Wah, tenang tengok mahligai indah milik Ameera Zaini dan Hasnor Rozaini! Kemas, minimalis dan moden. Sesuai buat mereka yang bercita rasa mewah dan suka memanfaatkan masa terluang bersama seisi keluarga di rumah. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil… persekitaran rumah sangat penting supaya anak membesar dalam suasana baik dan selesa.
Melihat keserasian Meera dan suami yang berkongsi minat dalam hiasan rumah menunjukkan betapa bahagianya hidup berpasangan. Kemanisan rumah tangga lebih terasa dan seronok bila ada pasangan yang saling membantu serta bertukar-tukar pandangan mencantikkan lagi ruang kediaman. Barulah alam perkahwinan jadi lebih bermakna!
Terbuka berkongsi sudut kediaman kepada para peminat, pemilik label muslimah Ameera Zaini ini bagaimana pun mengakui tidak begitu arif bab hiasan rumah. Pun begitu, dia tetap mahu memberi ‘sentuhan’ tersendiri di kediaman milik mereka demi keselesaan keluarga tersayang.
Selagi tak okay selagi tu lah duduk tolak sofa meja tu semua. Maklumlah we are not ID professionals. Nasib baik husband gigih. Ni pun rasa ada yang tak kena lagi.”
Meskipun berkemampuan untuk mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman… baik Meera mahupun Hasnor, kedua-duanya selesa untuk ‘menghidupkan’ suasana rumah dengan cara mereka. Kata orang, lebih puas bila setiap pekerjaan itu dilakukan atas usaha sendiri.
“My mom is always the queen of the house where every decisions on the house decoration or concept is 100% controlled by mama. Ayah ‘ons’ je.
Bila dah kahwin, I thought it would be the same. Tapi dengan Hasnor Rozaini, Meera kena dapat persetujuan or discuss dulu dengan dia sebab dia pun ada interest yang sama iaitu kemas-kemas deco
rumah ni. Kitorang takdelah pandai sangat, bolehlah sikit-sikit ambil inspirasi sana sini.”Kombinasi warna-warna terang seperti pemilihan cat dan perabot dari rona putih, kelabu dan keemasan berjaya menyerlahkan gaya elegan, mewah dan luas di kediaman Ameera Zaini. Malah dekorasi wainscoating yang melingkari dinding rumah mencetuskan sisi berbeza bagi sesebuah kediaman. Nampak lebih versatil!
Kredit: Instagram Ameera Zaini
This website uses cookies.