARNA Ini Rangsang Nafsu MAKAN!

Hidup tanpa warna umpama sebuah kanvas putih. Ia perlu diwarnai agar hidup ini ada serinya. Tahukah anda, setiap warna mempunyai kesan dari sudut psikologi? Contohnya kombinasi dekorasi ruang makan dan pilihan warna sedikit sebanyak memberi kesan terhadap selera makan.

Mungkin ini boleh menjadi alternatif buat mereka yang mempunyai masalah kurang selera makan. Berikut 3 warna yang boleh anda cuba terapkan di ruang makan bertujuan agar nafsu makan meningkat.

  • KUNING

Warna ini dianggap baik serta membawa pengaruh positif untuk meningkatkan nafsu makan sekiranya berada dalam ruang makan. Sememangnya warna kuning mempunyai pesonanya yang tersendiri di samping memberikan kesan ceria dan semangat.

Warna kuning juga mampu memberikan impak positif untuk meningkatkan nafsu makan. Selain itu, warna ini juga menjadikan suasana di ruang makan menjadi lebih hangat sehingga ketika makanan dihidangkan anda akan terus berselera untuk menikmatinya.

  • JINGGA

Warna berikutnya ialah jingga. Ronanya yang terang sememangnya membuka selera. Ia mengingatkan kita buah oren/limau yang rasanya sangat sedap terutama jika dibuat jus. Biasanya warna jingga dipadankan dengan warna coklat untuk mencetuskan ambient

 yang hangat dan intim di ruang makan.

Namun jika anda mahu nuansa makan yang santai dan ringkas maka kombinasi warna jingga dan putih atau kelabu boleh jadi pilihan. Anda boleh mendekor ruang makan dengan hiasan buah oren agar nuansa warna jingganya kian terasa. Selain cerah dan berwarna, jingga juga memberi kesan positif untuk meningkatkan nafsu makan.

  • MERAH

Warna merah menjadi identiti kepada definisi semangat. Warna merah punya pesonanya yang tersendiri. Selain mempunyai aura berani serta elegan, warna merah juga sesuai untuk diaplikasikan di ruang makan.

Ia biasanya akan mencetuskan impak elegan dan mewah. Secara psikologinya warna merah juga mampu meningkatkan nafsu makan.

Share
Published by
Amy Mohd