Bibir kering memang selalu berlaku, lebih-lebih lagi pada cuaca panas. Puas dibasahkan bibir dengan air liur namun masih kering. Rupa-rupanya banyak kesalahan yang kita buat untuk menjadikan bibir lembab dan mungil.
Ads
- Sebelum mencuci wajah, sapukan pelembap bibir. Bahan pencuci yang digunakan boleh bertindak menjadikan kulit bibir kering dan kehilangan PH serta menyebabkan kulit bibir berkeluping.
- Gunakan minyak badam kerana ia mengandungi vitamin A dan E untuk memberikan kesan kelembapan yang lebih semula jadi pada bibir.
- Jika kulit bibir anda merekah, hiris tipis timun dan letakkan pada bibir selama lima minit, mungkin ketika anda sedang menonton televisyen atau membaca buku kegemaran anda.
- Eksfoliasi sangat penting dan berkesan untuk menjadikan bibir lebih lembap dan mungil.
- Jangan biasakan menjilat bibir terlalu kerap kerana air liur boleh menyebabkan bibir menjadi kering.
- Bernafas dengan hidung. Ada kalanya, pernafasan melalui mulut boleh menyebabkan bibir anda kering.
- Jangan cabut kulit kering! Sapukan saja pelembap ya.
- Jadikan gincu bibir dengan pelembap bervitamin E, minyak macadamia dan shea butter sebagai teman baik anda. Lupakan seketika gincu matte anda ya!
- Ubat gigi dengan perisa sintetik boleh mengakibatkan reaksi alergik, menjadikan bibir anda berkuping.
- Skip minuman dari jus oren seketika jika bibir anda mengalami kekeringan melampau dan berkuping.
- Sapukan aloe vera pada bibir. Ia membantu melegakan kesakitan dan menyembuhkan luka kecil akibat dari kekeringan.
- Trik paling terkenal untuk bibir kering adalah dengan menggunakan jeli petroleum.
- Kenal pasti jika balm bibir beraroma membuatkan kulit bibir anda sensitif. Jika ya, tukar yang lain!
- Ucapkan selamat tinggal kepada makanan pedas. Ya, makanan pedas antara penyumbang kepada masalah bibir kering!
- Menikmati hidangan bergaram memang sedap tetapi ia bukan yang terbaik untuk penjagaan bibir. ‘Berpuasa’ garam seketika kan boleh menjamin kesihatan tubuh?
Ads
Ads