Puteri Sarah Liyana telah selamat melahirkan anak kedua pada 16 Mac yang lalu. Puteri comel itu telah diberi nama sebagai Sumayyah Mohd Shamsul. Adik kepada Syaikhul Islam Mohd Shamsul kini sudah pun berusia 3 bulan.
Melihat foto-foto yang telah dikongsi oleh pelakon yang pernah membintangi drama Dunia Anita ini dalam media sosialnya baby Sumayyah seperti mengikut wajah ayahnya pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.
Tapi bila Puteri Sarah berkongsi gambarnya ketika kecil, memang Sumayyah saling tak tumpah seperti ibunya. Kongsi Puteri Sarah, “Mama VS Sumayyah. Sama tak muka mama dengan Sumayyah?” tanya Puteri Sarah.
Dalam keterujaan mendapat anak kedua, Puteri Sarah tidak pernah mengabaikan anak sulungnya, Syaikhul Islam. Wanita ini berpegang kepada nasihat yang telah diberikan kepada ibunya sebaik mendapat anak kedua.
Ads
“Ada satu perkara nasihat dari ibu yang Sarah pegang sehingga kini iaitu memberi perhatian kepada Syaikhul berbanding Sumayyah. Bukan apa, Syaikhul sedang melalui fasa membesar dan memerlukan lebih perhatian berbanding Sumayyah yang masih bayi lagi.
Syaikhul perlukan bimbingan dan perhatian supaya dia tidak rasa disisihkan. Sarah tak mahu dia rasa terabai hanya kerana kami sudah mempunyai Sumayyah,” kongsi Puteri Sarah yang beruntung kerana tidak mengalami fasa ‘mabuk’ yang melampau ketika mengandung.
Ads
Bercerita tentang perkembangannya terkini, cerita Puteri Sarah, “Alhamdulillah, jenama Mattness by Shara telah memasuki pasaran di 55 buah stor Aeon. Saya tidak mahu berhenti di situ sahaja dan mahu menerobos pasaran di Guardian pula,” tutur Puteri Sarah.
Ads
Dengan status sebagai selebriti dan memiliki wajah yang cantik telah menjadi pakej lengkap buat wanita ini menjalankan bisnes yang berasaskan kecantikan, benarkah begitu?
“Sebenarnya saya dah lama nak buat produk kosmetik ini tetapi sekarang baharu dapat direalisasikan. Mungkin rezeki anak.
Apa yang lebih membanggakan apabila perjalanan Mattness by Shara ini tak ada bantuan suami dan 100 peratus atas usaha saya sendiri daripada segi modal dan operasi. Memang saya nak buktikan saya boleh buat sendiri.
Suami pula telah memberi keizinan kepada saya untuk bergerak bebas untuk melakukan apa sahaja. Tapi suami selalu berpesan agar pandai jaga diri dan menjaga nama baik suami. Biasanya saya akan bawa mama sebagai peneman,” terang Puteri Sarah yang telah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.
Kredit foto: Instagram @puterisarahliyana
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kesibukan meraikan kedatangan Syawal, nampaknya Uyaina Arshad dan suami tersayang, Raja Syahiran turut mengadakan majlis akikah untuk putera sulung mereka, Raja Urhan Raja Syahiran.
Putera kesayangan Uyaina dan Raja Syahiran ini mempunyai nama yang unik dan maksud yang cukup baik selain sebutannya hampir sama dengan ibunya.
Menurut Uyaina, Urhan membawa maksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu Uyaina iaitu Noor Alhan, nama Urhan juga diambil bersempena nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi. Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang.
Memilih persalinan kuning sebagai tema majlis, majlis akikah tersebut diadakan serentak sambutan rumah terbuka Aidilfitri pasangan ini yang menyaksikan tetamu yang hadir terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pihak dan beberapa rakan rapat mereka.
Lari dari tema rumah terbuka yang tipikal, Uyaina dan keluarga mempunyai cara tersendiri menghiburkan para tetamu yang datang berkunjung ke rumah terbuka dan majlis akikah putera tersayang.
Mana tidaknya, tetamu pasangan ini diserikan dengan persembahan tarian dari keluarga Uyaina yang mempersembahkan tarian Musang Berjanggut & Ketipang Payung versi Uyaina dan Raja syahiran.
“Keluarga Uyaina memang suka buat persembahan terutamanya jika ada majlis keluarga. Apabila berkahwin dengan Syahiran, keluarga dia pun semangat buat persembahan untuk majlis keluarga. I am soooo happy! Rasa we belong together sangat,” ujar Uyaina dalam posting Instagram miliknya.
Uyaina dan keluarga mengambil masa satu hari untuk mempelajari teknik tarian dan ia merupakan momen indah sekeluarga yang menjadi kenangan mereka bersama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Setiawangsa, Dr Amanda Elli atau terkenal dengan panggilan Dr Unicorn baru-baru ini memuat naik satu video berdurasi kurang 20 saat di akaun Instagramnya.
Dr Amanda Ellie.
Dalam videonya itu, Dr Amanda menyenaraikan 8 jenis rehat yang boleh dilakukan untuk membantu berlakunya burnout. Jom baca!
REHAT FIZIKAL (AKTIF)
Pastikan waktu tidur sekurang-kurang 6-8 jam sehari untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik dan nyenyak.
Selain itu, lakukan juga senaman regangan agar fizikal kita mendapat kelegaan yang secukupnya. Seharian bekerja pastinya membuatkan badan kita mudah letih, otot juga mengalami ketegangan. Maka, senanam adalah penyelesaian terbaik selain tidur yang berkualiti.
REHAT FIZIKAL (PASIF)
Boleh lakukan aktiviti urutan bagi untuk kelegaan fizikal yang kelesuan. Selain itu, boleh menggunakan kerusi jenis ergonomic sebagai alat sokongan. Rawayan refleksologi juga disarankan.
REHAT MENTAL
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan agar kesihatan mental kita sentiasa terjaga antaranya ialah dengan membuat jurnal serta checklist untuk setiap aktiviti yang kita lakukan sepanjang hari.
Di samping itu, lakukan latihan meditasi bagi memulihkan kembali minda yang keletihan. Apabila kesihatan minda lebih tenang maka kita akan lebih produktif. Caranya mudah saja, boleh dilakukan secara duduk sambil memejamkan mata. Tarik nafas perlahan-lahan dan teratur selama 10-20 minit.
REHAT MATA
Tutup mata dengan cara turn off media sosial secara berkala. Jagalah kesihatan mat akita dengan baik.
REHAT EMOSI
Jika ada sebarang masalah, luahkan kepada ahli keluarga terdekat (bagi yang sudi mendengar). Jangan pendam segala masalah anda seorang diri kerana ia hanya akan memudaratkan kesihatan anda.
JUMPA KAWAN-KAWAN LAMA
Ini salah satu terapi terbaik untuk merasa lebih ceria dan bahagia. Walaupun jarang berjumap tetapi setia dan ikhlas dalam persahabatan. Mesti macam-macam topik akan diborakkan, secara tak langsung jiwa pun tenteram. Ingat, elakkan persahabatan yang toksik.
REHAT SPIRITUAL
Sebolehnya, manfaatkan masa terluang yang ada dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat contohnya melakukan aktiviti sukarela. Bukan hanya untuk diri sendiri bahkan juga untuk keluarga serta masyarakat.
REHAT KREATIF
Sekali sekali bolehlah anda buat perancangan untuk explore tempat-tempat baru sambil menikmati keindahan alam semula jadi atau pergi bercuti untuk merehatkan fizikal dan mental. Bebaskan diri anda seketika dari segala beban masalah dan tekanan. Percayalah, bila diri sudah kembali tenang, semangat baru akan menjelma.
Kredit Foto: Instagram Dr Amanda Ellie
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gerakan anti-vaksin masih lagi wujud. Berbekalkan ilmu yang dangkal dan tak seberapa, macam-macam sharing mereka yang ‘mengharamkan’ suntikan imunisasi itu sampai ke anak masing-masing.
Tak cukup tu, degil pula nauzubillah! Nona rasa golongan ibu bapa yang memilih untuk menolak vaksinasi ini adalah golongan yang paling tak sayangkan kesihatan anak.
Perkongsian daripada Dr. Taufiq Razif ini menerusi Facebook beliau menarik perhatian kami. Sebagai bapa, bayangkan beliau sendiri yang merupakan seorang doktor perubatan mencucuk jarum suntikan imunisasi pada anak kesayangan mereka. Bravo doc!
Saya ingat lagi pengalaman pertama kali vaksin anak sulung saya tu. Saya dan isteri sendiri yang sediakan ubat demam untuk anak saya takut-takut anak saya demam lepas kena cucuk!
Alhamdulillah syukur anak sulung saya tu takde demam pun lepas vaksin tu. Jujur saya faham je perasan ibu muda yang baru pertama kali nak vaksin anak kan. Takut anak demam dan takut anak sakit kan. Saya dan isteri pun sama je dengan ibubapa yang lain masa mula-mula nak vaksin anak sulung dulu walaupun kami berdua doktor.
Keluarga saya sendiri pun ada yang anti sangat dengan vaksin tapi bila anak dia asyik sakit je dan dia sendiri sedar yang anak dia lemah nak berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan kuman yang berbahaya maka dia pun ubah fikiran untuk vaksin anak dia. Alhamdulillah anaknya sekarang sihat walafiat dan cerdik sangat.
Masa lepas vaksin tu saya sendiri yang sediakan ubat paracetamol untuk anak saya kot la dia demam kan. Memang risau la sikit kan tapi bila pandang mata comel anak sulung saya tu saya jadi sayu je. Saya lebih risau kalau dia tak divaksin!
Kenapa?
Bahaya vaksin ni bukan main-main. Berpuluh jenis kuman dahsyat yang berlegar dalam masyarakat kita boleh serang anak kita bila-bila masa je. Saya nasihat bukan sebab saya baca buku teks je bahaya tak vaksin ni tapi saya tengok dengan mata kepala saya sendiri antaranya :
(a) Tetanus
Masa ni saya pelajar perubatan lagi. Ada sorang pakcik datang ke wad kecemasan dengan badan kaku seluruh tubuh. Ingatkan kena serangan strok kan. Tiba-tiba je pakcik tu menggelupur kejang dan badannya jadi lurus dan kaku dan badan dia mengeras macam papan!
Rupanya tengah kena serangan tetanus ataupun masyarakat kita biasa sebut kancing gigi akibat terpijak paku berkarat kat sawah dia. Entah apa la nasib pakcik tu sekarang.
(b) Batuk kokol / Pertussis
Kalau korang tengok bayi yang kena pertussis ni kan mesti korang menangis sebak. Bayi yang kena batuk kokol ni menangis pun susah sebab asyik duk batuk. Ada tu sampai biru tak boleh bernafas sebab batuk tak berhenti!
(c) Difteria
Kalau masuk je kes difteria ni mesti semua perawat dan petugas hospital terpaksa pakai mask sebab penyakit ni sangat la berjangkit! Saya sendiri pernah periksa mulut pesakit difteria ni dan nampak ada macam benda warna kelabu (pseudomembrane) melekat dekat dengan anak tekak dia.
Jangan main-main dengan benda tu. Sekali benda tu tertelan masuk dalam perut boleh mati anak kita tau sebab dalam tu ada toksin yang sangat berbahaya.
Jadi saya harap kepada ibubapa kat luar sana yang taknak vaksin anak, fikir la dalam dalam dan fikirkan jugak keselamatan anak kita yang kita sayangi tu. Ni saya nukilkan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri daripada Irsyad Al Fatwa beliau sendiri ;
“Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.”
Semoga dengan pencerahan ini kita tidak ragu lagi dalam mengizinkan penggunaan vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maslahat dalam kalangan kita.
Jadi, jom kita vaksinkan anak tanpa ragu-ragu lagi. Saya pun nak amik vaksin pneumococcal untuk anak saya jugak lepas ni. Jom!
Tun Dr. Siti Hasmah
Kisah vaksin juga mengingatkan Nona dengan pertemuan kami dengan Tun Dr. Siti Hasmah sewaktu penggambaran cover Nona Jun 2016. Wanita tua tapi berjasa besar pada negara itu sempat menyampaikan amanatnya buat ibu bapa Malaysia.
“Jujurnya saya sangat bimbang dengan ‘keberanian’ ibu bapa sekarang yang mempersoalkan keselamatan dan keberkesanan vaksin, terutamanya apabila penyakit yang dicegah sudah terkawal.
Sewaktu masih bertugas dulu, kami bersungguh-sungguh memperjuangkan program pemberian imunisasi. Dan usaha itu berhasil mencegah kes batuk kokol, difteria dan polio pada kanak-kanak di bawah 1 tahun.
Usaha itu tidak harus berhenti. Saya mahu menasihatkan semua ibu bapa supaya JANGANLAH mengelak daripada vaksin demi kesihatan anak-anak. Jangan tunggu sehingga musibah melanda, barulah mahu bertindak,” pesannya serius. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira tengok kehidupan Faisal Halim sekeluarga sekarang. Selepas melalui episod hitam yang memberi kesan mendalam dari segi mental dan fizikal pada Mei 2024, kini tonggak utama Selangor FC tersebut bangkit menjalani kehidupan di samping isteri ...