Simptom-simptom haid yang dirasai di kalangan wanita khususnya sekitar perut dan pinggang sedikit sebanyak pasti akan mengganggu rutin harian. Salah satunya senggugut yang kadangkala dirasakan terlalu sakit sehingga langsung tidak dapat berkerja mahupun berjalan. Tahap sakitnya pula berbeza bagi setiap wanita.
Perlu diingat, rasa sakit itu mungkin petanda kepada masalah kesihatan lain yang berbahaya. Bagaimana boleh membezakan antara sakit haid yang normal atau sebaliknya? 5 cara berikut dapat membantu mengikut tahap kesakitan masing-masing.
TEGANG DI PERUT BERLAKU SEKITAR 2-3 HARI SAHAJA
Rasa tegang di bahagian perut atau krem yang normal biasanya berlaku selama 2-3 hari sahaja dalam satu kitaran haid. Maka, rasa sakit dan tegang yang melebihi 3 hari boleh dikategorikan sebagai tidak normal.
SAKIT NORMAL MUDAH DIATASI
Kajian menunjukkan suplemen berasaskan kalsium, magnesium dan vitamin D membantu mengurangkan gejala haid. Bagi anda yang gemar bersukan sebaiknya teruskan amalan sihat ini. Endorfin yang dilepaskan ketika beraktiviti dapat meningkatkan kemasukan oksigen ke rahim dan menguatkan pinggul. Setelah oksigen cukup maka rasa tegang di perut dan gejala-gejala lain dapat diatasi.
HAID TIDAK NORMAL MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN
Sakit haid yang tidak normal menyebabkan kesakitan yang melampau sehingga mengganggu aktiviti harian. Kebanyakan wanita yang mengalaminya lebih banyak berbaring sambil menahan sakit di perut. Bukan itu saja, emosi yang kurang stabil turut berlaku akibat ketidakselesaan.
HAID TIDAK NORMAL TIDAK DAPAT DIRAWAT DENGAN UBAT
Umumnya nyeri haid dapat diatasi dengan ubat yang khusus. Jika sakitnya masih sama setelah makan ubat kemungkinan ia tidak normal dan perlu segera berjumpa doktor. Dikhuatiri ia menjadi petanda penyakit di organ reproduksi seperti fibroid rahim, endometriosis dan sebagainya. Ingat, ubat yang tidak sesuai boleh memberi kesan buruk.
HAID TIDAK NORMAL TIDAK TERATUR SETIAP BULAN
Bagi yang mengalami ketegangan perut sejak awal datang haid ini adalah normal kerana ia merupakan tindak balas badan terhadap hormon haid. Tetapi jika ketegangan perut yang parah tidak berlaku sejak awal haid maka berwaspadalah. Kemungkinan boleh mendatangkan pendarahan yang banyak dan menjadi petanda kepada penyakit. Segeralah bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut.
This website uses cookies.