Guardian Malaysia mengumumkan ia akan menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad untuk sepanjang tahun ini sebagai satu langkah berani membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen, Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi Guardian kerana membolehkan syarikat menyumbang secara langsung yang dalam masa sama meringankan bebas kos sara hidup pengguna.
“Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.”
Anggaran sebanyak 260 barangan daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini.
Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April.
Dalam masa sama, Guardian turut melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS iaitu produk-produk kecantikan yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%.
Kempen-kempen ini membolehkan Guardian menentukan semula fokusnya terhadap DNA jenama itu, di samping mampu sentiasa menawarkan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan kepada pelanggan. Ia juga selari dengan strategi syarikat untuk menawan hati pelanggan setiap kali mereka berkunjung ke stor Guardian!