Siapa yang tak kenal dengan Fedtri Yahya yang cukup sinonim dengan ‘trademark’ berpantun setiap kali mengacarakan sesebuah majlis.
Ads
Baru-baru ini, pengacara dan personaliti televisyen berusia 42 tahun ini meraikan ulang tahun perkahwinannnya yang ke-12 tahun.
Pemilik nama sebenar, Ahmad Fedtri Yahya ini berkongsi kesyukuran dan kegembiraannya menerusi satu hantaran di Instagram peribadi.
Bapa kepada empat cahaya mata ini turut menitipkan kata-kata penghargaan buat isteri tersayang, Nurul Anati Ismail yang setia bersamanya dalam melayari bahtera rumahtangga selama 12 tahun.
“28 Mei hadir lagi. Terima kasih pada-Mu ya Allah kerana pertemuan dan ikatan ini. Syukur kerana mengurniakan seorang bidadari yang sentiasa ada di sisi kala susah dan senang.
“Syukur atas kurniaan cahaya mata yang menceriakan hidup. Syukur atas segala nikmat dan rezeki. Tak terbalas jasa dan pengorbanan bidadari cinta yang berbuat apa saja demi kebajikan keluarga.
“Pada tubuhnya yang sederhana, tersimpan kekuatan dan kebijaksanaan luar biasa yang Allah saja mengetahui. Moga Allah membalas sebaik-baik ganjaran buat bidadari cintaku.
“Tiada hadiah yang selayaknya di atas muka bumi ini untuk diberikan. Hanya Engkau selayaknya memberi pahala dan kebaikan. Moga Allah lindungi kita semua… selalu… selamanya. Amin ya Allah.
“Allah Maha Baik. Semuanya indah. Maha Cinta. Kita menumpang di bawah teduhan kasih Nya.”
Ads
Tersentuh membaca titipan istimewa Fedtri buat isterinya. Cukup puitis!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan berdoa agar Fedtri dan isteri kekal bahagia.
Semoga Fedtri dan isteri kekal bahagia selamanya sampai syurga!
Untuk info, selain bergelar pengacara Fedtri juga aktif sebagai penulis lirik lagu antaranya untuk Datuk Sri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Hafiz Hamidun, Liza Hanim, Noraniza Idris dan Ernie Zakri.
Ads
Fedtri merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Kangsar dan pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan 1998.
Fedtri juga graduan Sarjana Muda Komunikasi (Filem & Penyiaran) dengan minor Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) dan penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor USM 2002.
Kredit Foto: Instagram Fedtri Yahya
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datuk Nora Ariffin sememangnya lambang wanita cekal. Sejak pemergian suami tercinta pada Mac 2017, beliau tabah menjalani hidup sebagai ibu tunggal dan membesarkan empat cahaya mata.
Baru bangkit dan mengumpul kekuatan demi anak-anak, beliau sekali lagi diuji apabila anak lelakinya iaitu Mohamad Syakir Alif Johan pergi menghadap ilahi, dua tahun selepas Datuk Nora kehilangan Allahyarham Johan Nawawi.
Mengambil kekuatan tiga lagi anaknya, figura yang pernah popular dengan lagu Hanya Satu ini tenang meniti liku hidup. Berkat kesabaran dan sumbangannya dalam industri seni tanah air selama 3 dekad, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin menerima pengurniaan pingat, darjah dan kebesaran daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari lalu.
Biarpun sibuk dengan urusan perniagaan dan karier seni, Datuk Nora tetap mengingati kenangan manis di samping arwah suami yang merupakan komposer muzik terkenal. Apatah lagi tanggal 9 April lepas menyimpan 1001 kisah dan memori Datuk Nora bersama suami tercinta.
“9 April 2021. Abang… happy 29th anniversary to us. Love you, miss you. Hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah anak-anak baik-baik belaka. We miss you so much Pa. Our cucu Ayden Johan dah 8 bulan. InshaAllah we meet again ye. Moga abang tenang-tenang di sana. Al-fatihah.”
Hasil perkongsian hidup selama lebih 20 tahun, Datuk Nora dan Allahyarham Johan Nawawi dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Mohamad Syakir Iman Johan, Allahyarham Mohamad Syakir Alif Johan, Puteri Nur Dahlia dan Puteri Nur Fatehah.
Reda menerima ketentuan takdir Yang Maha Esa, sempena ketibaan bulan mulia Ramadan… Datuk Nora turut menitipkan pesanan ini kepada seluruh umat Islam khususnya peminat setia.
“Selamat menyambut Ramadan Kareem, bulan yang penuh barakah. Bulan yang bukan sekadar menahan lapar. Malah masa untuk meningkatkan iman kita. Moga Ramadan ini lebih menjadikan kita insan yang lebih baik, lebih bersih hati, mulia akhlak dan benar-benar mendidik jiwa kita. InshaAllah.”
Kredit: Instagram Datuk Nora Ariffin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kunjungan Majalah Nona ke Alor Setar membawa kami bertemu seorang usahawan muda, cantik dan berjaya, Nurul Nabihan Azmi atau Bihan yang merupakan pengasas produk kosmetik terkenal Bihan Girly Makeup (BGM).
Berusia 34 tahun, Bihan sebenarnya merupakan wanita kelahiran Kelantan namun membesar dan menetap sejak kecil di Kedah. Mula menubuhkan Bihan Girly Makeup (BGM) pada tahun 2015, bisnes kosmetik ini mula menembusi pasaran sejak lapan tahun lepas.
Selain mahir bersolek dan bercakap soal kecantikan, ibu anak tiga ini menjadikan minat menghias rumah sebagai terapi fikiran. Dengan bantuan suami yang pernah berkecimpung dalam bidang firma seni bina, mahligai Bihan bertambah seri dengan konsep moden mewah.
Suka dengan rona emas sebagai penaik seri, Bihan mengambil masa sekitar 3-4 bulan untuk menyiapkan rumah idamannya. Paling suka tengok kawasan dapur Bihan yang kemas dan menggunakan kabinet rona hitam. Membangkit aura mewah!
Jom tonton video eksklusif Nona bersama Bihan ni, terinspirasi betul dengan semangat dan kejayaan beliau dalam bisnes…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang wanita! Kredibiliti Tun Tengku Maimun Tuan Mat menghakimi prosiding mahkamah khususnya melibatkan profil tinggi baru-baru ini meraih perhatian masyarakat. Menariknya, beliau merupakan wanita pertama negara yang dilantik sebagai Ketua Hakim sejak Mei 2019.
Lebih tiga tahun menggalas tanggungjawab tersebut, kelibat wanita hebat ini sering menarik tumpuan dalam majlis istiadat rasmi. Misalnya, ketika beliau baru bergelar Ketua Hakim Negara dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpat Jawatan Perdana Menteri Ke-8, penampilan Tun Tengku Maimun yang mengenakan tudung bawal merah jambu dan berbaju kurung membuatkan ramai ingin lebih mengetahui pesona wanita ini.
Meskipun kecil molek saja orangnya tapi kebijaksanaan Tun Tengku Maimun mengendalikan hal berkaitan perundangan tidak perlu dipertikai lagi. Beliau diberi kepercayaan menjadi Ketua Hakim Negara selepas Tan Sri Richard Malanjum bersara pada 12 April 2019.
Mengintai latar belakang Ketua Hakim Negara yang berusia 63 tahun ini, Tun Tengku Maimun yang dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan pernah memegang jawatan seperti Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen, Peguam Persekutuan dan Penolong Kanan Pendaftar serta Pegawai Khas kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau merupakan siswazah lulusan Universiti Malaya yang memulakan kariernya sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada tahun 1982.
Memetik infomasi dari Bernama, pada 2 Oktober 2006 hingga 4 September 2007 Tun Tengku Maimun merupakan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kemudian beliau dilantik menyandang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selama hampir empat tahun bermula 5 September 2007 hingga 31 Mac 2011.
Pada April tahun yang sama hingga 7 Januari 2013, Tun Tengku Maimun pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya yang berkhidmat selama hampir lima tahun bermula 8 Januari 2013 hingga 25 November 2018.
Tidak hanya terhenti di situ, Tun Tengku Maimun turut menerima pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya mulai 26 November 2018 hingga 1 Mei 2019 sebelum diangkat sebagai wanita pertama dilantik selaku Ketua Hakim Negara.
Berikut ringkasan fakta menarik Tun Tengku Maimun sebagai ketua bagi institusi kehakiman di Malaysia.
Ibu kepada empat orang anak ini merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di Universiti Malaya.
Pernah bertugas di Jabatan Peguam Negara, Majistret dan Mahkamah Sesyen, sebelum dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada tahun 2006.
Memulakan kerjaya pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang, Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR).
Pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Khas Hakim Besar Malaya dan Ketua Hakim Negara.
Menghakimi pelbagai kes berprofil tinggi seperti kes melibatkan kematian Altantuya Shaariibuu, M. Indira Gandhi, Karpal Singh dan Datuk Seri Najib Razak.
Sumber: Astro Awani & Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...