Hampir lima bulan mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan yang juga seorang juruterbang, aktres cantik Emma Maembong kini mendedahkan dirinya sudah berbadan dua. Menutup kemas berita itu daripada pengetahuan khalayak sebelum ini, Emma bagaimana pun mengakui usia kandungannya sudah mencecah empat bulan. Alhamdulillah, tumpang gembira dan tahniah!
Khabar gembira tersebut mula mendapat perhatian meluas peminat dan rakan artis selepas dia memuatnaik foto percutian bersama suami, Muhammad Shazli Azhar di Langkawi baru-baru ini. Menerusi perkongsian berkenaan, jelas terserlah baby bump Emma dan wajahnya yang kian berseri-seri. Mengenakan persalinan kasual sedondon rona putih di samping suami, selebriti popular ini terbuka berkongsi perkembangan diri.
“Our first honeymoon and last duo trip with my husband. Can’t wait to see you my baby,” kongsinya ringkas.
Posting itu berjaya meraih lebih 200 ribu likes selain hampir 3 ribu komen daripada rakan selebriti. Antaranya Mira Filzah, Nadia Brian, Sherry Ibrahim dan Ramona Zamzam. Malah, suami Emma juga tidak ketinggalan berkongsi foto terkini isteri tercinta pada hari yang sama. Sweet, pandai masing-masing simpan rahsia!
Mengimbas kembali detik awal perkenalan, mereka dikatakan bertemu buat pertama kali pada tahun 2017 ketika menghadiri majlis ulang tahun kelahiran Uqasha Senrose. Ujar
Emma, “Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah.”
Bersandarkan keserasian di antara mereka, Emma dan Shazli sepakat mengakhiri zaman bujang pada tarikh yang cukup menarik iaitu pada tanggal 20 Februari 2020. Hanya dengan sekali lafaz, Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail yang berusia 27 tahun sah menjadi isteri Shazli.
“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah keluarga saya. Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah juga sangat cantik dan kenapa tidak kami abadikan sebagai detik hari bahagia saya dan suami.”
Pada majlis pernikahan, Emma anggun menyarung busana putih ilham pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail dan menerima mas kahwin RM2,000 beserta senaskhah Al-Quran bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima. Bagaimana pun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
This website uses cookies.