Lagi banyak kita memberi, lebih mencurah-curah rezeki yang bakal diterima. Tidak pernah lokek berkongsi ilmu, keringat mahupun duit bersempena ulang tahun kelahiran ke-29 pada 7 April lepas, makeup artist popular Muabellaz berbesar hati menyumbangkan 1,000 biji karipap kepada peminat khususnya yang tinggal di sekitar Alor Setar, Kedah.
Difahamkan niat bersedekah tersebut timbul apabila resipi air tangan Bellaz menyediakan karipap pusing mendapat reaksi ramai yang meminta usahawan ini menjual kuih tradisional berkenaan.
Enggan menghampakan mereka, Muabellaz bersama suami tercinta sanggup bersengkang mata menyediakan karipap percuma kepada para ibu hamil.
Dedah ibu kepada tiga anak ini di media sosial miliknya, “Kan hari tu Bellaz buat live karipap pusing resipi Bellaz dengan Nuart (suami). Ramai ibu-ibu pregnant yang teringin nak rasa karipap Bellaz. InsyaAllah Bellaz Beauty HQ Nuart nak masak buat karipap frozen nak bagi secara percuma 1,000 biji karipap kali sediakan.
Akan diagihkan di Bellaz Beauty. Mana sekitar Alor Setar, Kedah yang teringin nak rasa mai lah ambil na. Free ja terhad lah seorang 10 biji.”
Kisah kejayaan dan kehidupan Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini sering menjadi tumpuan serta inspirasi kepada generasi muda hari ini. Mana tidaknya, dalam usia yang masih muda, Bellaz sudah berjaya melakar pelbagai pencapaian dan kemewahan hidup.
Malah, tidak pernah malu berkongsi kehidupan susahnya suatu ketika dahulu sebagai pembakar semangat buat wanita untuk berjaya.
Bagi Bellaz, tiada apa yang lebih bermakna selain dapat menggembirakan peminat dan mereka yang memerlukan. “Ya Allah, penat tapi happy sangat. Hilang penat bila tengok ramai yang suka karipap Muabellaz. Alhamdulillah bersempena ulang tahun kelahiran saya, saya buat sepenuh jiwa saya dengan Mat Nuart untuk ibu-ibu hamil yang teringin merasa
karipap pusing Bellaz.
Made with love tau. 1,000 pieces ngam-ngam semua dapat. Alhamdulillah tak sangka ramai yang datang. Minta maaf atas kekurangan dari Bellaz.”
Semoga usaha murni Bellaz menjadi ikutan kepada lebih ramai usahawan berjaya lain untuk berkongsi rezeki. Nona juga mengharapkan agar Bellaz terus memberi inspirasi dan memperkasakan golongan wanita.
Kredit foto: Instagram Muabellaz
This website uses cookies.