Dengan sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah, 33, bergelar isteri kepada kepada pempengaruh media sosial, Ubai Mz, 25, di Boathouse Ampang, di sini, jam 10.27 pagi ini.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Hai Mohamad Khairi Hussein.
Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai, manakala hantaran dirahsiakan.
Shila berkata, dia bersyukur kini bergelar isteri Ubai. “Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi atas kelancaran majlis pernikahan, pagi ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah.
“Saya lega kerana selepas melalui fasa pertunangan pada 27 Mei lalu, kami disatukan sebagai suami isteri di hadapan ahli keluarga terdekat dan sahabat yang disayangi.
Sementara itu, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa namun nampak sebak sebelum melafazkan akad nikah.
“Insya-Allah, saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth. Patutnya emak adakan, lagipun emak memang nak kami disatukan,” katanya.
Pada 30 Julai lepas, Rohani Jamal meninggal dunia pada jam 6.45 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya akibat kanser ovari.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.